Taman Buaya Langkawi

Taman Buaya Langkawi atau nama sebenarnya Crocodile Adventureland Langkawi adalah salah satu tarikan pelancongan utama di pulau lagenda ini. Mana-mana agensi pelancongan sekalipun pasti memasukkan tempat menarik ini sebagai salah satu lokasi untuk dilawati dalam itinerari mereka.

Ia bukan seperti taman buaya biasa yang pernah anda kunjungi. Seperti namanya, ia menawarkan berbagai pakej untuk pengunjung merasai pengalaman menyeronokkan bersama keluarga disini.

Pameran buaya

Lokasi Taman Buaya Langkawi

Taman Buaya Langkawi terletak tidak jauh dari Oriental Village atau Cable Car Langkawi. Jika datang sendiri, anda boleh mengatur hari yang sama untuk melawat tempat menarik ini.

Alamat:
Crocodile Adventureland Langkawi
Mukim Air Hangat, Jalan Datai,
Kampung Kubang Badak,
07000 Langkawi,
Kedah

Hubungi:
Tel: 04-959 2559 / 04 – 950 2061
Fax : 04-950 2081
E-mail : grpsales@porosus.com
Website : www.crocodileadventureland.com

Harga tiket:
Harga tiket atau bayaran masuk adalah mengikut kombo atau pakej yang disediakan. Sila rujuk laman web berkenaan. Bayaran minima iaitu kombo 1 ialah:
Dewasa : RM32
kanak-kanak : RM26
Warga Emas / OKU : RM26

Waktu melawat:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Peta Taman Buaya Langkawi

Tarikan pelancongan di Taman Buaya Langkawi

Tarikan utama di Taman Buaya Langkawi ini semestinya melihat pelbagai jenis buaya yang ada disini. Namun begitu, ada beberapa aktiviti lain yang agak menarik disediakan untuk pengunjung.

Pelbagai spesis buaya

Apabila melangkah masuk ke Taman Buaya Langkawi, anda akan melalui satu kawasan sangkar dimana buaya dikurung mengikut spesis. Disini pengnjung dapat mengenali jenis buaya dari dalam dan luar negara.

Spesis buaya

Pertunjukan buaya

Beberapa pertunjukan buaya disediakan untuk menghiburkan pengunjung. Semuanya menunjukan bagaimana pekerja mahir disini berinteraksi dengan buaya. Ada yang agak menggerunkan kerana saiz buaya yang besar kelihatan ganas.

Antara pertunjukan buaya yang ada ialah:

  • Buaya liar yang agresif dan mendebarkan.
  • Buaya dewasa melompat.
  • Buaya gergasi "Bujang Lang".
  • Memberi makan buaya gergasi.

Memberi makan buaya

Memberi makan buaya

Disini pengunjung boleh berinteraksi dengan buaya iaitu dengan cara memberinya makan. Lihat bagaimana ia menyambar makanan dan ia adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.

Kumpulan buaya besar dalam kolam

Bergambar bersama buaya

Jika anda seorang yang berani, disini anda boleh memeluk buaya untuk diabadikan dalam foto kenang-kenangan. Jangan risau, ia cuma buaya remaja yang jinak.

Bergambar bersama buaya

Kemudahan dan fasiliti

Beberapa kemudahan disediakan selain kemudahan asas seperti tandas dan surau.

Pusat Informasi

Pengunjung boleh mendapatkan maklumat mengenai buaya yang tidak diketahui selama ini. Ia sangat mudah difahami kerana disertakan dengan gambar dan organ buaya sebenar.

Pusat informasi buaya

Croc Cafe

JIka terasa lapar dan ingin menjamu selera, Croc Cafe menyediakan pelbagai makanan dan minuman ringan kepada pengunjung. Antara menu yang ada ialah nasi lemak dengan kopi O, burger, kebab dan kentang goreng.

Croc Cafe

Grab & Go KiosK

Didalam kawasan taman buaya, anda boleh mendapatkan makanan ringan seperti sandwich, aiskrim dan minuman ringan di Gran & Go Kiosk.

Kesimpulan

Sebenarnya tidak banyak yang boleh diceritakan mengenai Taman Buaya Langkawi ini kerana semuanya perihal buaya sahaja. Tetapi melawat tempat ini memang menyeronokkan lebih-lebih lagi jika anda membawa anak-anak kerana mereka yang lebih teruja. Apa yang kontra bagi kami cuma harga tiketnya yang agak mahal dan kurang sesuai untuk percutian bajet.

Artikel berkaitan

Lihat artikel mengenai tarikan pelancongan yang ada di Langkawi.

Lokasi