Tempat percutian menarik di Terengganu

Terengganu ialah antara destinasi percutian popular di semenanjung Malaysia. Jika anda sedang mencari tempat untuk bercuti, ini adalah senarai tempat percutian menarik di Terengganu yang disusun mengikut jenis pelancongan. Ada destinasi percutian pulau, pantai, pelancongan alam semulajadi, kebudayaan dan lain-lain. Beberapa tempat penginapan di setiap lokasi turut dicadangkan. Ini akan memudahkan anda membuat pilihan mengikut kehendak dan bajet sendiri.

Untuk melihat semua destinasi pelancongan, sila ke halaman Tempat menarik di Terengganu.

Percutian Pulau

Pulau-pulau di Terengganu memang cantik. Pantainya bersih, berpasir putih, air laut pulak jernih, memang terbaik. Ikan pelbagai jenis dengan coral berwarna-warni di dasar laut menjadikan ia lokasi popular untuk aktiviti snorkeling dan skuba diving. Hampir kesemua pulau-pulau yang ada telah diwartakan sebagai Taman Laut bagi memelihara keindahan semulajadi yang ada. Jadi aktiviti memancing dikawasan pantai memang tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, peminat memancing boleh mengambil pakej dimana mereka akan dibawa ke lokasi di luar Taman Laut. Macam pulau-pulau di Mersing juga. Jika anda minat melancong ke pulau peranginan yang cantik, berikut ialah antara pulau-pulau di Terengganu yang sesuai untuk dijadikan lokasi percutian.

Pulau Kapas

Pulau Kapas ialah salah satu dari pulau-pulau yang tercantik di Malaysia. Tidak hairanlah ia dinamakan Pulau Kapas kerana pasir-pasir pantainya putih seperti kapas. Air laut di persisiran pantai pulau ini sangat jernih. Berbagai jenis hidupan laut termasuk coral yang cantik boleh dilihat di dasar laut sekitar kawasan ini.

Pemandangan cantik di Pulau Kapas, Terengganu.

Beberapa resort menarik boleh dijadikan lokasi penginapan jika anda bercadang untuk bercuti di Pulau Kapas. Antara yang popular ialah Kapas Coral Beach Resort, Kapas Island Resort dan Makcik Gemok Beach Resort.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel: Bercuti ke Pulau Kapas Terengganu.

Pulau Perhentian

Pulau Perhentian ialah destinasi percutian pulau yang semakin popular dikalangan pelancong. Ia adalah salah satu pulau yang cantik di Terengganu. Kemudahan resort dan makanan turut disediakan. Selain bercuti merehatkan diri dan bersantai di tepi pantai melihat pemandangan menarik, berbagai aktiviti boleh dilakukan. Antara aktiviti menyeronokkan di Pulau Perhentian ialah snorkeling, island hopping, jetski dan skuba diving.

Aktiviti snorkeling di Pulau Perhentian, Terengganu.

Terdapat dua lokasi percutian yang boleh anda pilih iaitu Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Pulau Perhentian Besar mempunyai resort-resort mewah dan menarik manakala Perhentian Kecil menawarkan penginapan di resort sederhana dan chalet bajet.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel: Bercuti ke Pulau Perhentian.

Pulau Redang

Destinasi lain yang cukup menarik untuk dijadikan lokasi percutian pulau di Terengganu ialah Pulau Redang. Seperti pulau-pulau lain, pantai di pulau ini sangat cantik, berpasir halus dan bersih. Selain itu, berhampiran pulau ini terdapat beberapa gugusan pulau kecil yang cantik. Air laut juga sangat jernih di kawasan ini dan banyak ikan-ikan serta coral cantik boleh dilihat semasa melakukan aktiviti snorkeling.

Salah satu tempat menarik di Pulau Redang

Untuk penginapan pula, banyak resort yang sesuai untuk anda bermalam. Antara resort popular di Pulau Redang ialah Redang Pelangi Resort, Redang Lagoon Chalet, Sari Pacifica Hotel, Resort & Spa dan Redang Mutiara Beach Resort.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel: Bercuti di Pulau Redang.

Pulau Tenggol

Pulau Tenggol agak kurang terkenal berbanding pulau peranginan lain di Terengganu. Pulau ini juga agak kecil berbanding pulau-pulau lain. Ia lebih sunyi dan mendamaikan. Kebanyakan pelancong yang berkunjung ke Pulau Tenggol ialah para penyelam skuba. Ini kerana perairan disekitar pulau ini sangat cantik dan berbagai hidupan laut boleh dilihat.

