Tempat pelancongan di Perak

Tempat menarik di Kuala Kangsar untuk dilawati

Kuala Kangsar adalah Bandar Diraja Perak yang mempunyai banyak tarikan pelancongan. Terkenal dengan labu sayong, sebenarnya banyak tempat-tempat menarik di Kuala Kangsar yang boleh dilawati jika anda bercuti di bandar ini. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi beberapa lokasi yang boleh anda kunjungi sebagai panduan untuk merancang percutian anda di daerah terkenal ini.

Bercuti di Bukit Larut

Bukit Larut atau dulunya dikenali dengan nama Bukit Maxwell sesuai dijadikan lokasi untuk percutian bersama keluarga dan rakan-rakan. Ia adalah salah satu destinasi percutian tanah tinggi yang popular dan mempunyai sejarah tersendiri. Walaupun tanpa resort ternama menanti pelancong di puncak bukit, namun ia mempunyai keistimewaan tersendiri. Keadaan dan suasana yang tenang dengan udara yang segar dapat mendamaikan setiap jiwa yang datang ke sini.

Percutian ke Lost World of Tambun

Lost world of Tambun adalah taman tema terbesar di utara semenanjung Malaysia yang terletak di daerah Tambun, berhampiran Bandaraya Ipoh, Perak. Ia mempunyai banyak aktiviti dan permainan menarik yang menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara. Bagi pengunjung yang belum pernah kesana dan berminat untuk bercuti bersama keluarga, disini kami sediakan sedikit maklumat untuk anda.

Subscribe to RSS - Tempat pelancongan di Perak