Beras Terbakar di Padang Matsirat Langkawi

Beras Terbakar di Padang Matsirat adalah salah satu lokasi bersejarah yang boleh dilawati jika anda bercuti ke Langkawi. Ia adalah kawasan dimana terletaknya beras terbakar yang dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri. Pengunjung dapat melihat tapak kawasan kejadian dan sisa beras yang hangus terbakar.

Selain terkenal sebagai tempat bersejarah, ia juga popular sebagai tempat membeli-belah. Pelancong yang ingin mendapatkan kain batik dengan harga yang murah selalunya akan datang kesini.

Beras Terbakar Padang Matsirat Langkawi

Sejarah

Mengikut sejarah, Padang Matsirat ialah pusat pemerintahan di Langkawi pada masa dahulu. Disinilah tempat dimana Mahsuri dijatuhi hukuman dan dibunuh. Setelah itu mayatnya dibawa ke kampung halamannya di Ulu Melaka.

Menurut cerita penduduk setempat, lokasi dimana Mahsuri dijatuhi hukuman bunuh ialah dikawasan taman berhampiran simpang tiga Padang Matsirat (Kuah - Padang Matsirat - Pantai Cenang).

Maklumat lanjut mengenai sejarah Mahsuri boleh ada dihalaman Makam Mahsuri.

Lokasi Beras Terbakar

Lokasi Beras Terbakar ini ialah di Mukim Padang Matsirat, Langkawi. Dari pekan Kuah, jarak untuk ke destinasi ialah kira-kira 17 KM. Perjalanan dengan kereta mengambil masa lebih-kurang 21 minit. Jika dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, jauhnya cuma 2 KM sahaja, tidak sampai 6 minit menaiki teksi.

Laluan ke tapak kawasan Beras Terbakar

Kedudukan Beras Terbakar agak strategik. Ia terletak ditepi jalan utama. Pengunjung yang ingin ke Cable Car Langkawi dari Pantai Cenang akan melalui kawasan ini. Begitu juga dengan laluan dari Kuah ke Oriental Village. Bagi anda yang belum pernah mengunjungi Beras Terbakar bolehlah singgah melawat tempat bersejarah ini.

Alamat:
Beras Terbakar
Kampung Padang Mat Sirat,
07100 Langkawi,
Kedah

Peta Beras Terbakar
Peta Beras Terbakar, Padang Matsirat, Langkawi.

Tarikan Pelancongan

Tarikan Pelancongan yang ada di kawasan ini ialah tapak kawasan Beras Terbakar dan juga kedai-kedai yang menjual berbagai produk tempatan.

Beras Terbakar

Beras Terbakar dikaitkan dengan sumpahan Mahsuri, seorang wanita yang tidak bersalah tetapi dizalimi dan dihukum bunuh kerana hasad dengki. Sebelum meninggal dunia, beliau telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman dan makmur selama tujuh keturunan.

Kejadian Beras Terbakar ini berlaku tidak lama selepas Mahsuri dibunuh. Kerajaan Siam telah menyerang Langkawi yang diperintah oleh Datuk Kerma Jaya pada ketika itu. Kerana dikhuatiri akan kalah dalam peperangan, beliau telah mengarahkan supaya semua simpanan beras ditanam agar tidak jatuh ke tangan musuh. Apabila Datuk Kerma Jaya benar-benar tewas, beras simpanan di Padang Matsirat itu telah dibakar. Menurut cerita, beras terbakar itu akan timbul setiap kali selepas hujan.

Pintu masuk ke Beras Terbakar

Kini kawasan beras terbakar itu telah di pagar. Sample beras terbakar juga ada diletakkan didalam kotak kaca. Walaupun tapak bersejarah ini terletak dalam tanah persendirian, pemilik sangat bermurah hati mengizinkan orang-ramai melawat dan melihat kawasan kejadian. Pengunjung juga tidak perlu membayar tiket masuk.

Harga tiket: Percuma.

Tapak kawasan Beras Terbakar
Tapak kawasan beras terbakar ini dipagar.

Sample beras terbakar
Sample beras terbakar yang diletakkan didalam bekas kaca.

Membeli-belah

Kawasan Beras Terbakar ini terletak di belakang tapak pasar malam Padang Matsirat. Pada hari biasa, ada beberapa gerai makanan dan minuman dibuka. Pengunjung boleh menjamu selera atau sekadar melepas dahaga. Air kelapa disini tidak kurang sedapnya. Ada air kelapa asli dan ice blended.

Tapak Beras Terbakar terletak tidak jauh dari sini. Dalam perjalanan ke lokasi, anda akan melalui deretan kedai yang menjual berbagai barangan tempatan seperti kain batik, barangan kraftangan, produk gamat dan lain-lain. Harganya agak murah. Jika anda pandai tawar-menawar mungkin boleh dapat harga yang lebih rendah.

Tempat ini merupakan lokasi membeli kain batik yang popular pada masa dahulu. Namun disebabkan banyak kompleks membeli-belah yang dibangunkan, ia semakin kurang mendapat sambutan pengunjung. Berbanding dengan pasaraya atau kedai-kedai besar, kelebihan disini ialah anda boleh tawar-menawar.

Gerai pakaian

Gerai pakaian.

Gerai kain batik

Gerai kain batik.

Gerai cenderahati

Gerai cenderahati.

Masjid Padang Matsirat

Masjid Padang Matsirat terletak berhampiran lokasi Beras Terbakar. Ia adalah tempat yang sesuai untuk pengunjung singgah solat. Bagi yang datang secara rombongan, masjid ini adalah tempat paling selesa untuk sembahyang berjemaah.

Apabila masuk ke lorong untuk ke Beras Terbakar, anda akan melihat gerai dikiri dan kanan. Dipenghujung lorong, ada laluan disebelah kanan untuk ke masjid.

Masjid Padang Matsirat

Masjid Padang Matsirat

Pintu Masjid Padang Matsirat

Pintu masjid

Kesimpulan

Walaupun hanyalah lokasi peninggalan sejarah, Beras Terbakar adalah salah satu destinasi yang boleh anda pertimbangkan untuk lawatan kerana kedudukannya yang mudah untuk dikunjungi. Tempatnya agak menarik malah anda boleh membeli-belah sebelum meneruskan perjalanan ke tempat lain.

Disini juga terdapat kedai makan dan masjid. Dengan berbagai kemudahan yang ada, ia sesuai dijadikan lokasi rehat dan rawat sebelum berkunjung ke tempat menarik lain di Langkawi.

Artikel berkaitan

Lihat artikel mengenai tarikan pelancongan yang ada di Langkawi.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.