Honeymoon

Anda tidak perlu berbelanja besar untuk berbulan madu ke luar negeri kerana di Malaysia ada banyak tempat menarik dan sesuai untuk honeymoon. Berikut ialah antara destinasi popular yang boleh anda pilih. Dapatkan maklumat lokasi menarik untuk dijadikan tempat berbulan madu bersama pasangan termasuk hotel, dinner, harga dan aktiviti yang boleh dilakukan.

Bercuti di Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga diseluruh dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, "South Pacific" sekitar tahun 1959. Pulau Tioman juga pernah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an. Pulau Tioman menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.

Pulau Sibu destinasi percutian menarik di Johor

Pulau Sibu, Johor adalah sebuah pulau destinasi percutian terkenal di Malaysia. Ia adalah pulau yang cantik dan mempunyai coral serta hidupan laut yang sangat menarik. Pulau Sibu telah diwartakan sebagai sebuah Taman Laut pada tahun 1993. Bagi sesiapa yang berminat untuk menjadikan pulau ini destinasi percutian mereka, kami telah sediakan maklumat ringkas dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan disana.

Sibu Island Resort.