Taman Botani Pulau Pinang - Penang Botanical Garden

Taman Botani Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai Penang Botanical Garden adalah tempat menarik di yang mesti dilawati jika bercuti di negeri ini. Ia ditubuhkan sejak zaman penjajah Inggeris lagi, iaitu pada tahun 1884 dan dikenali sebagai Waterfall Garden pada ketika itu. Taman ini, seperti taman botani lain, mempunyai lanskap menarik, dikelilingi kehijauan pokok-pokok hutan serta rumah-rumah herba berbagai spesis.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Lokasi Taman Botani Pulau Pinang

Taman Botani Pulau Pinang terletak di pinggir bandaraya George Town. Anda boleh mengikut Jalan Utama terus ke destinasi. Jika dari Persiaran Gurney, jaraknya lebih-kurang 4KM melalui jalan Bagan Jermal. Pengunjung boleh memandu terus hingga tempat letak kereta diperkarangan Taman Botani.

Alamat:
Taman Botani Pulau Pinang
Kompleks Pentadbiran,Bangunan Pavilion,
Jalan Kebun Bunga,
10350 George Town,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel : 04-2264401 (Am), 04-2264404 (Botani & Hortikultur)
Email : botani@penang.gov.my
Website : Taman Botani Pulau Pinang

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : Percuma
Kanak-kanak : Percuma

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Fakta Taman Botani Pulau Pinang

Sejarah Taman Botani Pulau Pinang bermula apabila ditubuhkan pada tahun 1884 dan dikenali sebagai Waterfall Garden. Ia termasuk dibawah Jabatan Taman dan Hutan (Gardens and Forests Department), Negeri-negeri Selat. Pentadbirannya berpusat di Singapura. Peranannya termasuk penanaman tanaman komersil penting, pemeriksaan tanaman dan khidmat nasihat kepada komuniti.

Pintu masuk Taman Botani Pulau Pinang

Dibawah seliaan Charles Curtis, kawasan yang dahulunya tapak kuari, telah dibangunkan dengan aspek-aspek botani dan hortikultur, berubah menjadi sebuah taman yang cantik. Pada tahun 1885, lebih 11,500 pokok telah ditanam ditepi-tepi jalan dan sekitar Pulau Pinang yang diambil dari Taman Botani (Waterfall Garden). Kerana jasanya, banyak pokok-pokok terutama di Taman Botani diberi nama sempena nama beliau.

Penang Botanical Garden

Taman ini mengalami kerosakan yang teruk semasa Perang Dunia Kedua. Selepas British mengambil-alih semula, material peninggalan perang telah dialihkan dan taman ini dibaikpulih. Pada tahun 1946, Taman Botani Pulau Pinang telah diasingkan dari pentadbiran di Singapura. F. S. Banfield telah diberi kuasa mengambil-alih Taman Botani, Bukit Bendera dan lain-lain. Tugas pertama yang diarahkan ialah pengkajian, penyelidikan dan pengkelasan pokok-pokok serta flora dan fauna di Pulau Pinang dijalankan. Hasilnya, banyak pokok-pokok cantik ditanam ditepi jalan, taman, sekolah dan lain-lain selepas itu.

Taman Botani Pulau Pinang juga telah menubuhkan Jabatan Lanskap, Penjualan dan Penyewaan Tanaman yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Taman Botani Penang

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas disediakan di Taman Botani Pulau Pinang. Tempat letak kereta yang luas disediakan diperkarangan taman. Tandas awam terdapat di dalam kawasan Taman Jepun, berhampiran pintu masuk. Didalam taman yang luas ini turut dibina beberapa pondok rehat dan kerusi untuk pengunjung bersantai. Kemudahan dan fasiliti lain ialah:

  1. Surau
  2. Tram
  3. Gerai makan
  4. Kedai Cenderahati

Apa yang menarik?

Taman Botani Pulau Pinang adalah tempat riadah popular bagi penduduk disekitar kawasan ini. Bagi pengunjung luar pula, ia adalah destinasi menarik untuk dilawati. Masuk saja kesini, pengunjung pasti akan terpesona melihat lanskap menarik dengan pokok-pokok bunga yang cantik.

Lanskap menarik

Berjalan terus, terpandang pokok yang berbuah agak pelik di tepi padang iaitu Pokok Buah Meriam. Ia ditanam sederet ditepi jalan. Selain itu, pokok Eboni yang rimbun juga sangat cantik dan menarik perhatian.

