Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan

Kali ini Percutian bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan yang cukup popular untuk anda pilih sebagai lokasi istirehat, berbulan madu, bersuka-ria atau mengadakan hari keluarga. Setiap destinasi pelancongan ada tempat penginapan berserta maklumat dan harga bilik. Diharap artikel ini membantu anda memilih lokasi yang sesuai dengan kehendak dan bajet anda.

Untuk melihat tempat-tempat menarik dan tarikan pelancongan lain, sila lawati halaman Tempat menarik di Negeri Sembilan.

Percutian Alam Semulajadi

Banyak tempat menarik di Negeri Sembilan yang sesuai dijadikan lokasi percutian bagi pencinta alam semulajadi. Ada hutan lipur, air terjun, bukit dan gunung yang sangat popular di kalangan pelancong boleh diterokai.

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul

Pusat Rekreasi Hutan Lipur Ulu Bendul ialah salah satu tempat menarik untuk percutian bajet di Negeri Sembilan. Kawasan rekreasi alam semulajadi ini sangat sesuai untuk membawa keluarga bercuti. Anda boleh berkelah sambil menikmati keindahan hutan yang menghijau, menghirup udara segar dan nyaman serta mandi sungai. Anak-anak pasti gembira mandi-manda di kolam yang agak luas dan bermain gelongsor air yang turut disediakan. Selain itu, anda juga boleh melawat Taman Ular Sawa Ulu Bendul yang terletak tidak jauh dari kawasan rekreasi.

Hutan Lipur Ulu Bendul.

Pelancong yang ingin bermalam boleh menyewa chalet dikawasan tempat rekreasi. Chalet yang diuruskan oleh Jabatan Hutan ini menawarkan beberapa buah penginapan selesa dengan harga yang sangat berpatutan.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM30.

Hubungi:
Pejabat Hutan Daerah,
Negeri Sembilan Timur,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

Telefon: +606-4811 036
Fax : 606-4842 171

Jeram Gading

Jeram Gading terletak di Kuala Klawang, daerah Jelebu. Ia adalah sebuah kawasan rekreasi air terjun yang agak popular di Negeri Sembilan. Jeram ini menjadi lokasi perkelahan dan mandi-manda masyarakat setempat setiap kali musim cuti sekolah dan juga cuti umum. Terdapat sungai yang jernih airnya serta sejuk menjadi tarikan utama disini. Pengunjung boleh mandi-manda, berkelah dan bersantai menikmati keindahan alam semulajadi yang cukup menenangkan.

Jeram Gading.

Jeram Gading Resort

Pelancong yang ingin bercuti dan bermalam disini boleh menginap di Jeram Gading Resort. Ia terletak dalam kawasan rekreasi air terjun. Beberapa jenis chalet disediakan seperti chalet standard, chalet deluxe, chalet family dan dorm. Kemudahan yang ada termasuk tempat bbq,dewan dan surau. Resort ini diuruskan oleh Bailasunrise Sky Holidays & Trading Sdn Bhd yang beribu pejabat di Selangor.

Jeram Gading Resort.

Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM89.

Hubungi:
Bailasunrise Sky Holidays & Trading Sdn Bhd
No. 51-B, Jalan Suarasa 8/3,
Bandar Tun Hussein Onn,
43200 Batu 11, Cheras,
Selangor.

Hubungi:
Telefon: +606 6134058, +6011 26242596.
Email: ali@bailaholidaysgroup.com.my

Rantau Eco Park

Rantau Eco Park adalah destinasi percutian yang mempunyai berbagai tarikan dan aktiviti menarik. Terletak dalam kawasan seluas 100 Ekar, taman ini menyediakan chalet untuk penginapan, tasik yang luas untuk aktiviti air, mini zoo, kolam renang dan bilik mesyuarat. Manakala aktiviti yang boleh dilakukan pula ialah jungle trekking, berbasikal, menunggang kuda, ATV, berkayak dan inflattable balloon untuk kanak-kanak.

Rantau Eco Park.

Walaupun tanpa chalet penginapan mewah, Rantau Eco Park menawarkan sesuatu yang lain iaitu kegembiraan dalam percutian. Di taman ini, anda boleh melakukan berbagai-bagai aktiviti semasa bercuti dan jika anda rasa ingin bersantai, pemandangan tasik yang luas cukup menarik dan menenangkan. Ia adalah destinasi bajet yang harus ada dalam senarai lokasi percutian keluarga anda.

