Pulau menarik

Malaysia ialah negara bertuah yang mempunyai banyak pulau menarik diperairannya. Selain keindahan semulajadi yang ada di pulau seperti hutan dan pantai yang cantik, laut disekitarnya memiliki terumbu karang dan ikan-ikan yang cantik. Tidak hairanlah pulau-pulau di Malaysia sentiasa mengundang kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

Walaupun pulau-pulau ini dimajukan untuk pelancongan, usaha memelihara alam semulajadi tetap dijalankan. Pembinaan resort dan hotel hanya dibenarkan dikawasan tertentu sahaja. Hutan dan bukit diwartakan sebagai hutan simpan manakala kawasan laut pula diwartakan sebagai Taman Laut.

Berikut ialah pulau-pulau menarik di Malaysia yang sesuai dijadikan destinasi percutian anda. Dapatkan maklumat hotel, tempat menarik, aktiviti dan harga tiket untuk merancang percutian yang anda ingini.