Tenggol Coral Beach Resort.

Jika anda memilih untuk ke pulau ini, hanya terdapat dua resort yang menawarkan penginapan kepada pelancong iaitu Tenggol Coral Beach Resort dan Tenggol Island Beach Resort. Makanan dan aktiviti juga disediakan mengikut pakej.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel: Bercuti di Pulau Tenggol Dungun Terengganu.

Percutian Pantai di Terengganu

Selain pulau, banyak pantai di Terengganu yang cantik dan menjadi destinasi pelancongan popular. Pantainya bersih dan menawarkan pemandangan menarik. Bagi anda yang inginkan ketenangan, percutian di resort menarik berhampiran pantai pasti mendamaikan. Selain itu, anda boleh melawat tempat menarik di Terengganu dan menikmati makanan tempatan yang enak. Berikut ialah antara pantai menarik di Terengganu yang boleh dipilih sebagai lokasi percutian keluarga, kawan-kawan, honeymoon atau bersendirian.

Pantai Kuala Terengganu

Banyak kawasan pantai menarik di Kuala Terengganu yang menjadi destinasi percutian. Antara yang terkenal ialah Pantai Batu Buruk, Pantai Tok Jembal di Kuala Nerus dan Pantai Batu Rakit di Teluk Ketapang. Beberapa buah resort turut dibangunkan ditepi pantai sebagai tempat penginapan pelancong. yang penting, banyak tempat menarik boleh dilawati semasa percutian anda disini.

Pantai Airport Kuala Terengganu.

Untuk maklumat lanjut, lihat artikel: Tempat menarik di Kuala Terengganu untuk dilawati.

Berikut ialah antara resort-resort menarik yang boleh dipilih sebagai lokasi penginapan anda:

Quinara Al-Safir Resort

Quinara Al-Safir Resort ialah resort menarik yang terletak di Kuala Terengganu. Resort ini menyediakan tempat penginapan menarik, bilik yang selesa dengan kemudahan serta aktiviti menarik untuk dilakukan. Sejumlah 48 buah bilik penginapan yang dilengkapi penghawa dingin serta berbagai kemudahan lain disediakan bagi menjamin keselesaan pengunjung.

Quinara Al-Safir Resort.

Alamat:
Quinara Al-Safir Resort
Lot 29295 Jalan Tok Jembal, Kuala Nerus
21300 Kuala Terengganu
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Tel: 09 - 667 4040
Fax: 09 - 667 4050
E-mail : quinara.alsafir@yahoo.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM128.

Anjung Pantai Seberang

Anjung Pantai Seberang ialah resort menarik yang terletak di Seberang Takir, Kuala Terengganu. Resort ini menyediakan tempat penginapan yang sangat menarik. Chalet indah diperbuat dari kayu mempunyai bilik yang luas dan selesa. Suasana persekitaran cantik dihias dengan lanskap pokok-pokok bunga yang menyerikan lagi kawasan resort. Kedudukan resort juga betul-betul berhampiran pantai.

Alamat:
Anjung Pantai Seberang
Jalan Fikri, Seberang Takir,
Kuala Nerus,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Anjung Pantai Seberang
Tel: +6013 910 3900
Fax: -
E-mail : reservation@anjungpantai.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM138.

Scout Inn Resort

Jika anda merancang percutian bajet dan inginkan penginapan yang murah, Scout Inn Resort menawarkan harga yang sangat berpatutan. Lokasinya agak menarik kerana berhampiran Pantai Airport yang agak terkenal. Hanya dua jenis bilik disediakan iaitu Bilik Standard dan Deluxe. Biliknya bersih. Cuma resort ini tidak menyediakan makanan. Tiada masalah kerana banyak restoran berhampiran ynag menyediakan berbagai jenis juadah menyelerakan.

Scout Inn Resort Kuala Terengganu.

Alamat:
Scout Inn Resort
Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail,
Telaga Batin,
21300 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Scout Inn Resort
Tel: +609-662 3100 / 3105, +6011-1077 3100
Fax: +609-662 3160
E-mail : scoutinnresort@gmail.com

Harga:
Sila hubungi resort untuk mendapatkan harga terendah.

