Gold Coast Morib Resort, Banting

Mungkin ramai yang belum pernah mendengar nama Gold Coast Morib Resort. Jika ada yang tertanya-tanya, ia sebenarnya adalah sebuah resort menarik yang terletak di Banting, Selangor. Tarikan utama Gold Coast Morib Resort ialah water theme park selain dari penginapan dan berbagai aktiviti pelancongan yang disediakan. Jika anda mencari destinasi pelancongan yang sesuai untuk seisi keluarga, taman tema air ini pasti menggembirakan semua terutama anak-anak anda.

Nota: Untuk melihat semua lokasi menarik untuk bercuti, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Selangor.

Gold Coast Morib Resort dibina pada tahun 2011 dan mempunyai 400 buah bilik penginapan untuk pengunjung. Ia adalah resort taman tema air bertaraf 4 bintang dan menjadi tumpuan pelancong sepanjang tahun. Kelebihan Gold Coast Morib Resort berbanding taman tema air lain sudah tentu kerana kedudukannya ditepi pantai dimana pengunjung boleh menikmati pemandangan menarik Selat Melaka yang mempersonakan.

Aktiviti menarik di Gold Coast Morib Resort

Lokasi

Gold Coast Morib Resort terletak di tepi pantai Morib yang cantik, iaitu lokasi pelancongan pantai yang popular di Selangor.

Alamat:

Gold Coast Morib Water Theme Park Resort
PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib,
Pantai Morib,
42700 Banting, Selangor Darul Ehsan,.

Hubungi:

reservation@goldcoastresort.com.my
Tel : +6 03 3198 1028
Fax : +6 03 3198 1055

Penginapan

Gold Coast Morib Resort mempunyai 400 buah bilik penginapan tersedia untuk pelancong. Berikut ialah senarai jenis bilik dan juga keterangan:

Studio Suite

Studio Suite adalah bilik penginapan menarik yang sesuai untuk dua orang. Bilik ini dilengkapi dengan bilik mandi persendirian dan juga jakuzzi. Fasiliti lain yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Satu katil king atau dua katil single.
  • Katil bayi.
  • Balkoni.
  • Private bath with jacuzzi
  • Hair dryer.
  • Peti ais mini.

2 Rooms Apartment

2 Rooms Apartment adalah bilik penginapan untuk keluarga atau kumpulan. Ia sesuai untuk empat orang. Bilik ini dilengkapi:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Balkoni.
  • Fasiliti untuk membancuh minuman.
  • Hair dryer.
  • Peti ais mini.

3 Rooms Apartment

Untuk keluarga yang lebih besar, ada 3 Rooms Apartment untuk anda. Ia adalah bilik yang sesuai untuk lima orang. Kemudahan yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Dua bilik mandi.
  • Ruang tamu yang luas.
  • Kemudahan dapur.
  • Hair dryer.
  • Peti ais.

Penthouse Suite

Penthouse Suite adalah penginapan tiga bilik tidur yang sesuai untuk enam orang. Antara kemudahan yang ada ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Television.
  • Dua bilik mandi.
  • Ruang tamu yang luas.
  • Kemudahan dapur.
  • Hair dryer.
  • Peti ais.

Waktu check-out ialah 12.00pm dan check-in 2.00pm.

Bilik Gold Coast Morib Resort

Kemudahan

Antara kemudahan yang disediakan di Gold Coast Morib Resort adalah termasuk:

  • Kawasan letak kereta.
  • Restoran.
  • Perkhidmatan laundry.
  • Bilik mesyuarat.
  • Kemudahan Wifi di kawasan lobi.
  • Gymnasium.
  • Spa.
  • Room service.

Aktiviti

Berbagai aktiviti percutian menarik boleh dilakukan di Gold Coast Morib Resort. Antaranya ialah:

  1. Water Theme Park.
  2. Flying fox.
  3. Kayak.
  4. ATV Ride.
  5. Spa.
  6. Karaoke.
  7. Paragliding, Paramotor.

Nota: Untuk melihat semua tarikan pelancongan yang ada di negeri ini, sila lawati halaman Tempat menarik di Selangor mengikut daerah.

Gold Coast Resort Banting merupakan lokasi percutian yang sangat sesuai untuk seisi keluarga. Ia juga sesuai untuk pakej team building, seminar dan lain-lain. Aktiviti dan kemudahan yang disediakan cukup menarik dan pasti memberi keseronokan dan kepuasan kepada anda. Bagi pengunjung yang ingin berkongsi pengalaman bercuti di Gold Coast Morib Resort, kongsikan pengalaman anda dibahagian komen dibawah.

Lokasi