Melaka

Melaka ialah destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. Benar. Jika anda ingin bercuti dan melawat tempat menarik yang ada di negeri ini, elakkan musim cuti sekolah atau cuti umum. Ini kerana pada jalanraya akan sesak dengan kenderaan, hotel dan resort hampir semuanya akan penuh dan anda terpaksa beratur panjang untuk melawat tempat menarik.

Apa yang menyebabkan Melaka begitu popular dikalangan pelancong? Bagi pelancong tempatan, mungkin persepsi dan juga terbiasa. Ini kerana Melaka adalah negeri awal yang terkenal dengan pelancongan di Malaysia. Tidak dinafikan negeri ini memang banyak tarikan pelancongan. Malah ia mempunyai hampir segala-galanya.

Antara tarikan pelancongan di Melaka yang boleh dilawati ialah seperti tempat bersejarah, warisan budaya dan senibina serta taman tema. Lokasi percutian menarik pula ialah seperti Bandar Hilir atau Bandar Melaka, beberapa pantai yang cantik dan resort popular. Lihat maklumat yang lebih terperinci dalam artikel dibawah.

Lihat semua destinasi pelancongan mengikut negeri dihalaman Tempat Menarik.

Percutian menarik di Melaka Wonderland

Jika anda mencari lokasi percutian riang-ria bersama keluarga, taman tema adalah pilihan terbaik. Kali ini Percutian Bajet akan memperkenalkan sebuah lagi taman tema menarik di Malaysia iaitu Melaka Wonderland Theme Park & Resort. Ia adalah sebuah taman tema air yang terletak di Ayer Keroh, Melaka. Berbagai permainan air yang menarik dan mengujakan tersedia untuk pengunjung pelbagai usia. Ia adalah lokasi percutian yang pasti menggembirakan setiap orang.

Senarai tempat menarik di Melaka

Tempat menarik Melaka

Melaka terkenal dengan tempat-tempat bersejarah peninggalan Kerajaan Kesultanan Melaka dan juga penjajah. Oleh itu ia dikenali dengan nama Melaka Bandaraya Bersejarah. Ia turut diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia. Selain dari tarikan tempat bersejarah, terdapat banyak tempat menarik di Melaka untuk dilawati seperti pantai yang cantik, taman tema dan juga tempat-tempat percutian keluarga yang lain.