Oriental Village Langkawi

Oriental Village ialah tempat menarik yang kurang dikenali di Langkawi. Tetapi bila sebut Kereta Kabel Langkawi, pasti ramai yang tahu. Sebenarnya stesen kereta kabel terletak di Oriental Village.

Selain kereta kabel, banyak lagi tempat menarik dan aktiviti pelancongan ada disini. Pengunjung boleh melawat taman-taman indah dan jambatan yang dibina menghiasi kawasan tasik yang luas. Manakala aktiviti menyeronokkan yang menanti pengunjung termasuk aktiviti air, indoor dan aktiviti lasak.

Oriental Village juga merupakan lokasi terbaik untuk menjamu selera. Ini kerana berbagai restoran makanan dari seluruh dunia boleh ditemui disini. Malah, tempat penginapan turut disediakan untuk pelancong dengan harga yang sangat berpatutan.

Terokai semua di Pulau Langkawi.

Pemandangan cantik Oriental Village Langkawi

Taman Korea merupakan salah satu tempat menarik yang ada di Oriental Village. Pengunjung boleh berkunjung ke sini untuk bergambar. Selain taman ini, beberapa tempat disini mempunyai lanskap yang sangat cantik. Jangan lupa untuk bersiar-siar jika datang kemari.

Korea Garden di Oriental Village

Lokasi

Lokasi Oriental Village Langkawi ialah di Burau Bay. Ia terletak di kaki Gunung Machinchang. Jarak perjalanan dari pekan Kuah ke sini ialah kira-kira 28 KM. Jika memandu kereta, ia mengambil masa lebih-kurang 40 minit. Pengunjung juga boleh mengambil teksi atau van. Harga bergantung pada jumlah penumpang.

Alamat:
Panorama Langkawi Sdn Bhd
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah.

Hubungi:
Telefon:[6]04-959 4225/1225
Fax:[6]04-959 1121/4121
Email: info@panoramalangkawi.com

3D Art Langkawi

3D Art Museum

Jika anda peminat seni, 3D Art Langkawi adalah tempat menarik yang tidak boleh dilepaskan. Muzium yang luas ini mempunyai lebih 100 lukisan interaktif 3D yang dihasilkan oleh pelukis-pelukis antarabangsa. Lukisan-lukisan yang amat mengagumkan lahir dari imaginasi para pelukis cukup hebat dan perlu dihargai. Dengan 9 tema yang ditawarkan, anda pasti puas beraksi serta bergambar kenangan.

Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa: RM30.
Kanak-kanak: RM20.

Hubungi:
Telefon:+60 13 509 1209
Email: admin@3dlangkawi.com.my

F1 Simulator

F1 Simulator Langkawi

Peminat lumba kereta Formula 1 boleh mencuba F1 Simulator yang terletak berhampiran kaunter tiket. Ia adalah permainan menarik dengan teknologi terkini yang membolehkan pemain merasa pecutan, kelajuan, brek dan mengambil selekoh. Malah turut merasa kesan apabila terhempas ke dinding!

Beberapa buah mesin simulator tersedia membolehkan pemain berlumba beramai-ramai. Pemain juga boleh memilih dua mod perlumbaan samada FI atau Rally. Manakala litar perlumbaan yang boleh dipilih termasuk litar popular Monaco, Litar Antarabangsa Sepang atau 3 litar lain.

Harga tiket / Bayaran masuk:
Dewasa: RM15.
Kanak-kanak: RM10.

6D Cinemotion

6D Cinemotion

6D Cinemotion menjanjikan pengalaman yang cukup menyeronokkan kepada pengunjung. Ia adalah cinema 3D dengan kesan khas dimana pengunjung akan turut merasai sebagaimana yang berlaku dalam filem tersebut. Kesan khas tempat duduk 5D, sistem bunyi dan lain-lain cukup menakjubkan. Anda akan merasa seolah-olah berada dalam filem! Anda patut mencubanya.

6D Cinemotion yang terletak di Oriental Village ini ialah yang pertama di Langkawi. Bagi pemilik MyKad, harga untuk dewasa ialah RM18 dan kanak-kanak RM15.

SkyAdventure Park

Sky Adventure Park Langkawi

Bagi yang gemar melakukan aktiviti outdoor, SkyAdventure Park menawarkan beberapa permainan menarik dan aktiviti mencabar untuk anda. Pilih kenderaan dibawah dan alami keseronokan di trek yang disediakan.

  • Revo Adventure.
  • ATV Fun Ride.
  • Rangcar.
  • COMOS EcoRide.
  • Velocifero.

Selain menunggang berbagai jenis kenderaan, aktiviti outdoor turut disediakan seperti Target Shooting dan Hamster Ball.

SkyDome

SkyDome Langkawi

Alami pengalaman di angkasa lepas di SkyDome Oriental Village Langkawi. Sebanyak 12 projector berfungsi pada satu masa menghasilkan 360 darjah unjuran imej 3D yang sungguh menakjubkan. Ia agak berbeza dengan 6D Cinemotion dimana cermin mata 3D dan tempat duduk yang bergerak digunakan untuk memberi kesan khas.

