Johor

Johor ialah sebuah negeri yang cantik terkenal dengan Taman Negara, pantai yang cantik dan pasukan bolasepak yang kuat. Ia terletak dipenghujung Semenanjung Malaysia. Satu perkara yang unik tentang negeri ini ialah, ia menghadap Laut China Selatan, Selat Melaka dan juga Singapura. Ia adalah satu-satunya negeri seumpama ini di Malaysia .

Selain Taman Negara dan pantai, banyak destinasi pelancongan di Johor yang boleh dilawati seperti tempat bersejarah, warisan budaya dan senibina, taman tema dan tempat membeli-belah. Dibawah ialah informasi mengenai tarikan pelancongan yang ada di negeri ini. Ada pelancongan bandar, alam semulajadi, pulau, pantai serta aktiviti menarik yang boleh dilakukan.

Lihat tempat menarik di Malaysia mengikut negeri di halaman Tempat Menarik.

Tarikan pelancongan di Johor

Tarikan pelancongan di Johor

Johor ialah negeri paling selatan di semenanjung Malaysia yang mempunyai banyak lokasi pelancongan untuk dilawati. Selain alam semulajadi yang cantik seperti pulau, pantai dan gunung, negeri Johor kaya dengan adat resam dan kebudayaan yang menjadi tarikan pelancong dalam dan luar negara. Disini kami sediakan senarai tarikan pelancongan di Johor serta sedikit pengenalan tentang kebudayaan masyarakat Johor yang berbilang kaum sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti di negeri ini.