Lokasi / Alamat:
Rantau Eco Park
Kg. Pasir, Kuala Sawah,
71200 Rantau,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +603 9286 6818, 03 9287 6833
Fax: +603 9287 0233
Email: info@rantauecopark.com.my

Percutian Pantai

Pantai adalah salah satu tarikan pelancongan utama di Negeri Sembilan. Lokasi paling popular ialah Port Dickson yang mempunyai beberapa kawasan pantai yang cantik. Ramai yang memilih percutian pantai di Negeri Sembilan kerana resort menarik yang ada dan juga kedudukannya yang tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Walaupun pantainya tidak secantik di Terengganu atau air laut yang jernih seperti pulau-pulau di Mersing tetapi anak-anak masih boleh mandi-manda dan anda juga boleh bermain sukan air dengan gembira. Berikut ialah beberapa lokasi pantai yang menarik untuk anda bercuti.

Port Dickson Negeri Sembilan.

Pantai Port Dickson

Pantai Port Dickson ialah destinasi paling popular percutian pantai di Negeri Sembilan. Selain resort yang banyak, berbagai aktiviti pelancongan disediakan seperti jetski, menaiki bot dan banana boat. Percutian anda tidak akan membosankan kerana terdapat banyak tempat menarik di Negeri Sembilan yang terletak berhampiran kawasan ini. Anda boleh melawat PD Ostrich Farm, Muzium Tentera Darat, Hutan Simpan Sungai Menyala dan banyak lagi.

Pantai Port Dickson.

Lihat artikel Tempat menarik di Port Dickson untuk percutian keluarga.

Antara tempat penginapan yang popular dan murah di Pantai Port Dickson ialah:

  • Cozzi Hotel - Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM137.
  • Klana Beach Resort Port Dickson - Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM170.
  • Sunrise Apartment at Cocobay Beach Resort - Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM120.
  • Naam Boutique Lodge - Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM164.

Pelancongan Bandar

Bagi anda yang lebih sukakan Pelancongan Bandar, ada beberapa destinasi popular di Negeri Sembilan yang boleh dijadikan lokasi untuk bercuti. Paling menarik ialah ibu negerinya iaitu Seremban. Disini anda boleh melawat beberapa tempat menarik seperti muzium, taman rekreasi, pusat membeli-belah dan lain-lain.

Bercuti di Seremban

Seremban ialah bandar yang pesat membangun dan merupakan salah satu tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan. Banyak hotel dan resort di bandar ini yang sesuai dijadikan lokasi penginapan. Untuk aktiviti pula, anda boleh melawat tempat menarik yang seperti:

  • Taman Rekreasi Seremban 2
  • Hill Park S2 Heights Seremban 2
  • Taman Tasik Seremban
  • Muzium Negeri
  • Rantau Eco Park
  • Cabinz Ecottage Retreat

Istana Ampang Tinggi

Klana Resort Seremban

Salah satu tempat penginapan menarik untk lokasi percutian di Seremban ialah Klana Resort. Ia terletak di kawasan Taman Tasik Seremban. Resort ini dikelilingi pokok-pokok yang menghijau. Suasana cukup tenang dan mendamaikan. Kemudahan kolam renang yang luas juga sesuai untuk membawa anak-anak bercuti di sini.

Antara bilik menarik di Klana Resort Seremban.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM170.

Lokasi / Alamat:
Klana Resort Seremban
PT 4388, Jalan Penghulu Cantik,
Taman Tasik Seremban,
70100 Seremban,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +606 766 7888
Fax : +(606) 766 7999
Email: info@klana-resort.com.my, reservations@klana-resort.com.my

Untuk maklumat lanjut, lihat halaman Klana Resort Seremban.

Percutian Taman Tema

Beberapa taman tema di Negeri Sembilan turut popular sebagai tempat bercuti bersama keluarga. Destinasi yang menarik ialah Taman Tema Air Primaland dan Wet World Pedas Hot Springs. Kedua-duanya adalah taman tema air yang menyediakan permainan menarik seperti gelongsor air dan kolam untuk kanak-kanak.

Taman Tema Air Primaland

Taman Tema Air Primaland terletak di Port Dickson. Ia terkenal kerana menyediakan pantai buatan manusia yang terbesar di Malaysia. Salah satu kelebihannya ialah anda akan rasa lebih selamat membawa anak-anak bercuti dan mandi-manda di sini.

Taman Tema Air Primaland PD.

