Tempat percutian menarik di Selangor

Bagi anda yang inginkan percutian singkat dan tidak jauh dari ibu kota, senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor ini boleh dijadikan panduan untuk memilih lokasi yang sesuai. Percutian Bajet telah menyusun tempat menarik mengikut jenis percutian supaya lebih memudahkan anda memilih percutian yang dikehendaki.

Nota: Untuk melihat lokasi pelancongan lain, sila lawati halaman Tempat menarik di Selangor mengikut daerah.

Percutian alam semulajadi

Salah satu tarikan pelancongan yang banyak terdapat di Selangor ialah alam semulajadi. Lokasi tempat menarik untuk percutian pula lebih tertumpu di daerah Hulu Langat dan Hulu Selangor. Dikawasan ini ada beberapa air terjun yang cantik dan resort menarik yang menyediakan berbagai aktiviti untuk pengunjung.

Antara destinasi popular percutian alam semulajadi di Selangor ialah:

Sungai Pangsun Hulu Langat

Antara tempat menarik yang popular untuk percutian di Selangor ialah Sungai Pangsun (atau Pangsoon) yang terletak di Hulu Langat. Lokasinya atas lagi dari Sungai Congkak. Kawasan ini terdapat banyak resort ditepi sungai yang boleh dijadikan tempat penginapan. Aktiviti yang popular di Sungai Pangsun ialah mandi sungai, jungle trekking, permainan outdoor, perkelahan dan juga sesuai untuk reunion atau hari keluarga.

Sungai Lopoh, Hulu Langat.

Ajlaa Village Resort

Ajlaa Village Resort adalah satu lagi tempat menarik untuk percutian di Selangor bagi peminat pelancongan alam semulajadi. Ia juga terletak di kawasan Hulu Langat. Lokasinya berdekatan dengan Sungai Congkak, yang merupakan kawasan air terjun popular di daerah ini. Kawasan resort agak jauh ke dalam namun cukup menarik. Resort cantik dikelilingi hutan semulajadi sangat mempersonakan. Udara bersih dan nyaman dapat dirasai terutama diwaktu pagi.

Ajlaa Village Resort Hulu Langat.

Tiga jenis chalet disediakan untuk pengunjung iaitu Bungalow, Water Chalet dan Modern Style Room. Kemudahan yang disediakan termasuk dewan, surau, gazebo, tempat bbq dan kolam mandi kanak-kanak. Berbagai aktiviti dan permainan outdoor disediakan seperti memancing, mandi sungai dan jungle trekking. Pakej murah yang ditawarkan amat sesuai untuk percutian bajet, reunion, hari keluarga atau bercuti bersendirian.

Alamat:
Ajlaa Village Resort
Batu 22, Sungai Lepuh,
Jalan Hulu Langat,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 019-8154750 / 017-2931955 / 010-7607211
E-mail : impianrimba@yahoo.com
Fax : 03 – 90211217

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM120.

Impian Rimba Resort

Untuk penginapan, Impian Rimba Resort menawarkan chalet menarik dengan berbagai kemudahan untuk keselesaan anda. Terdapat 44 buah bilik dan chalet yang boleh memuatkan sehingga 200 orang tetamu pada satu masa. Jadi resort ini sesuai untuk dijadikan lokasi hari keluarga.

Impian Rimba Resort Hulu Langat.

Alamat:
Impian Rimba Resort
Lot 8944, Batu 22, Jalan Pangsoon,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 03 90211221
Haji Ishak : 019 223 5304
Fazli / Nur Ain : 017 5391300
E-mail : impianrimba@yahoo.com
Fax : 03 – 90211217

Harga:
Harga chalet Sila hubungi pihak resort.

Lopoh Waterfront Chalets

Lopoh Waterfront Chalets tidak kurang menariknya untuk dijadikan tempat penginapan percutian anda. Resort berhampiran kawasan air terjun ini adalah lokasi terbaik untuk anda yang ingin bercuti bersama keluarga. Harga chalet murah yang ditawarkan dan kawasan persekitaran yang cantik menjadikan resort ini sangat popular dikalangan pelancong.

Lopoh Waterfront Chalets, Hulu Langat.

Alamat:
Lopoh Waterfront Chalets
Pangsun, Batu 22,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 012-3667410
Email: amyliabintiazmilia@yahoo.com,
juanmama04@yahoo.com,
dsungailepoh@yahoo.com

Harga:
Harga chalet Sila hubungi pihak resort.

