Tempat menarik di Malaysia mengikut negeri

Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, tempat peninggalan sejarah, taman tema, pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi. Laman web percutianbajet.com telah menyenaraikan tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia untuk panduan pengunjung yang ingin bercuti atau membawa keluarga berjalan-jalan dimusim percutian.

Halaman tempat menarik di Malaysia ini disusun mengikut negeri agar mudah bagi pengunjung merancang percutian mereka. Terdapat senarai tempat menarik untuk pelancongan, kebudayaan dan adat resam, makanan tradisional, tempat makan sedap dan menarik, tempat bersejarah untuk dilawati, program homestay dan lain-lain aktiviti pelancongan sebagai rujukan dan panduan pengunjung yang ingin bercuti ke negeri tersebut. Artikel terperinci mengenai sesuatu tempat pelancongan juga ada bagi sesetengah destinasi.

Anda ingin bercuti ke Johor? Lihat panduan tempat-tempat menarik di Johor yang boleh anda lawati serta kenali makanan tempatan yang sedap dan menyelerakan.
Apa yang menarik: Taman Negara, kebudayaan, membeli-belah, pulau
Kedah adalah sebuah negeri yang kaya dengan tempat-tempat menarik. Samada eko pelancongan, pelancongan luar bandar atau pelancongan tani, semuanya ada disini.
Apa yang menarik: Kebudayaan, membeli-belah, pantai dan pulau
Kelantan adalah antara negeri yang popular bagi pelancong tempatan. Jika anda ingin bercuti ke Kelantan, sila lawati halaman ini untuk melihat apa yang menarik disana.
Apa yang menarik: Taman Negara, kebudayaan, membeli-belah
Kuala Lumpur adalah ibu kota bagi Malaysia. Menjadi tempat tumpuan pelancongan dari dalam dan luar negara. Jika anda ingin bercuti ke Kuala Lumpur, sila lawati halaman ini.
Apa yang menarik: Membeli-belah, sejarah dan warisan, festival
Melaka dikenali sebagai kota sejarah. Ia menjadi tumpuan pelancong untuk melihat seni bina dan sejarah yang ada di Kota Melaka, kebudayaan serta lain-lain tempat menarik.
Apa yang menarik: Kebudayaan, membeli-belah, sejarah dan warisan
Negeri Sembilan terkenal dengan adat resam dan budaya Minangkabau. Selain itu banyak tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi. Lihat disini untuk panduan percutian.
Apa yang menarik: Kebudayaan, sejarah dan warisan, pantai dan pulau
Pahang mempunyai banyak tempat percutian yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Percutian ke tanah tinggi dan percutian pulau antara tarikan utama.
Apa yang menarik: Taman Negara, tanah tinggi, pantai dan pulau
Pulau Pinang digelar sebagai "syurga makanan" di Malaysia. Berbagai aktiviti dan tempat menarik turut menanti pengunjung seperti tempat bersejarah dan taman tema.
Apa yang menarik: Taman Negara, kebudayaan, sejarah dan warisan
Perak adalah antara destinasi percutian yang popular di Malaysia. Bukit Merah Lake Town Resort, The Lost World of Tambun dan Pulau Pangkor ialah antara tumpuan pelancong.
Apa yang menarik: Kebudayaan, taman tema, pantai dan pulau
Anda ingin melancong ke Perlis? Apa yang menarik di Perlis? Banyak tempat yang boleh dilawati, menikmati makanan tempatan, berrekreasi dan meneroka keindahan alam semulajadi.
Apa yang menarik: Taman Negara, membeli-belah, sukan dan rekreasi
Putrajaya adalah pusat pentadbiran kerajaan Malaysia, mempunyai rekaan bangunan-bangunan yang unik berdasarkan struktur pembinaan bangunan menarik dari seluruh dunia.
Apa yang menarik: Pendidikan, festival, sukan dan rekreasi
Sabah yang dikenali sebagai Negeri Dibawah Bayu mempunyai kebudayaan pelbagai kaum yang unik dan berbagai tempat menarik untuk dilawati. Ia juga mempunyai banyak pulau yang cantik.
Apa yang menarik: Taman Negara, kebudayaan, pantai dan pulau
Sarawak Bumi Kenyalang terkenal dengan pelbagai etnik kreatif dan budaya yang tersendiri. Negeri ini juga terkenal dengan tempat menarik seperti Gua Niah dan pelancongan alam semulajadi.
Apa yang menarik: Taman Negara, kebudayaan, festival
Selangor adalah sebuah negeri yang mempunyai banyak tempat percutian menarik seperti taman tema, pelancongan alam semulajadi, tempat-tempat bersejarah dan juga kebudayaan pelbagai kaum.
Apa yang menarik: Kebudayaan, membeli-belah, festival
Terengganu terkenal dengan pulau yang sangat cantik seperti Pulau Redang dan Pulau Kapas. Selain pulau, di tanah besar Terengganu juga terdapat banyak tempat menarik lain yang boleh dilawati.
Apa yang menarik: Kebudayaan, pantai dan pulau, sukan dan rekreasi