Chalet Teratak SamuderaKita

Chalet Teratak SamuderaKita terletak di Pantai Mengabang Telipot, iaitu sebuah kawasan pantai yang terkenal di Kuala Terengganu. Chalet ini terletak berhampiran pantai. Malah anda boleh melihat laut yang membiru dari kawasan chalet. Hanya 5 buah bilik disediakan untuk pelancong. Senibina chalet juga menarik. Ia diperbuat dari kayu. Kemudahan penghawa dingin, tv dan bilik mandi dilengkapi air panas pasti menambah keselesaan pengunjung. Harga yang ditawarkan juga sangat murah. Pastikan anda menempah awal kerana bilik yang terhad.

Alamat:
Chalet Teratak SamuderaKita
Lot 2868-C, Jalan Pantai, Pengkalan Maras,
Mengabang Telipot,
21030 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Chalet Teratak SamuderaKita
Tel: 019-387 5588, 019-3865587, 09-6699454
Fax: -
E-mail : samuderakita@gmail.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.

Prinzpark Terengganu Hotel

Prinzpark Terengganu Hotel ialah hotel bertaraf 4 bintang yang sangat menarik untuk dijadikan tempat penginapan jika bercuti di Kuala Terengganu. Selain dari keselesaan dan kemudahan yang disediakan, berbagai kelebihan ada jika menginap disini. Salah satunya ialah lokasi resort ini tidak jauh dari Masjid Terapung iaitu salah satu tempat menarik di Terengganu yang cukup terkenal. Malah ia berada dikawasan tasik yang sama. Selain itu, beberapa kawasan pantai menarik dikawasan ini boleh anda kunjungi. Selalunya pantai berhampiran Terengganu Equestrian Resort dan Masjid Terapung menjadi pilihan masyarakat setempat berkelah dan beriadah.

Prinzpark Terengganu Hotel.

Alamat:
Prinzpark Terengganu Hotel
Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai,
20400 Kuala Terengganu,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Tel: 09-617 8866
E-mail :

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM220.

Pantai Marang

Tempat menarik di Terengganu yang agak popular untuk percutian pantai ialah di sekitar Marang. Disini terdapat beberapa kawasan pantai yang cantik dengan kemudahan resort untuk pengunjung bermalam. Antara lokasi yang terkenal ialah Pantai Kelulut dan di bandar Marang.

Pantai Marang Terengganu.

Jika anda ingin bercuti berhampiran bandar Marang, memang banyak resort dan chalet murah yang boleh dijadikan tempat penginapan. Antara yang popular dan menarik ialah:

  • D'lavender Beach Resort - Terletak di Kampung Kijing, Marang. Resort ini terletak ditepi pantai dan lokasinya memang menarik. Telefon resort ialah +60 9-618 6040.
  • Hotel Seri Malaysia Marang - Hotel bertaraf 2 bintang ini menawarkan lebih banyak kemudahan untuk keselesaan tetamu. Lokasinya ialah di Kampung Paya, tidak jauh dari jeti Marang. Telefon hotel ialah +60 9-618 2015.
  • Ce'Wer Chalet - Chalet bajet ini juga menarik kerana terletak berhampiran pantai. Lokasinya ialah di Kampung Rusila. Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80. Telefon +60 9-618 3612.

Angullia Beach Resort

Angullia Beach Resort terletak berhampiran pantai di bandar Marang. Resort ini menyediakan lebih 40 bilik penginapan untuk pelancong. Harga yang ditawarkan memang berpatutan dan sesuai untuk percutian bajet keluarga.

Alamat:
Angullia Beach Resort
KM20, Kg Rhu Muda,
Seberang Marang,
21600 Marang,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Angullia Beach Resort
Tel: 09-6181322, 019-9412274 (WhatsApp)
Fax: 09-6181322
E-mail : reservation@angulliaresort.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM65.

Pantai Kelulut juga terletak di Marang. Lokasinya agak jauh dari pusat bandar. Pantai ini terkenal kerana pernah dijadikan lokasi Program Semarak suatu ketika dahulu. Ia agak popular dan sering dikunjungi kerana banyak gerai makan yang menyediakan berbagai makanan laut dan makanan tempatan. Beberapa resort menarik ada disini seperti Semarak Aruni Inn dan Semarak Bayu Resort.

Pantai Kelulut Marang.

Semarak Bayu Resort

Semarak Bayu Resort menyediakan chalet kayu yang cantik dan lokasinya betul-betul ditepi pantai. Bagi anda yang inginkan kedamaian semasa bercuti, resort ini boleh dipertimbangkan. Ia juga berdekatan dengan gerai makan.

