Pengenalan tempat menarik dan tarikan pelancongan di setiap negeri
Malaysia mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dikunjungi seperti tempat peranginan tanah tinggi, taman rekreasi air terjun, tempat peninggalan sejarah, taman tema, pulau-pulau yang cantik dan macam-macam lagi. Laman web percutianbajet.com telah menyenaraikan tempat-tempat menarik yang ada di Malaysia untuk panduan pengunjung yang ingin bercuti atau membawa keluarga berjalan-jalan dimusim percutian.
Halaman tempat menarik di Malaysia ini disusun mengikut negeri agar mudah bagi pengunjung merancang percutian mereka. Terdapat senarai tempat menarik untuk pelancongan, kebudayaan dan adat resam, makanan tradisional, tempat makan sedap dan menarik, tempat bersejarah untuk dilawati, program homestay dan lain-lain aktiviti pelancongan sebagai rujukan dan panduan pengunjung yang ingin bercuti ke negeri tersebut. Artikel terperinci mengenai sesuatu tempat pelancongan juga ada bagi sesetengah destinasi.