Tanah tinggi

Malaysia mempunyai beberapa destinasi pelancongan tanah tinggi yang sangat menarik untuk dilawati. Banyak destinasi ini telah dibangunkan dengan hotel dan resort sebagai tempat penginapan pelancong. Selain tempat menarik semulajadi, tarikan pelancongan lain turut dibangunkan.

Jika anda ingin merasai percutian ditempat yang sejuk, berikut ialah tempat peranginan tanah tinggi yang boleh anda pilih. Dapatkan maklumat tempat menarik untuk dilawati, aktiviti dan harga tiket bagi merancang percutian anda.

Gunung Jerai - Percutian dan aktiviti menarik

Gunung Jerai Kedah

Gunung Jerai ialah salah satu destinasi pelancongan menarik di Kedah. Ia adalah pusat peranginan tanah tinggi yang mempunyai berbagai tarikan semulajadi. Walaupun tidak sehebat Cameron Highlands, ia menawarkan sesuatu yang lain iaitu pemandangan yang cukup mengagumkan. Selain destinasi percutian, ia juga popular dengan aktiviti mendaki gunung, berbasikal dan mandi air terjun.

Panduan bercuti di Cameron Highlands

Ladang Teh Cameron Highlands

Tanah Tinggi Cameron adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana persekitaran yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah hidup.

Bercuti ke Bukit Bendera

Bukit Bendera Penang

Sebut sahaja Bukit Bendera pasti ramai yang membayangkan suasana yang sejuk, pemandangan menarik dan keretapi kabel. Jika bercuti ke Penang, tidak lengkap jika tidak mengunjungi lokasi percutian menarik ini. Ia adalah pusat peranginan yang telah lama dibangunkan, lebih 200 tahun yang lalu. Pasti ada keistimewaan yang tersendiri mengapa Bukit Bendera sering dijadikan lokasi percutian menarik bersama keluarga atau rakan-rakan.

Bercuti di Bukit Fraser

Bagi mereka yang inginkan percutian yang santai dan ingin lari dari kesibukan kota, Bukit Fraser adalah pilihan destinasi percutian yang tepat untuk anda. Bagi mereka yang ingin menghirup udara segar, terasa seperti tinggal di Kampung sendiri, boleh datang ke sini dan rasai pengalaman sendiri. Ramai yang kata Bukit Fraser kurang mendapat sambutan kerana tiada aktiviti yang menarik dan suasana yang sunyi membuatkan ramai yang berasa gerun untuk datang kesini.

Bercuti di Bukit Larut

Bukit Larut Taiping

Bukit Larut adalah tempat menarik di Taiping yang sangat popular. Ia merupakan salah satu tempat warisan dan sejarah yang ada di bandar ini. Selain itu, ia juga merupakan destinasi popular jungle trekking dan mendaki bukit. Hutan semulajadi yang kaya dengan flora dan fauna serta suasana yang tenang dengan udara yang segar dapat mendamaikan setiap jiwa yang datang ke sini.

Percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang

Bukit Tinggi Bentong Pahang ialah tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. Salah satu tarikan utama tempat ini tentulah suasana sejuk dan udara yang nyaman. Namun ada yang lebih menarik menanti pengunjung di puncak bukit. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tarikan yang ada di Bukit Tinggi yang mana merupakan salah satu destinasi percutian tanah tinggi menarik di Malaysia.

Genting Highland Theme Park

Genting Highland terletak di negeri Pahang, Ia adalah antara destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Selain dari menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik, tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park. Bagi pelancong yang ingin menikmati keseronokan permainan riang ria taman tema di Genting Highland, kami telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu untuk panduan percutian anda disana.

Tempat menarik di Cameron Highland mesti dilawati

Pasar Kea Farm Cameron Highland

Kami ingin berkongsi senarai tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati semasa bercuti disana. Tempat-tempat ini dipilih berdasarkan keunikan, keindahan dan beberapa faktor lain termasuk harga tiket bayaran masuk yang dikenakan. Kebanyakan destinasi pelancongan ini adalah percuma melainkan beberapa tempat yang berbayar. Namun kami merasakan ianya berbaloi dan tidak membebankan, jadi kami syorkan kepada anda.