Alamat:
Semarak Bayu Resort
Pantai Kelulut,
21600 Marang
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Semarak Bayu Resort
Tel: 016 925 7454 , 09-6181291

Pantai Dungun

Beberapa kawasan pantai di Dungun agak terkenal dan menjadi tarikan pelancong seperti Pantai Teluk Bidara dan Pantai Rantau Abang. Resort juga banyak dibangunkan dikawasan pantai untuk kemudahan penginapan percutian.

Pantai Teluk Bidara, Dungun.

Pantai Teluk Bidara ialah sebuah pantai rekreasi yang cantik terletak di daerah Dungun. Pantai ini memang sunyi dan sangat sesuai dikunjungi bagi anda yang ingin bersantai merehatkan fikiran. Kawasan pantai agak luas. Disatu kawasan berbatu di pantai ini terdapat terowong yang unik dan boleh dilalui semasa air surut. Jika anda jenis yang tidak sukar bangun pagi, datang awal ke pantai ini untuk melihat matahari terbit di ufuk timur. Cukup mempersonakan.

Tiada resort dikawasan Pantai Teluk Bidara. Tempat penginapan yang paling hampir ialah Tanjong Jara Resort yang terletak lebih-kurang 3.3 KM dari pantai ini.

Tanjong Jara Resort

Resort bertaraf antarabangsa yang cukup menarik terletak di daerah Dungun. Resort ini menyediakan bilik yang selesa dengan berbagai kemudahan serta aktiviti menarik untuk dilakukan. Harga penginapan disini memang agak mahal tetapi kalau anda mampu, maklumat dibawah mungkin berguna untuk anda.

Hubungi:
Laman web: Tanjong Jara Resort
Tel: +60 9-845 1100, +60 3 2783 1000
E-mail : travelcentre@ytlhotels.com.my

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM1200.

Mayangsari Resort Dungun - Resort bertaraf 3 Bintang. Ia mungkin pilihan yang lebih sesuai berbanding Tanjong Jara Resort. Telefon +60 6-761 7572.

Pantai Rantau Abang, Dungun.

Pantai Rantau Abang pula terkenal sebagai tempat penyu bertelur. Kawasan pantai disini memang cantik dan beberapa resort boleh dijadikan tempat penginapan jika anda ingin bercuti disini. Antara resort yang agak popular dan murah ialah:

  • Awang Beach Resort - Ini resort yang semua orang mampu. Menawarkan harga berpatutan dan lokasinya juga menarik betul-betul berhampiran pantai. Telefon +60 9-844 3500.
  • D'Teratai Beach Resort - Resort ini terletak dilokasi yang cukup menarik. Ia menawarkan pemandangan laut yang cukup memukau. Telefon hotel ialah +60 19-943 3645.
  • Teluk Lipat Seaview Inn - Resort yang kemas dan bersih. Terletak di Pantai Sura Jetty. Lokasinya ialah di Kampung Rusila. Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80. Telefon +60 9-844 3030, 0199801163 ( Pn.Hjh Norma), 0145233972 ( Cik Effa Adnan). Email : teluklipatseaview@gmail.com

Pantai Teluk Lipat, Dungun.

Pantai Setiu

Setiu ialah salah satu tempat menarik di Terengganu yang mempunyai berbagai keistimewaan. Antara yang tarikan pelancongan popular di daerah ini ialah pantai yang cantik, agro-tourism, air terjun dan alam semulajadi. Salah sebuah pantai yang terkenal di Setiu ialah Pantai Merang. Ia menjadi destinasi percutian ramai kerana kecantikan pantai dan kemudahan resort yang agak banyak di sini.

Merang Suria Resort

Salah satu resort menarik di Pantai Merang ialah Merang Suria Resort. Resort bertaraf 3 bintang ini adalah lokasi paling sesuai jika anda inginkan percutian yang romantik bersama pasangan. Lokasinya cukup menarik kerana terletak betul-betul ditepi pantai. Selain itu berbagai kemudahan disediakan termasuk kolam renang yang luas pasti menyeronokkan lagi percutian anda.

Merang Suria Resort Setiu Terengganu.

Alamat:
Merang Suria Resort
Lot 1841, Kampung Rhu Tapai,
Merang,
21010 Setiu,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Merang Suria Resort
Tel: +609 653 1600
Fax: +609 653 1601
E-mail : sales@suriaresorts.com, reservation@suriaresorts.com

Harga:
Hubungi Merang Suria Resort untuk mendapatkan harga bilik pada tarikh yang diingini.

