Panduan

Salah satu perkara penting sebelum bercuti ialah mendapatkan maklumat tentang destinasi percutian anda. Ini kerana anda akan mendapat gambaran tentang lokasi, tempat menarik yang ingin dilawati, aktiviti yang boleh dilakukan dan harga tiket yang dikenakan. Dengan maklumat ini anda dapat merancang bajet, mengatur itinerari dan program yang ingin dilakukan semasa bercuti.

Berikut ialah panduan tempat menarik di berbagai lokasi pelancongan di setiap negeri di Malaysia. Ia bukan sekadar membantu anda merancang percutian malah anda boleh memilih destinasi mana yang paling sesuai untuk pergi bercuti.

Tempat menarik di Perak mengikut daerah

Tempat menarik di Perak

Perak Darul Ridzuan adalah negeri yang luas, mempunyai banyak tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Ia kaya dengan alam semulajadi yang indah seperti hutan lipur, air terjun, gua dan gunung yang sesuai untuk pelancongan alam semulajadi. Selain itu, terdapat beberapa tempat menarik di Perak kesan peninggalan sejarah untuk dilawati seperti Kompleks Sejarah Pasir Salak di Kampung Gajah, Kota Ngah Ibrahim di Larut Matang dan banyak lagi.

Tarikan pelancongan di Kelantan

Tarikan pelancongan di Kelantan

Salah sebuah negeri yang menjadi destinasi pelancongan popular di pantai timur Semenanjung Malaysia ialah Kelantan. Negeri ini kaya dengan alam semulajadi yang cantik seperti air terjun, bukit dan gunung serta pantai-pantai menarik. Selain itu, negeri ini cukup terkenal dengan kebudayaan masyarakatnya yang unik. Bagi artikel kali ini, PercutianBajet akan senaraikan tarikan pelancongan di Kelantan dan juga aktiviti menarik yang ada sebagai panduan pengunjung untuk merancang percutian mereka serta memilih lokasi mana yang sesuai untuk dikunjungi.

Tarikan pelancongan di Johor

Tarikan pelancongan di Johor

Johor ialah negeri paling selatan di semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak lokasi pelancongan untuk dilawati. Selain alam semulajadi yang cantik seperti pulau, pantai dan gunung, negeri Johor kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Disini kami sediakan senarai tarikan pelancongan di Johor serta sedikit pengenalan tentang kebudayaan masyarakat Johor yang berbilang kaum sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di negeri ini.