D' Sg. Lepoh Chalet & Kem

D' Sg. Lepoh Chalet & Kem terletak di Batu 21 1/2. Ia adalah antara destinasi pilihan untuk percutian bajet bersama keluarga, kursus atau seminar. Suasana yang nyaman dan menyegarkan pasti memberi kedamaian pada anda yang ingin keluar dari kesibukan kota.

D'Sungai Lepoh Chalet & Kem, HUlu Langat.

Alamat:
D' Sg. Lepoh Chalet & Kem
Lot 3461, Batu 21 ½ Kg. Kuala Pangsun,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 019-272 4714 / 0129912769
Email: amyliabintiazmilia@yahoo.com,
juanmama04@yahoo.com,
dsungailepoh@yahoo.com

Harga:
Harga chalet Sila hubungi pihak resort.

Sungai Congkak Hulu Langat

Sungai Congkak merupakan sebuah kawasan rekreasi air terjun yang sangat popular di Selangor. Ia terletak dalam kawasan hutan semulajadi yang menghijau di daerah Hulu Langat. Selain mandi-manda, lokasinya yang strategik dan nyaman sangat sesuai untuk berkelah, berehat atau sekadar bersantai menenangkan fikiran. Disamping itu, pengunjung juga boleh melakukan beberapa aktiviti yang ada disekitar kawasan ini seperti memancing, merentas hutan dan lain-lain.

Sungai Congkak Hulu Langat.

Congkak Park & Resort

Congkak Park & Resort ialah resort yang terletak didalam kawasan rekreasi Sungai Congkak. Ia diuruskan oleh Tourism Selangor Sdn. Bhd. Jika anda ingin bercuti di sini, beberapa buah chalet yang selesa disediakan untuk pelancong menikmati suasana alam semulajadi.

Sungai Congkak Resort.

Alamat:
Congkak Park & Resort
Sungai Congkak,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 03-5513 2000 (Tourism Selangor)

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.

Congkak Eco Resort

Tempat penginapan lain yang boleh dipilih ialah Congkak Eco Resort yang cukup menarik dan selesa. Lokasinya sangat cantik dengan air sungai yang mengalir jernih dan berlatarbelakangkan bukit-bukau yang menghijau pasti memberi ketenangan yang anda cari. Resort ini menyediakan kemudahan tempat letak kereta yang luas, makan minum dan berbagai aktiviti dan permainan outdoor yang menyeronokkan.

Alamat:
Congkak Eco Resort
Batu 20 1/2 Kampung Padang,
Sungai Congkak,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 017-309 0190
Email: info@congkakecoresort.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100.

Dusun Tua, Hulu Langat

Terdapat beberapa tempat menarik untuk percutian alam semulajadi yang terdapat disini. Lokasi yang dikongsikan dibawah adalah antara pilihan popular pelancong.

Agrotek Garden Resort Hulu Langat

Agrotek Garden Resort terletak di Batu 14 1/2, Hulu Langat, Selangor. Ia adalah tempat menarik untuk bercuti menenangkan fikiran. Selain menawarkan penginapan yang selesa, resort ini adalah tempat yang indah dikelilingi alam semulajadi. Makanan yang dihidangkan juga cukup menyelerakan. Anda perlu cuba bbq kambing yang sangat sedap.

Agrotek Garden Resort.

Penginapan yang disediakan ialah 6 jenis chalet yang berjumlah 62 buah keseluruhannya dan dormitory. Kemudahan yang ada pula termasuk kolam renang, restoran, cafeteria, surau, dewan, wakaf dan tempat bbq. Sepanjang percutian disini, anda boleh melakukan beberapa aktiviti menarik seperti berenang, bermain ping pong, mandi sungai dan jungle trekking. Sesuai untuk percutian bajet, family day, kursus, seminar, reunion atau bercuti bersama rakan-rakan.

Alamat:
Agrotek Garden Resort
Sungai Semungkis,
Batu 14 1/2,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 03-9021 6596, 03-9021 6541, 03-9021 7935
Email: agc_resort@yahoo.com
Fax : 03-9021 6514

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM106.

Singgah Santai Resort Hulu Langat

Singgah Santai Resort ialah sebuah resort menarik dengan kolam renang yang sangat sesuai untuk percutian keluarga. Terdapat 16 unit chalet, 2 unit homestay dan 2 blok dorm disediakan disini. Sebanyak 250 orang tetamu boleh ditampung pada satu masa. Jika anda merancang untuk mengadakan hari keluarga, resort ini memang sesuai kerana berbagai aktiviti boleh dilakukan. Antara kemudahan yang ada termasuk kolam renang, surau, dewan, dewan makan, cafeteria, wakaf dan tempat bbq.