Sutra Beach Resort & Spa

Resort lain yang menarik untuk dijadikan lokasi percutian ialah Sutra Beach Resort & Spa yang juga terletak di Pantai Merang. Lokasi resort ini ialah di perkampungan nelayan Rhu Tapai, betul-betul ditepi pantai. Berbagai jenis bilik dan fasiliti disediakan sebagaimana yang seharusnya ada di resort bertaraf 3 bintang.

Sutra Beach Resort & Spa Merang, Setiu, Terengganu.

Alamat:
Sutra Beach Resort & Spa
Kg. Rhu Tapai,
Merang,
21010 Setiu,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Sutra Beach Resort & Spa
Tel: 09 653 1111
Fax: 09 6531226
E-mail : reservation@sutrabeachresort.com.my

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM437.

Pantai Penarik terletak di Permaisuri dalam daerah Setiu. Pantai ini adalah antara destinasi pelancongan popular di Terengganu. Tarikan utamanya ialah pantai yang sangat cantik dan bersih.

Terrapuri Heritage Village

Terrapuri Heritage Village terletak di Pantai Penarik. Ia adalah resort bertaraf antarabangsa yang bercirikan tradisional. Berbagai jenis rumah tradisional Terengganu dibangunkan dan dijadikan penginapan menarik serta dilengkapi kemudahan moden. Anda pasti tidak percaya tetapi suasana di sini seolah-olah diperkampungan melayu zaman dahulu kala.

Terrapuri Heritage Village, Pantai Penarik, Setiu.

Alamat:
Terrapuri Heritage Village
Kampung Mangkuk,
22120 Setiu,
Terengganu Darul Iman

Hubungi:
Laman web: Terrapuri Heritage Village
Tel: +609 6245020, +609 6312081, +6012 9888399 Emergency (Ms. Maslina)
Fax: +609 6228093
E-mail : info@terrapuri.com

Harga:
Harga villa 1 malam bermula dari RM639.

Percutian Alam Semulajadi

Bagi penggemar percutian alam semulajadi, ada beberapa tempat menarik di Terengganu yang popular dan boleh dicuba. Tasik Kenyir ialah destinasi yang paling terkenal bukan sahaja bagi pelancong tempatan malah luar negara. Selain itu, beberapa lokasi lain seperti air terjun, hot springs dan hutan lipur juga boleh dijadikan lokasi menarik untuk bercuti.

Tasik Kenyir

Tasik Kenyir ialah sebuah tasik buatan manusia yang dijadikan empangan hidro-elektrik. Ia meliputi kawasan seluas 260,000 hektar, menjadikannya terluas di Asia Tenggara. Jangan salah anggap. Walaupun tasik buatan, ia adalah kawasan semulajadi yang masih kaya dengan berbagai spesis flora dan fauna termasuk orkid liar, paku-pakis, burung kenyalang, harimau serta gajah. Kajian yang dijalankan setakat ini berjaya mengumpul 8,000 spesis bunga, 2,500 spesis tumbuh-tumbuhan, 800 spesis orkid dan 300 spesis kulat.

Selain menikmati keindahan alam semulajadi, pelancong juga boleh melakukan beberapa aktiviti menarik terutamanya memancing ikan, berkayak, menaiki bot dan mandi air terjun. Bagi peminat memancing, beberapa spesis ikan ada di tasik ini seperti Baung, Toman, Kelisa, Lampan dan juga Kelah.

Tasik Kenyir Terengganu.

Pemandangan di sini memang terbaik. Keindahan tasik, suasana yang sunyi dan udara yang segar membuatkan anda rasa benar-benar bercuti. Tiada kesesakan kenderaan, tiada bunyi bising, tiada pasaraya, apa yang ada hanyalah dunia yang tenang. Tertarik? Jika anda membuat keputusan untuk bercuti di Tasik Kenyir, anda boleh memandu kenderaan sendiri terus ke Jeti Gawi di Tasik Kenyir. Bagi yang menggunakan pengangkutan awam, perkhidmatan teksi boleh didapati di bandar-bandar utama di Terengganu.