Pokok Buah Meriam

Sebenarnya didalam Taman Botani ini ada 11 tarikan utama iaitu:

  1. Aquatic Garden
  2. Economic Garden
  3. Quarry Garden
  4. Secret Garden
  5. Herbs Garden
  6. Aroid Trail
  7. Lily Pond
  8. Curtis Trail
  9. Formal Garden
  10. Sunken Garden
  11. Japanese Garden

    Tempat bersejarah

    Taman Botani adalah tempat bersejarah di Pulau Pinang. Ia telah wujud lebih 130 tahun. Kebanyakkan tanaman asal disini berusia lebih dari itu. Antara rekaan binaan di zaman penjajahan British yang masih kekal ialah Kolam Lili, Bandstand dan Denai Curtis.

    Air terjun

    Taman Botani Pulau Pinang adalah satu kawasan yang luas. Ia dibahagikan kepada dua kawasan oleh sungai yang mengalir dari air terjun diatas bukit. Sungai ini dijaga dengan baik. Kawasannya bersih dan airnya jernih. Air terjun binaan dan lanskap disekitarnya menambah keindahan tempat ini. Sayangnya pengunjung tidak dibenarkan mandi.

    Air terjun

    Berbagai spesis tumbuh-tumbuhan

    Taman Botani Pulau Pinang menyimpan berbagai spesis tumbuh-tumbuhan didalam satu tempat yang dipanggil rumah. Setiap spesis mempunyai rumah masing-masing. Rumah-rumah tersebut ialah:

    1. Rumah Paku-pakis
    2. Rumah Orkid
    3. Rumah Pokok Hiasan
    4. Rumah Kaktus

    Rumah-rumah ini hanya dibuka pada hari Selasa, Khamis, Sabtu dan Ahad.

    Selasa & Khamis - 9.30am - 12.30pm, 2.00pm - 4.30pm
    Sabtu & Ahad. - 9.30am - 12.30pm, 2.00pm - 6.00pm

    Rumah Orkid

    Aktiviti di Taman Botani Pulau Pinang

    Bagi masyarakat setempat, Taman Botani Pulau Pinang adalah tempat riadah harian. Setiap petang taman ini akan dipenuhi orang-ramai yang datang untuk berjogging atau berjalan kaki. Dihujung minggu pula lebih ramai yang melakukan aktiviti ini di awal pagi dan petang. Jalan yang teduh dan udara yang bersih menjadikannya lokasi riadah popular.

    Taman Botani Pulau Pinang

    Taman Botani ini adalah salah satu tempat menarik untuk aktiviti outdoor photography. Disini terdapat padang dengan lanskap yang cantik, taman-taman bunga serta kawasan hutan yang menghijau. Selain itu, berbagai flora dan fauna boleh ditemui. Tidak ketinggalan burung-burung, serangga dan monyet yang berkeliaran.

    Monyet berkeliaran

    Mendaki bukit dan jungle trekking. Trek dari Taman Botani Pulau Pinang adalah salah satu laluan popular untuk mendaki Bukit Bendera. Anda juga boleh menyewa Jeep untuk kesana.

    Jika semua aktiviti diatas bukan minat anda, taman botani ini juga merupakan lokasi menarik untuk bersantai. Anda boleh memilih pondok rehat yang ada atau duduk di kerusi ditepi air terjun. Suasana yang sunyi dan damai mampu memberi ketenangan pada jiwa yang berserabut.

    Monyet

    Apa jua aktiviti yang anda ingin lakukan di taman Botani ini, jangan sesekali memberi makan monyet yang ada disini. Ia memang dilarang sama sekali. Perbuatan tersebut boleh menyebabkan monyet menjadi ganas dan boleh mencederakan pengunjung.

    Kesimpulan

    Taman Botani Pulau Pinang ialah tempat menarik yang mesti dilawati. Banyak tarikan dan aktiviti ada disini. Anda juga tidak perlu mengeluarkan belanja tiket. Sebagai cadangan, bawa keluarga datang dengan pakaian sukan pada awal pagi atau waktu petang. Ramai orang beriadah pada waktu ini. Berjalan sahaja sudah cukup untuk mengeluarkan peluh. Sambil melawat kawasan, anda beriadah dan pada masa yang sama meluangkan waktu bergembira bersama keluarga.

    Artikel berkaitan

    Jangan datang ke Penang sebelum baca semua artikel dibawah.

    1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Penang
    2. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Penang
    3. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Penang
    4. Terokai semua: Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian
    Lokasi

    Add new comment

    Restricted HTML

    • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
    • Lines and paragraphs break automatically.
    • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
    CAPTCHA
    This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.