Singgah Santai Resort, Hulu Langat.

Alamat:
Singgah Santai Resort
Lot 7141, Jalan Felcra Semungkis,
Sungai Gahal, Batu 14,
43100 Hulu Langat,
Selangor

Hubungi:
Tel: 013 - 372 7706 / 019 - 676 8454
Email: singgah.santairesort@gmail.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM150.

Sungai Inki Hulu Selangor

Sungai Inki ialah satu lagi lokasi popular untuk percutian di Selangor bagi para pencinta alam semulajadi. Ia adalah kawasan sungai yang cantik terletak dalam hutan yang menghijau. Aktiviti utama disini ialah mandi sungai dan berkelah. Terdapat beberapa resort yang menarik terletak ditepi sungai yang sesuai dijadikan lokasi percutian.

Sungai Inki Hulu Selangor.

Kalumpang Resort & Training Centre

Kalumpang Resort And Training Centre ialah tempat menarik untuk percutian alam semulajadi di Selangor yang sangat popular. Ia terletak di Sungai Inki, Hulu Selangor. Resort ini sering menjadi lokasi kursus, seminar, hari keluarga dan reunion. Apa yang menariknya, berbagai aktiviti dan permainan outdoor disediakan disini.

Kalumpang Resort & Training Centre.

Alamat:
Kalumpang Resort & Training Centre
Lot 426 & 427 Jalan Sg Inki,
Kg Pasir Putih, Kalumpang,
44100 Kerling, Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Tel: +603 6049 1969
Fax: +603 6049 1087
Email: kalumpang.resort@yahoo.com,
krtc_resort@yahoo.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM140.

The Nahara Kalumpang

The Nahara Kalumpang ialah resort menarik terletak di tepi sungai. Ia menyediakan beberapa buah chalet yang selesa untuk pelancong yang inginkan percutian dikawasan alam semulajadi yang mendamaikan. Selain mandi sungai, pengunjung boleh berkelah bersama keluarga, bbq dan memancing.

The Nahara Kalumpang Resort.

Alamat:
The Nahara Kalumpang
Lot 428 Jalan Besar,
Kg Pasir Putih, Kalumpang,
44100 Kerling, Hulu Selangor,
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Tel: 019-431 2193
Fax: -
Email: -

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM150.

Air terjun Kemensah

Air terjun Kemensah ialah kawasan rekreasi alam semulajadi yang paling hampir dengan Kuala Lumpur. Ia terletak di Ulu Klang tidak jauh dari Zoo Negara. Tempat menarik ini boleh dijadikan lokasi percutian keluarga jika anda tiada masa untuk bercuti panjang atau malas nak memandu jauh. Walaupun tanpa resort menarik dan air terjun yang tinggi dari atas bukit, ia cukup untuk menggembirakan hati anak-anak dengan aktiviti mandi kolam, berkelah, bbq dan ATV. Terdapat beberapa pengusaha chalet yang menawarkan penginapan bajet kepada pengunjung untuk sewaan harian dan juga bermalam.

Pemandangan air terjun Kemensah

Teratak Angah Chalet

Chalet yang agak popular dikawasan air terjun Kemensah ialah Teratak Angah. Pengunjung boleh menyewa pondok, chalet dan tempat bbq. Untuk makluman, kemudahan penghawa dingin, tv, astro, mandian air panas dan lain-lain memang tidak disediakan di chalet. Juga tiada air terjun ditepi chalet cuma kolam yang luas untuk pengunjung mandi-manda. Aktiviti lain yang ditawarkan ialah jungle trekking dan ATV.

Teratak Angah Chalet.

Alamat:
Teratak Angah Chalet
Jalan Kampung Orang Asli,
Kampung Kemensah,
68000 Ampang,
Selangor

Hubungi:
Tel: 019-289 7294, 019-295 5710

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM70.

Celi Chalet

Celi Chalet agak menarik dengan chalet kecil yang comel dan kawasan persekitaran yang bersih. Ada sungai dikawasan chalet untuk tetamu mandi-manda. Kemudahan surau dan tandas awam juga disediakan dikawasan chalet. Walau bagaimanapun, ruang dalam chalet cuma memuatkan tilam single tanpa katil. Tiada tv, bilik mandi, penghawa dingin dan sebagainya. Chalet mempunyai beranda untuk tetamu berehat atau menikmati juadah. Aktiviti lain yang boleh dilakukan selain mandi sungai ialah berkelah, berkhemah, menunggang ATV dan jungle trekking.