Banyak resort dan chalet di Tasik Kenyir yang boleh dijadikan tempat penginapan. Berbagai pilihan ada termasuk resort bertaraf 3 bintang, chalet, resort terapung dan juga rumah bot. Biasanya resort turut menyediakan tempat penginapan, makanan dan aktiviti secara pakej. Sebaiknya anda membuat tempahan terlebih dahulu sebelum datang. Resort dan chalet popular di Tasik Kenyir ialah:

Petang Island Resort

Petang Island Resort ialah resort menarik yang boleh dijadikan lokasi penginapan anda di Tasik Kenyir. Ia terletak kira-kira 22KM dari pengkalan Gawi. Resort ini mempunyai chalet yang cantik, lanskap yang menarik dikawasan resort serta menawarkan pemandangan Tasik Kenyir yang cukup mengagumkan. Keseluruhannya terdapat 2 chalet suit, 19 chalet standard, 5 chalet executive, 2 hostel dan 20 tapak khemah disediakan untuk pelancong.

Hubungi:
Laman web: Petang Island Resort
Tel: +609 - 622 1276, +609 - 822 2176
Fax : +609 - 622 3035
E-mail : sales.pirkenyir@gmail.com

Harga:
Harga chalet terkini, sila hubungi Petang Island Resort.

Kenyir Sanctuary Resort

Kenyir Sanctuary Resort terletak di Pulau Poh di Tasik Kenyir. Sebanyak 40 buah chalet kayu yang cukup menarik disediakan untuk tetamu. Resort ini juga menawarkan pemandangan yang cantik.

Hubungi:
Laman web: Tiada.
Tel: 09-6266106
E-mail : -

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100.

Lake Land Resort

Lake Land Resort terletak di Pulau Lata Terap iaitu kira-kira 22 KM dari Pengkalan Gawi. Resort ini menyediakan sebanyak 22 buah chalet untuk pelancong.

Hubungi:
Laman web: Tiada.
Tel: 019-2782939
E-mail : -

Harga:
Hubungi Lake Land Resort untuk mendapatkan harga chalet terkini.

Hutan Lipur Lata Belatan

Hutan Lipur Lata Belatan terkenal sebagai kawasan perkelahan dan mandi air terjun dikalangan penduduk di Jerteh. Air terjun Lata Belatan menjadi tarikan pelancong kerana airnya yang jernih dan sejuk serta kawasan persekitaran yang tenang dikelilingi hutan semulajadi yang menghijau. Selain itu, Gunung Tebu yang kemuncak tertingginya mencecah 7,088 meter turut menjadi tarikan pelancong yang gemar melakukan aktiviti mendaki gunung.

Air terjun Lata Belatan, Jerteh.

Lokasi:
Hutan Lipur Lata Belatan,
Jabi,
22020, Jerteh,
Terengganu

D'Pinggiran Gunung Tebu Resort

D'Pinggiran Gunung Tebu Resort ialah sebuah resort yang terletak berhampiran air terjun Lata Belatan. Resort ini menyediakan 14 buah chalet dan dorm sebagai penginapan pelancong. Kemudahan yang disediakan termasuk dewan seminar, dewan makan, surau dan tapak perkhemahan. Aktiviti pelancongan turut ditawarkan seperti merentas hutan, mendaki gunung, menyusur sungai dan air terjun serta macam-macam lagi.

Hubungi:
Laman web: D'Pinggiran Gunung Tebu Resort
Tel: 012-9578075, 09-6976110
E-mail : -

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM70.

La Hot Springs

La Hot Springs terletak kira-kira 45 KM dari Bandar Jerteh. Tarikan utama ialah kolam air panas semulajadi yang terdapat disini. Selain itu terdapat jeram air sejuk dikawasan yang sama dimana pengunjung boleh mandi-manda. Tempat ini memang menarik dan sesuai untuk bawa keluarga bercuti. Penginapan turut disediakan iaitu La Hot Spring Resort.

La Hot Spring, Jerteh.

Lokasi:
La Hot Spring Resort
Pusat Rekreasi Lo Hot Spring,
2, Kg La,
22010 Hulu Besut,
Terengganu

Hubungi:
Laman web: Tiada.
Tel: 09-6060525, 013-9276998
E-mail : -

Harga:
Harga chalet terkini, sila hubungi La Hot Spring Resort.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Terengganu, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Nota: Sesetengah resort tidak membenarkan harga bilik dinyatakan. Walaupun ini menyusahkan pelanggan namun mungkin mereka ada sebab tersendiri. Percutian Bajet memohon maaf jika ada kesulitan.

Banyak lagi tempat percutian menarik yang ada di Terengganu. Selain tempat penginapan, aktiviti yang ditawarkan ditempat percutian juga perlu diambil kira jika inginkan pengalaman bercuti yang menyeronokkan. Apapun, semoga anda beroleh manafaat dari maklumat yang kami kongsikan ini. Selamat bercuti!

Lokasi