Kanak-kanak

Di Malaysia ada banyak destinasi percutian yang sesuai untuk membawa kanak-kanak bercuti. Pilihan yang paling popular ialah taman tema. Namun jika anda memiliki anak-anak yang ramai, ia pasti agak membebankan. Lokasi lain yang boleh dijadikan pilihan ialah taman rekreasi. Biasanya ada permainan disediakan. Jika tiada, anda perlu menggunakan kreativiti sendiri seperti membawa bola atau permainan lain dari rumah.

Selain itu, berbagai tarikan pelancongan dibangunkan oleh pihak kerajaan dan juga swasta yang sesuai untuk kanak-kanak. Tempat menarik seperti zoo, muzium dan tempat peranginan air terjun ialah pilihan paling mudah untuk anda pilih. Lokasi yang kami sediakan dibawah akan membantu anda mendapatkan maklumat tempat menarik untuk membawa kanak-kanak bercuti.

Harga tiket dan aktiviti menarik di Legoland Johor

Kaunter tiket Legoland Johor

Legoland Malaysia Resort adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Malaysia. Ia juga adalah satu-satunya taman tema Legoland di Asia. Menyediakan berbagai aktiviti menarik, imaginasi dan pembelajaran, ia adalah lokasi percutian riang-ria yang paling sesuai untuk seisi keluarga. Bagi pengunjung yang ingin membawa keluarga bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai Legoland Malaysia Resort atau lebih dikenali dengan Legoland Johor ini sebagai panduan.

Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Lost World of Tambun logo.