Celi Chalet.

Alamat:
Celi Chalet
Ulu Kelang,
68000 Ampang Jaya,
Selangor

Hubungi:
Tel: 019-377 3413

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM100.

Templer Park Rainforest Retreat

Jika anda benar-benar inginkan satu percutian yang tenang, sunyi dan aman, Templer Park Rainforest Retreat adalah lokasi yang paling sesuai untuk anda. Ia adalah resort menarik dikawasan alam semulajadi yang menawarkan pemandangan yang menakjubkan. Terletak dikawasan Hutan Simpan Kancing, ia cuma 40 minit perjalanan dari Kuala Lumpur. Resort yang berlatarbelakangkan hutan semulajadi yang menghijau dan pemandangan padang golf yang cantik pasti memberikan kedamaian pada pengunjung yang bercuti disini.

Templer Park Rainforest Retreat.

Resort ini mementingkan privasi dan lawatan tidak dibenarkan. Ini bagi memastikan pengunjung dapat bercuti dengan aman tanpa gangguan orang-ramai atau bunyi bising. Ia adalah tempat menarik untuk percutian di Selangor yang terbaik terletak dalam kawasan hutan semulajadi. Walau bagaimanapun, rate harga yang dikenakan tidak sesuai untuk anda yang inginkan percutian bajet.

Alamat:
Templer Park Rainforest Retreat
24, Jalan 3/2, Templer Heights,
Templer Park,
48000 Rawang,
Selangor

Hubungi:
Tel: +6012 220 5033

Harga:
Harga 1 malam untuk 1-4 orang bermula dari RM700.

Sekeping Serendah

Inginkan percutian alam semulajadi di Selangor yang lebih unik? Sekeping Serendah menawarkan sesuatu yang lain dari yang lain. Ia adalah resort yang terletak ditengah hutan yang menyediakan tempat penginapan berkonsep terbuka bagi membolehkan pengunjung menikmati suasana alam dengan lebih dekat. Terdapat 10 chalet yang unik dengan rekabentuk moden dibina dikawasan hutan seluas 5 ekar ini. Kemudahan yang disediakan termasuk kolam renang, shower, peralatan memasak dan peralatan bbq. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah menjejak air terjun, jungle trekking dan melawat perkampungan orang asli.

Sekeping Serendah.

Alamat:
Sekeping Serendah,
Jalan Ipoh,
Kg Orang Asli,
Serendah,
Selangor

Hubungi:
Tel: +6012 324 6552 (8 pagi - 7 petang, Isnin - Sabtu)
Email: serendah@sekeping.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM300.

Percutian Tanah Tinggi

Jika anda ingin menikmati percutian tanah tinggi di Selangor, Bukit Fraser ialah lokasi menarik yang pasti memberi kepuasan pada anda yang sukakan ketenangan. Kawasan yang masih terpelihara ini mempunyai berbagai jenis flora dan fauna. Berbagai spesis burung juga mendiami kawasan ini.

Bukit Fraser

Bukit Fraser terletak di sempadan negeri Selangor dan Pahang. Ia adalah tempat menarik untuk percutian tanah tinggi dimana kawasan alam semulajadinya masih terpelihara serta kaya dengan flora dan fauna. Suasana di puncak bukit masih sejuk dan nyaman. Ada beberapa tempat menarik yang boleh dilawati seperti ladang strawberi, air terjun Jeriau, Taman Awam dan beberapa tempat lagi. Bangunan kolonial dan persekitaran pekan di puncak bukit juga menarik bagaikan di Eropah. Tidak banyak aktiviti pelancongan yang ditawarkan, namun pengunjung yang gemar meneroka alam semulajadi boleh mengikut aktiviti merentas hutan, mandi air terjun dan melihat pelbagai spesis burung yang terdapat di sini.

Bukit Fraser

Jika dahulu, GAP Rest House merupakan lokasi penginapan yang sangat terkenal di Bukit Fraser. Ia adalah sebuah rumah rehat dengan rekaan senibina Inggeris ini sangat cantik dan unik. Dari pandangan pertama sahaja sudah cukup untuk menarik perhatian pengunjung. Walau bagaimanapun, penambah-baikan telah dilakukan keatas rumah rehat ini pada 2008 namun ia masih terbengkalai hingga ke hari ini. Pengunjung masih boleh melihat keunikan rekabentuk bangunan ini di Bukit Fraser.

