Diluar kesesakan Pasar Kemboja Pendang terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Disini kami senaraikan tempat-tempat tersebut berserta gambar-gambar menarik untuk anda. Jangan lupa untuk mengunjungi tempat ini jika anda merancang untuk ke Pasar Kemboja Pendang.
Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Kedah.
Pekan Nat Pendang
Terletak di perkarangan Stesen Bas Pendang. Ia adalah pasar pagi yang menjual berbagai barangan keperluan, makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.
Keterangan gambar: Gerai buah yang menjual berbagai jenis mempelam (mangga) di Pekan Nat Pendang.
Keterangan gambar: Orang-ramai berpusu-pusu membeli-belah didalam Pekan Nat Pendang.
Keterangan gambar: Apabila tiba musim buah-buahan, durian turut dijual disini.
Keterangan gambar: Gerai buah-buahan tempatan di Pekan Nat Pendang.
Keterangan gambar: Pelbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman dijual di pekan nat ini.
Masjid Pendang
Masjid ini terletak berhampiran Pasar Kemboja. Jika anda terlewat tiba ke Pasar Kemboja ataupun membeli-belah hingga tengahari, anda boleh solat Jumaat di masjid ini.
Keterangan gambar: Masjid Pendang yang terletak diseberang sungai berhampiran Pasar Kemboja Pendang.
Tempat Makan
Terdapat banyak kedai makan seperti gerai dan restoran di pekan Pendang. Ada makanan melayu, nasi berlauk, ikan bakar, bihun sup, laksa, restoran nasi kandar, makanan segera seperti KFC dan lain-lain.
Keterangan gambar: Gerai minuman di sekitar Pasar Kemboja Pendang.
Keterangan gambar: Gerai makanan di sekitar pekan Pendang.
Pendang Lake Resort
Terletak dibelakang Pasar Kemboja Pendang. Terdapat banyak chalet yang boleh disewa jika anda datang dari luar Kedah. Terdapat tasik yang luas dan cantik didalam resort Pendang Lake Resort.
Untuk melihat apa yang ada didalam Pasar Kemboja Pendang dan gambar-gambar menarik, sila baca artikel Membeli-belah di Pasar Kemboja Pendang.