SkyDome boleh memuatkan sebanyak 50 orang pengunjung pada satu masa. Harga tiket juga sudah termasuk dalam bayaran SkyCab. Jika bosan beratur panjang menunggu giliran kereta kabel, anda boleh ke sini dan rasai pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

SkyCab - Langkawi Cable Car

Langkawi Cable Car - SkyCab

SkyCab ialah kereta kabel yang membawa pelancong ke puncak Gunung Machinchang. Ia akan berhenti di dua stesen iaitu Middle Station dan Top Station. Setiap stesen mempunyai tempat menarik yang boleh dilawati. Jika anda tiada penyakit merbahaya, tidak gayat atau panik yang keterlaluan, anda harus menaiki kereta kabel ini. Ia menawarkan pengalaman yang cukup menyeronokkan. Pemandangan menarik diatas gunung memang berbaloi.

Maklumat lanjut Kereta Kabel Langkawi - SkyCab Panorama Langkawi.

Aktiviti Tasik

Tasik Oriental Village

Anda boleh melakukan beberapa aktiviti yang diadakan di tasik Oriental Village ini seperti Roller Orb, Orb Ball dan Water Bike. Jika anda berminat untuk mencuba aktiviti ini, sila bawa pakaian yang sesuai. Berikut ialah keterangan ringkas tentang aktiviti:

  • Roller Orb - Ia adalah sebuah belon berbentuk silinder dimana peserta akan masuk kedalam belon tersebut dan berjalan diatas air.
  • Orb Ball - Belon bulat yang besar boleh memuatkan dua orang peserta. Peserta akan masuk kedalam belon besar dan berjalan di tasik.
  • Water Bike - Ia kelihatan seperti dua basikal diatas kayak. Anda dan pasangan boleh berkasuh mengelilingi tasik.

Pada musim kemarau air tasik akan berkurangan. Semua aktiviti air akan dihentikan.

Chocohouz

Chocohouz

Chochohouz ialah cafe dan kedai cokelat yang terletak didalam Oriental Village Langkawi. Kedai ini menjual berbagai jenis cokelat asli dari Belgium seperti Ferrero, Kinder, Knoppers, Bounty, Nestle, Toffifee dan Celebrations. Pengunjung juga boleh menikmati kopi yang lazat seperti Signature Mocha, Iced Latte, Cappuccino dan lain-lain. Diskaun sebanyak 5% diberikan untuk belian melebihi RM100 bagi cokelat terpilih apabila anda menunjukkan tiket SkyCab.

Jika anda ingin merasa kelainan kopi sambil menikmati cokelat bermutu tinggi bolehlah mencuba Chocohouz. Sebaliknya, jika anda ingin ingin memborong cokelat untuk dibawa pulang kepada saudara-mara dan jiran-jiran sekampung, banyak kedai dan pasaraya menawarkan harga yang lebih murah.

Galeri Produk Langkawi

Galeri Produk Langkawi

Galeri Produk Langkawi ialah antara tempat menarik yang perlu dilawati di Oriental Village Langkawi. Galeri ini mengumpulkan berbagai produk tempatan seperti ukiran kayu, barangan seramik, kristal, ukiran pisau dan keris, produk dari tempurung kelapa dan buluh, lukisan serta lain-lain lagi. Harga kraftangan bermula dari serendah RM2. Galeri Produk Langkawi telah berpindah dari lokasi lama ke SkyBoutique mulai tahun 2016.

SkyBoutique

SkyBoutique Langkawi

Jika anda ingin membeli barangan cenderahati SkyCab atau Oriental Village, terdapat kedai cenderahati yang menjual barangan rasmi iaitu SkyBoutique. Dua buah kedai boleh dikunjungi iaitu satu di Base Station dan satu lagi di Top Station. Antara yang menarik dan popular ialah t-shirt dan beg.

Geopark Hotel

Geopark Hotel

Jika anda ingin bermalam, Geopark Hotel ialah tempat penginapan menarik yang terletak di dalam kawasan Oriental Village Langkawi. Terdapat 30 buah bilik selesa dan suite menarik disediakan untuk pengunjung.

Lihat semua tempat menarik di Langkawi.

Kesimpulan

Melawat Oriental Village Langkawi cukup menyeronokkan dan memuaskan hati. Ia adalah tempat menarik yang mesti dikunjungi jika bercuti ke Langkawi. Selain itu, pemandangan bangunan dan lanskap disini sangat cantik membuatkan anda berasa seolah-olah di luar negara. Tidak hairanlah ia menjadi salah satu tarikan pelancongan utama di Pulau Langkawi.

Berbagai aktiviti turut disediakan untuk pengunjung. Semestinya yang paling menarik ialah menaiki Langkawi Cable Car (SkyCab). Jika takut gayat, masih banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan seberti yang dinyatakan diatas. Apapun, Oriental Village mesti menjadi salah satu destinasi dalam itinerari anda jika bercuti ke Langkawi.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.