Tempat penginapan yang cantik dan unik terdapat di Bukit Fraser ialah:

  • Rest House Seri Berkat - Rumah rehat dengan rekaan senibina Scottish ini antara yang sangat popular di Bukit Fraser.
  • Rompin House - Rumah banglo kolonial yang sangat cantik.
  • Ye Olde Smokehouse Hotel - Resort yang cantik dengan rekabentuk menarik ini membuatkan anda terasa bagaikan berada di England.
  • The Cottage - Juga dikenali sebagai Banglo Bentong. Ia dibina dengan rekabentuk colonial-era Tudor Bungalow yang sangat cantik.
  • Abu Suradi - Turut dikenali sebagai Tioman Banglo. Satu lagi banglo dengan rekabentuk kolonial yang unik.
  • Hollebeke - Banglo ini dikenali juga sebagai Banglo Cini. Sebuah lagi banglo dengan rekabentuk colonial-era Tudor Bungalow.
  • TM Resort Sri Intan - Banglo yang juga dibina dengan rekabentuk colonial-era Tudor Bungalow.
  • Cicely - Turut dikenali sebagai Banglo Kuantan ialah banglo dengan rekabentuk colonial-era Tudor Bungalow yang cantik.
  • Pine Resort - Sesuai untuk anda yang inginkan percutian bajet kerana harga yang tidak terlalu mahal.

Percutian Pantai

Percutian pantai mempunyai ramai peminatnya yang tersendiri. Pemandangan laut yang membiru memberi ketenangan pada jiwa. Deruan ombak yang menghempas pantai membuatkan kita lupa pada segala masalah yang membelenggu fikiran. Bagi yang tinggal di ibu kota, anda tidak perlu pergi jauh hingga ke pantai timur atau ke Sabah. Ada beberapa tempat menarik di Selangor yang boleh dijadikan lokasi percutian pantai.

Pantai Remis

Pantai Remis terletak di Kuala Selangor. Ia adalah destinasi pelancongan popular yang sering menjadi tumpuan setiap hujung minggu dan cuti sekolah. Walaupun tidak sesuai untuk mandi-manda, pantai ini menawarkan pemandangan laut yang cantik dan mendamaikan. Tarikan dan aktiviti di Pantai Remis ialah menikmati makanan laut, berkelah, bermain layang-layang, beriadah, memancing, bersantai dan melihat keindahan matahari terbenam. Anda juga boleh melawat beberapa tempat menarik di Selangor yang terletak dikawasan berhampiran seperti Bukit Melawati, Taman Alam, melihat kelip-kelip di Kuala Selangor dan memberi makan helang di Pasir Penambang.

Pantai Remis Kuala Selangor.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Bercuti di Pantai Remis Kuala Selangor.

The Cabin Pantai Remis

Tempat penginapan popular di Pantai Remis ialah The Kabin. Hotel unik yang diperbuat dari kontena ini terletak berhampiran pantai. Kawasannya bersih dan cantik. Kemudahan kolam renang, tempat bbq dan sewa basikal turut disediakan.

The Kabin Pantai Remis Selangor.

Alamat:
The Kabin
Lot 2984 Jalan Jati,
Pantai Remis,
45800 Jeram,
Selangor

Hubungi:
Tel: +60332640578 | +60176783825
Email: info@thekabin.com.my

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM190.

Pantai Morib

Pantai Morib terletak di Banting. Ia adalah pantai pelancongan popular yang mengadap Selat Melaka. Pantai yang merupakan salah satu tempat menarik di Selangor ini menjadi tumpuan penduduk setempat dan juga pelancong untuk bersantai dan berkelah bersama keluarga. Seperti juga pantai lain di Selangor, pantai ini tidak sesuai untuk mandi-manda. Tarikan dan aktiviti yang ada dikawasan ini ialah makanan laut, bermain layang-layang dan memancing. Pantai Morib juga merupakan lokasi sesuai untuk menikmati pemandangan indah matahari terbenam.

Pantai Morib Banting Selangor.

Tempat penginapan menarik yang ada di sini ialah Morib Gold Coast Resort yang terkenal dengan water park dan aktiviti lain yang ditawarkan. Lihat bahagian Taman Tema. Hotel lain yang ada disini ialah Hotel Impian Morib dan Hotel Sri Morib. Anda juga boleh menginap di homestay yang tidak jauh dari Pantai Morib iaitu Homestay Kanchong Darat dan Homestay Kampung Endah.

