Pulau Pangkor

Pulau Pangkor ialah sebuah pulau peranginan popular yang terletak di negeri Perak. Ia terkenal dengan pantai yang cantik dan berbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong. Tarikan lain yang ada di pulau ini ialah tempat membeli-belah, sejarah dan warisan serta beberapa destinasi pelancongan yang dibangunkan bagi menarik kedatangan pelancong kesini. Apa yang lebih menarik ialah kos percutian yang diperlukan untuk bercuti disini cukup rendah. Banyak resort yang menawarkan penginapan murah terdapat ditepi pantai. Selain itu, pelancong boleh kemana-mana destinasi di pulau ini dengan motorsikal sahaja.

Kota Belanda Pulau Pangkor

Kota Belanda Pulau Pangkor

Kota Belanda ialah salah satu tarikan pelancongan yang ada di Pulau Pangkor, Perak. Ia adalah sebuah kota peninggalan Belanda pada kurun ke 17. Tempat ini kini menjadi salah satu lokasi mesti singgah jika anda bercuti di pulau ini.

Tempat bersejarah ini telah mengalami beberapa fasa perubahan. Sejak ia dipulihara pada tahun 1973, berbagai penambahbaikan termasuk pembinaan rumah limas, bangunan kedai, taman kecil dan lain-lain telah dilakukan.

Kali ini kami sediakan maklumat berkaitan Kota Belanda Pulau Pangkor yang perlu anda tahu termasuk gambar diwaktu siang dan malam.

Coral Beach Pulau Pangkor

Pantai Coral Beach Pulau Pangkor

Coral Beach ialah salah satu tempat menarik di Pulau Pangkor, Perak. Ia dikatakan pantai yang paling cantik di pulau ini. Tempat ini juga terkenal dengan restoran makanan laut dan operator pelancongan yang menawarkan berbagai permainan dan sukan air.

Pantai yang sering menjadi tumpuan pelancong ini agak sesak pada musim cuti sekolah. Pada hari-hari biasa, ia sesuai dijadikan lokasi pilihan untuk bersantai, mandi laut dan menjamu selera.

Top 10 tempat menarik di Pulau Pangkor yang percuma

Top 10 tempat menarik di Pulau Pangkor percuma

Beberapa tempat menarik di Pulau Pangkor boleh dilawati jika anda bercuti di pulau peranginan ini. Keindahan semulajadi yang ada seperti pantai yang cantik, kesan peninggalan sejarah pendaratan Belanda di Perak dan tarikan pelancongan yang dibangunkan oleh kerajaan serta persendirian cukup untuk memenuhi masa terluang semasa berada disini.

Teluk Nipah Pulau Pangkor

Teluk Nipah Pulau Pangkor

Teluk Nipah ialah destinasi percutian popular di Pulau Pangkor, Perak. Ia terkenal dengan pantai yang cantik. Kawasan ini telah dimajukan dengan berbagai kemudahan seperti tempat penginapan, kedai dan operator pelancongan.

Pantai Teluk Nipah terletak agak jauh dari pekan. Kawasan ini juga tiada perkampungan penduduk. Anda mungkin membayangkan ia adalah pantai yang sunyi. Sebenarnya tidak.

Kawasan pantai Teluk Nipah mempunyai banyak resort, deretan kedai dan berbagai aktiviti watersport. Ia cukup meriah dari pagi hingga ke malam terutama pada musim cuti sekolah.

Top 10 aktiviti menarik di Pulau Pangkor

Aktiviti menarik di Pulau Pangkor

Bagi anda yang tertanya-tanya apa yang boleh dilakukan di Pulau Pangkor, berikut ialah top 10 aktiviti menyeronokkan untuk anda cuba. Percayalah, ia tidak kurang hebat dari Pulau Langkawi. Semua aktiviti yang disediakan ini mampu memenuhi masa terluang percutian anda.

Pulau Pangkor terkenal dengan pantai yang cantik. Banyak resort dan chalet dibangunkan dikawasan berhampiran pantai. Kebiasaannya, pengunjung yang bercuti disini boleh bersiar-siar melihat pemandangan laut, bersantai, mandi laut dan barbeque ditepi pantai.

Pangkor Bay View Beach Resort, Pulau Pangkor

Pangkor Bay View Beach Resort yang terletak di Pulau Pangkor adalah sebuah penginapan yang sederhana dengan harga yang berpatutan. Pelbagai kemudahan yang disediakan disini untuk memudahkan urusan pengunjung yang pertama kali datang kesini. Selain dari itu, Pangkor Bay Viev Beach Resort juga turut menyediakan pelbagai jenis aktiviti untuk pengunjung.

Lokasi

Lokasi resort yang terletak tidak jauh dari Lapangan terbang Teluk Dalam dan 10 minit dari Jeti Pangkor.

Alamat:

Puteri Bayu Beach Resort

Puteri Bayu Beach Resort ialah sebuah resort menarik di Pulau Pangkor, Perak. Resort ini menawarkan berbagai jenis penginapan yang selesa untuk pelancong seperti chalet dan bilik hotel. Lokasi strategik ditepi pantai yang cantik menyebabkan Puteri Bayu Beach Resort sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor. Bagi pengunjung yang merancang untuk bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang anda perlukan mengenai resort ini.

Purnama Beach Resort, Pulau Pangkor

Purnama Beach Resort adalah sebuah tempat penginapan menarik di Pulau Pangkor iaitu pulau percutian cantik yang terletak di negeri Perak. Ia menawarkan penginapan selesa untuk pasangan atau keluarga yang ingin bercuti ke Pulau Pangkor. Kemudahan makanan juga disediakan di restoran dalam kawasan resort. Bagi menambah keseronokan percutian, Purnama Beach Resort turut menawarkan aktiviti-aktiviti menarik bagi mengisi percutian anda.