Resort menarik ini menyediakan 300 buah bilik untuk pelancong. Kemudahan berbagai jenis restoran turut terdapat didalam kawasan resort. Selain itu, anda juga boleh mengisi ruang percutian dengan menonton filem di teater mini, bersenam di gimnasium, berkaraoke atau sauna.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM240.

Lokasi / Alamat:
PD Prima,
1, Jalan Pantai,
Pasir Panjang,
71250 Si Rusa,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Telefon: +606 662 8888
Fax: +606 662 6361
Email: reservation@prcc.com.my

Wet World Air Panas Pedas Resort

Wet World Air Panas Pedas Resort terletak di jalan utama ke Rembau. Taman tema ini dibangunkan di kawasan kolam air panas semulajadi. Berbanding kolam air panas lain, ia cukup menarik dan berbagai kemudahan serta kelengkapan disediakan untuk pengunjung. Air panas semulajadi dikatakan dapat mengubati penyakit kulit, sakit sendi, arthritis dan lenguh-lenguh badan. Betul ke? Tidak salah kalau anda mencuba sambil berseronok bersama kawan-kawan atau keluarga di taman tema ini.

Wet World Air Panas Pedas.

Walau bagaimanapun, ianya cuma sesuai untuk percutian harian kerana tiada penginapan disediakan dalam Wet World Air Panas Pedas Resort. Harga tiket masuk yang dikenakan ialah RM15 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak dengan MyKad.

Lihat artikel Bercuti di Wet World Pedas Hot Springs.

Alamat:
Wet World Air Panas Pedas Resort
Lot 603, Jalan Tampin Mukim Pedas,
71400, Pedas,
Negeri Sembilan.

Hubungi:
Tel : +606-685 8027 Email: sales.wwappr@owg.com.my

Percutian Agro-Tourism

Percutian Agro-Tourism atau pelancongan pertanian di Negeri Sembilan agak popular dikalangan pelancong. Ada beberapa destinasi yang menarik dan sering menjadi tumpuan seperti Titi Eco Farm dan Homestay.

Titi Eco Farm

Titi Eco Farm terletak di Sungai Rotan, Jelebu. Ia adalah ladang pertanian yang meliputi kawasan seluas 40 ekar dengan sayur-sayuran ladang organik, taman buah-buahan, herba taman, kolam ikan, ladang ternakan dan kawasan rekreasi. Selain itu, ia juga menjalankan penyelidikan dan tanaman buah-buahan serta sayur-sayuran organik tanpa racun perosak atau bahan kimia. Pengunjung boleh melawat ladang-ladang ini dan melihat dengan lebih dekat bagaimana ia dijalankan. Jika anda ingin bercuti, berbagai aktiviti dan permainan turut disediakan. Titi Eco Farm juga sesuai untuk percutian secara berkumpulan (20 orang keatas).

Titi Eco Farm Resort.

Penginapan menarik juga disediakan untuk pelancong di Titi Eco Farm Resort. Beberapa jenis chalet disediakan seperti Energy Garden, Semi-D Chalet dan Long House. Anda pasti terpesona melihat keindahan resort ini yang dikelilingi bukit-bukau yang menghijau. Suasana yang nyaman dan damai pasti mententeramkan jiwa anda. Apabila malam menjelma, keadaan cukup sunyi dan mendamaikan.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM150. Sila hubungi resort untuk maklumat lanjut.

Lokasi / Alamat:
Titi Eco Farm Resort
Lot 1706, 1708, 1203, 1349, 1916, Sungai Rotan,
71650 Jelebu,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +603 7874 8122, +603 7873 8191
Email: info@titieco.com.my

Tempat percutian terbaik di Negeri Sembilan

Jika bajet tidak menjadi masalah kepada anda, berikut ialah antara tempat percutian terbaik di Negeri Sembilan yang boleh anda pilih. Sebagai peringatan, tempat-tempat ini adalah lokasi percutian persendirian yang amat mementingkan privasi. Lawatan tidak dibuka kepada orang-ramai. Ianya hanya untuk pengunjung yang telah membuat tempahan terlebih dahulu.

The Shorea Seremban

The Shorea menawarkan tempat percutian terbaik di Negeri Sembilan. Terletak di kawasan semulajadi Hutan Simpan Berembun, ia menyediakan dua jenis penginapan iaitu villa berhawa dingin dengan kolam persendirian di The Shorea ESTATE dan villa kayu tanpa penyaman udara di The Shorea Resort.

The Shorea Seremban.