Pantai Bagan Lalang

Pantai Bagan Lalang terletak di Sepang. Ia terkenal sebagai destinasi menikmati hidangan makanan laut yang segar. Ini kerana banyak restoran ditepi pantai yang menyajikan berbagai hidangan yang sedap dan menyelerakan. Selain itu, pantai ini juga popular sebagai lokasi perkelahan dan rekreasi. Kawasan pantai yang luas dan angin yang kuat menjadi tarikan kanak-kanak bermain layang-layang bersama ibubapa. Ia juga merupakan lokasi menarik untuk melihat matahari terbenam. Pantai Bagan Lalang adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang paling popular untuk bercuti.

Pantai Bagan Lalang.

Beberapa resort menarik sesuai dijadikan lokasi percutian sekiranya anda memilih untuk bercuti dikawasan ini. Maklumat resort dan hotel dibawah boleh membantu anda memilih tempat penginapan yang sesuai.

Seri Bayu Resort

Seri Bayu Resort terletak di pantai Bagan Lalang. Ia adalah resort menarik dilengkapi dengan kolam renang. Kawasannya luas dan cantik. Bilik yang selesa dengan berbagai kemudahan menjadikan resort ini salah satu pilihan popular pelancong yang bercuti di Bagan Lalang.

Seri Bayu Resort.

Alamat:
Seri Bayu Resort
PT3076 Lot4756,
Jalan Persiaran Sri Bayu Bagan Lalang,
43950 Sepang,
Selangor

Hubungi:
Tel: +603 - 3142 2603 / +603 - 3141 3603
Fax: +603 31414603
Email: info@seribayu.com

Harga:
Harga chalet Sila hubungi pihak resort

Bagan Lalang Beach Resort

Bagan Lalang Beach Resort menyediakan chalet dan hostel untuk pelancong. Kawasannya luas dan kedudukan chalet juga lebih privasi. Jika anda inginkan percutian yang sunyi dan mendamaikan, resort ini sesuai dijadikan tempat penginapan. Lokasinya yang berhampiran pantai membolehkan anda berjalan kaki sahaja untuk keluar bersiar-siar.

Bagan Lalang Beach Resort.

Alamat:
Bagan Lalang Beach Resort
Jalan Pantai,
Sungai Pelek,
43950 Sepang,
Selangor

Hubungi:
Tel: +603 3141 1097

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.

Camar Laut Resort

Camar Laut Resort adalah sebuah lagi lokasi menarik di Pantai Bagan Lalang yang sesuai untuk dijadikan tempat penginapan percutian anda. Lokasinya berhampiran pantai dan restoran makanan laut. Jangan terkejut bila sampai di resort ini kerana ia adalah Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Memang benar ia adalah pusat latihan pada asalnya namun jangan risau kerana ia telah dinaik-taraf dan kini menjadi antara resort popular di pantai ini.

Camar Laut Resort, Pantai Bagan Lalang, Sepang.

Resort ini cantik, kemas, bersih dan cukup selesa. Berbagai jenis bilik dan chalet disediakan untuk pelancong. Chaletnya memang cantik dan luas. Kemudahan dan aktiviti yang disediakan pula termasuk kolam renang, dewan, bilik mesyuarat, dewan makan, cafe, tempat bbq, gelanggang badmintong dan sewa basikal. Camar Laut Resort harus dipertimbangkan jika anda merancang percutian bajet di Pantai Bagan Lalang.

Alamat:
Camar Laut Resort
Pusat Latihan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
Pantai Bagan Lalang,
Sungai Pelek,
43950 Sepang,
Selangor

Hubungi:
Tel: +603 3141 1912
Faks: 03-31411924

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM150.

Avani Sepang Goldcoast Resort

Untuk percutian terhebat di Pantai Bagan Lalang, anda boleh memilih pemenang anugerah kecemerlangan, Avani Sepang Goldcoast Resort. Ia adalah resort bertaraf antarabangsa yang menyediakan penginapan, kemudahan dan perkhidmatan terbaik untuk pelancong. Chalet unik diatas air adalah penginapan pilihan kerana pemandangan indah yang ditawarkan. Maklumat lanjut boleh dilihat di laman web Avani Sepang Goldcoast Resort.

Avani Sepang Goldcoast Resort.

Alamat:
Avani Sepang Goldcoast Resort
No. 67, Jalan Pantai Bagan Lalang,
Kg Bagan Lalang,
Sungai Pelek,
43950 Sepang,
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Tel: +603 3182 3600
Email: sepang@avanihotels.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM455.

Percutian Taman Tema

Jika anda mencari tempat menarik untuk percutian di Selangor yang penuh dengan keseronokan, Percutian Taman Tema paling sesuai untuk anda. Tempat begini sesuai dikunjungi bersama ahli keluarga atau kawan-kawan. Anda beruntung kerana terdapat banyak taman tema popular ada di negeri ini. Ada yang menawarkan tempat penginapan dan ada yang hanya menerima pengunjung harian. Berikut ialah antara lokasi menarik yang boleh dipilih:

Morib Gold Coast Resort

Jika anda inginkan percutian riang-ria bersama keluarga, Gold Coast Morib yang terletak di Banting menyediakan berbagai aktiviti menarik di Outdoor Water Theme Park. Kolam yang luas dengan berbagai jenis gelongsor air sangat menyeronokkan. Jika anda ingin bercuti bersama keluarga, Morib Gold Coast Resort boleh dipertimbangkan. Berbagai jenis bilik penginapan disediakan dengan kemudahan yang memberi keselesaan kepada tetamu.

Water park di Gold Coast Morib Resort.

Lokasi / Alamat:
Gold Coast Morib International Resort
PT. 294, Kawasan Kanchong Laut,
Mukim Morib,
42700 Banting,
Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Gold Coast Morib Resort Banting.

Sunway Lagoon

Tempat menarik untuk percutian di Selangor yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Sunway Lagoon adalah sebuah taman tema air yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga atau kawan-kawan. Selain taman tema air, disini juga terdapat Amusement Park yang mempunyai berbagai permainan dan aktiviti untuk dicuba. Ia pasti memeriahkan lagi percutian anda.

Taman Tema Sunway Lagoon Selangor.

Lokasi / Alamat:
Sunway Lagoon Sdn Bhd
3, Jalan PJS 11/11,
Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya,
Selangor

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Sunway Lagoon Water Park Malaysia.

Bagi percutian harian, beberapa taman tema di Selangor boleh dikunjungi seperti:

  • Wet World Water Park Shah Alam
  • Water World I-city Shah Alam

Percutian Pulau

Selangor juga mempunyai lokasi Percutian Pulau yang menarik. Antara pulau yang sering menjadi pilihan pelancong ialah Pulau Carey dan Pulau Ketam. Mungkin ia tidak secantik pulau-pulau di Johor atau Terengganu tetapi masih ada tarikan tersendiri yang dapat memikat hati pengunjung. Jika belum pernah ke sini, anda boleh mencuba destinasi menarik yang kami cadangkan dibawah.

Amverton Cove Golf & Island Resort, Pulau Carey

Amverton Cove Golf & Island Resort ialah lokasi percutian menarik yang terletak di Pulau Carey, Selangor. Selain permainan golf, resort ini menawarkan beberapa aktiviti pelancongan seperti permainan outdoor, berkayak, memanah, ATV, paintball dan bermacam-macam lagi. Kemudahan yang disediakan pula termasuk kolam renang, spa, gymnasium, ping pong, snooker dan bilik permainan kanak-kanak. Maklumat lanjut boleh dilihat di laman web Amverton Cove Golf & Island Resort.

Amverton Cove Golf & Island Resort.

Alamat:
Amverton Cove Golf & Island Resort
PT673, Jalan Pulau Carey,
Mukim Jugra,
42960 Pulau Carey,
Selangor Darul Ehsan

Hubungi:
Tel: +603‐3123 3888 / +603‐3123 3800
Fax: +603‐3123 3899
Email: enquiries@amvertoncove.com

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM288.

Pulau Ketam

Untuk percutian harian, Pulau Ketam adalah salah satu tempat menarik di Selangor yang boleh anda kunjungi kerana kelainan yang ada di sini. Ia agak popular dikalangan pelancong luar. Antara tarikan yang ada di pulau ini ialah perkampungan nelayan dimana rumah-rumah ditepi laut memang cukup menarik untuk lensa kamera dan juga makanan laut yang segar (tidak halal). Salah satu keunikan Pulau Ketam ialah anda tidak akan menghidu asap kenderaan kerana kenderaan bermotor tidak dibenarkan di pulau ini. Jika belum pernah ke sana, anda boleh menaiki bot dari Jeti Pelabuhan Klang ke Jeti Pulau Ketam. Aktiviti yang boleh dilakukan ialah berbasikal mengelilingi pulau, memancing dan melihat pelbagai spesis burung.