Keistimewaan The Shorea ialah lokasinya dikawasan hutan semulajadi yang mendamaikan dan pemandangan menarik yang boleh dilihat disini. Villanya pula dibina dengan rekabentuk yang sangat cantik dengan bilik tidur yang luas, ruang tamu yang menawarkan pemandangan indah serta kolam renang yang menarik pasti melengkapkan percutian anda.

Harga penginapan di The Shorea adalah seperti berikut: Senarai rate harga The Shorea Villa / Suites.

Lokasi / Alamat:
THE SHOREA Seremban
Kampung Kolam Air, Mukim Pantai,
Jalan Jelebu,
71770 Seremban,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +6 017 300 5600 Roza (Whatsapp), +6 017 300 5810 Roslee (Whatsapp)
Email: info@theshorea.com or theshorea@yahoo.com

The Dusun

The Dusun ialah destinasi percutian menarik yang terletak di Seremban. Jika anda ingin berehat atau menyendiri, tempat ini memang cukup sesuai kerana lokasinya yang jauh dari bandar. Terletak di kaki bukit Banjaran Titiwangsa berhampiran Hutan Simpan Berembun, ia dikelilingi kehijauan alam semulajadi yang cukup mendamaikan.

The Dusun Seremban.

Apa yang lebih istimewa ialah rumah yang terdapat di The Dusun. Sebanyak lima buah rumah yang sangat cantik dengan kolam renang masing-masing menanti pengunjung. Setiap rumah dibina dengan rekaan tersendiri dan dilengkapi beranda untuk tetamu bersantai menikmati pemandangan alam yang menenangkan. Jika anda bercadang untuk bercuti disini, sila buat tempahan lebih awal. Oleh kerana tempat penginapan yang terhad, ia selalunya penuh. Semak kekosongan di halaman "Book" laman web The Dusun.

Harga rumah 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM400.

Lokasi / Alamat:
The Dusun
3437, Kampung Kolam Air,
Mukim Pantai,
71770 Seremban,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Laman Web: The Dusun

Awanmulan

Awanmulan adalah satu lagi lokasi percutian menarik di Negeri Sembilan yang terletak dikawasan Hutan Simpan Berembun. Berkonsepkan alam semulajadi, ia menawarkan ketenangan dan kesunyian pada anda yang mencari kedamaian semasa bercuti.

Awanmulan Retreat.

Sebanyak enam buah rumah disediakan untuk tetamu iaitu Teratak Bonda, Kesidang, Sunrise, Sasterawan, Evensong dan Durian Runtuh. Kemudahan yang ada termasuk tempat memasak, bbq dan kolam renang.

Harga penginapan di Awanmulan bermula dengan RM550.

Lokasi / Alamat:
Awanmulan
Kampung Baru Pantai,
Jalan Jelebu,
71770 Seremban,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: (+60) 13 367 0767
Email: serenity@awanmulan.com
Laman web: Awanmulan.

Cabinz Ecottage

Cabinz Ecottage terletak tidak jauh dari The Dusun. Ia menawarkan konsep percutian yang sama, iaitu percutian alam semulajadi dikawasan hutan. Apa yang membezakan ialah rekabentuk rumah atau villa dan dekorasi dalaman yang disediakan untuk pengunjung. Di Cabinz Ecottage, tempat penginapan dibuat dari bata merah dan juga kayu. Ada bili studio di bangunan dua tingkat dan chalet berkembar yang boleh dipilh. Hiasan dalamannya ringkas dan cukup menarik.

Cabinz Ecottage.

Harga penginapan di Awanmulan bermula dengan RM450.

Lokasi / Alamat:
Cabinz Ecottage
Mukim Pantai,
71770 Seremban,
Negeri Sembilan

Hubungi:
Telefon: +6016-2795059 (Miss Evelyn Lim)
Laman web: Cabinz Ecottage.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Negeri Sembilan, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Lokasi yang disenaraikan diatas ialah antara tempat menarik di Negeri Sembilan yang sangat sesuai untuk bercuti, mengadakan hari keluarga atau reunion. Kami cuba membantu dengan memberikan informasi yang tepat dan terbaik untuk percutian anda. Jika maklumat ini berguna, sila kongsikan kepada rakan-rakan di laman fb, twitter atau g+ sebagai tanda penghargaan. Jika ada yang kurang sila tinggalkan komen agar dapat kami perbaiki kelemahan yang ada. Terima kasih atas sokongan anda dan selamat bercuti!