Pulau Ketam Selangor.

Tempat Percutian Unik

Tempat percutian unik juga ada di Selangor. JIka anda inginkan kelainan, kami senaraikan beberapa tempat menarik yang boleh anda pertimbangkan sebagai lokasi percutian.

Kelong Paradise Waterfront Resort

Bagi para pemancing, Kelong Paradise Waterfront Resort mungkin tidak asing lagi. Bagi anda yang belum pernah mendengar tentang tempat ini, ia adalah resort ditengah laut untuk para pemancing tegar. Beberapa buah bilik dan dorm disediakan untuk pengunjung. Kemudahan tv, astro dan lain-lain disediakan dalam setiap bilik. Anda tidak perlu risau tentang keselesaan kerana semua kemudahan asas terdapat disini. Surau, tandas, tempat bbq dan permainan indoor untuk kanak-kanak juga turut tersedia. Maklumat lanjut boleh dilihat di laman web Kelong Paradise Waterfront Resort.

Kelong Paradise Waterfront Resort.

Alamat:
Kelong Paradise Waterfront Resort
Jeti Bagan Nakhoda Omar,
Sungai Air Tawar,
45200 Sabak Bernam,
Selangor

Hubungi:
Tel: 017 527 7715, 019 345 6730 (Hari bekerja sahaja 9am - 5pm)
Email: raiyankelongparadise@gmail.com

Harga:
Harga bilik: Sila hubungi Kelong Paradise Waterfront Resort

Homestay Sg. Hj. Dorani

Homestay Sg. Hj. Dorani terletak di Sabak Bernam. Ia adalah tempat percutian menarik di Selangor yang sering menjadi pilihan pelancong. Ini kerana keunikan dan keindahan pemandangan yang ditawarkan disini. Selain itu, aktiviti yang disediakan seperti menangkap ikan, melawat bengkel kuih tradisional, kilang mencanting batik, melihat kelip-kelip, bermain layang-layang, bersawah dan bermacam-macam lagi menjadi tarikan pelancong. Maklumat lanjut boleh dilihat di laman web Homestay Sg. Hj. Dorani.

Homestay Sungai Haji Dorani.

Alamat:
Homestay Sg. Hj. Dorani
No 3 Jalan Haji Yunus,
Pekan Selasa Lama,
Sungai Haji Dorani,
45300 Sungai Besar,
Selangor

Hubungi:
Tel: +60 13-607 7025 (Penyelaras)

Harga:
Anda boleh memilih percutian mengikut pakej yang disediakan. Harga termasuk penginapan dan aktiviti adalah mengikut individu (per pax) bermula dari RM120.

Tadom Hill Resort

Tadom Hill Resort ialah tempat menarik untuk percutian di Selangor yang semakin popular dikalangan pelancong. Ia terletak di Bukit Tadom, Banting. Keistimewaan resort ini ialah chalet penginapan yang unik, tasik yang luas dan berbagai aktiviti menarik yang disediakan. Penginapan yang ditawarkan ialah Bamboo Hut iaitu chalet yang diperbuat dari buluh, Hammock Spheres, Gendui Chalets dan tapak perkhemahan. Kemudahan yang disediakan termasuk surau, tempat bbq dan tandas.

Tadom Hill Resort.

Alamat:
Tadom Hill Resort
Bukit Tadom,
Kampung Labohan Dagang,
42700 Banting,
Selangor

Hubungi:
Tel: +6012 522 5908, +6012 522 5728, 013-8161175 (10.00am – 6.00pm)
Email : info@tadomhillresorts.com

Harga:
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM230. Harga chalet berkongsi untuk individu (per pax) bermula dari RM70.

Untuk melihat potongan harga hotel dan resort di Selangor, anda boleh menyemak serta menempah bilik penginapan terus melalui atas talian di BOOKING.COM.

Setakat ini dahulu senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor yang dapat kami kongsikan kepada anda. Jika maklumat ini membantu, jangan lupa kongsikan kepada rakan-rakan lain di laman fb, twitter dan g+ anda sebagai tanda penghargaan. Jika ada kekurangan atau penambah-baikan, sila tinggalkan komen. Kami amat menghargainya. Akhir kata, selamat bercuti di Selangor!

Lokasi