Muzium Perang Pulau Pinang

Muzium Perang Pulau Pinang atau lebih dikenali sebagai War Museum terletak di Batu Maung. Lokasinya tidak jauh dari susur keluar Jambatan Kedua. Muzium yang terletak di atas bukit ini agak luas meliputi kira-kira 20 ekar tanah. Tiada bangunan kompleks untuk pameran tetapi pengunjung akan melawat kubu pertahanan perang yang dibina oleh tentera British sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi maklumat tentang muzium menarik di Pulau Pinang ini dengan pembaca yang belum pernah menjejakkan kaki ke sini. Semoga maklumat ini mengujakan anda kerana ia betul-betul menarik dan meninggalkan kesan pada pengunjung.

Muzium Perang Pulau Pinang

Lokasi

Dari Jambatan Kedua, ambil jalan ke ke Batu Maung iaitu susur keluar ke kiri. Jika dari Georgetown, ambil Lebuhraya Dr Lim Chwee Leong hingga ke Batu Maung. Apabila tiba di Batu Maung (lebih kurang 5 minit perjalanan), pandu perlahan dan lihat papan tanda Muzium Perang untuk belok kekiri. Sesudah belok ke kiri, anda akan lalui jalan kampung yang agak sempit. Jalan memanjat bukit ke Muzium Perang agak bahaya. Jadi anda perlu memandu perlahan dan berhati-hati. Apabila tiba di puncak bukit, anda akan bertemu kawasan hutan berpagar Muzium Perang. Terus memandu hingga tiba ke pintu gerbang yang bertulis War Museum.

Pintu masuk Muzium Perang

Melawat Muzium

Muzium Perang Pulau Pinang bukanlah seperti muzium negeri atau muzium lain dimana anda akan melawat bilik pameran didalam kompleks berhawa dingin. Disini anda akan menjelajah dari satu tempat ke tempat lain melihat kawasan kubu pertahanan perang British yang dibina semasa zaman penjajahan dahulu.

Kawasan War Museum Penang

Pengunjung akan dapat melihat keadaan sebenar kubu yang digunakan oleh British semasa Perang Dunia Kedua melanda Tanah Melayu dahulu. Antara tempat menarik yang ada ialah:

  1. Stor Simpanan Peluru.
  2. Anti Air-craft Pit.
  3. Observation Post.
  4. Underground Command Centre.
  5. Canon Firing Bay.
  6. Gun Firing Bay.
  7. Generator Room.
  8. Open Theatre.
  9. Barracks.
  10. Booby Trap Zone.
  11. Terowong bawah tanah.

Bilik Generator

Setelah British tewas, kubu ini jatuh ke tangan Jepun dan menjadi markas tentera mereka. Jadi selain kubu, terdapat juga peninggalan tentera Jepun termasuk tempat melakukan hukuman pancung, bilik tahanan perang dan juga tempat simpanan mayat.

Melawat Muzium Perang.

Sebenarnya terdapat berbagai barangan yang digunakan semasa perang dahulu dipamerkan. Antaranya ialah peralatan yang digunakan oleh tentera Jepun untuk menyeksa tahanan. Pengunjung juga boleh mendapatkan bermacam-macam maklumat Perang Dunia Kedua yang berlaku di Muzium Perang Batu Maung ini.

Open Theatre Muzium Perang

Waktu Operasi:
Setiap hari : 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Harga Tiket / Bayaran Masuk:
Dewasa : RM20.
Kanak-kanak : RM10.

Alamat / Lokasi:
War Museum Penang
Jalan Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Laluan pelawat Muzium Perang

Kesimpulan

Melawat Muzium Perang Pulau Pinang cukup menarik dan tidak membosankan. Mengunjungi satu tempat ke tempat lain dalam kawasan hutan semulajadi bagaikan berada di taman rekreasi. Melihat keadaan sebenar tempat bersejarah sangat menyeronokkan daripada sekadar melihat artifek peninggalan silam yang disusun dalam bilik pameran. Jika anda belum pernah melawat muzium perang ini, jangan lupa singgah apabila anda datang lagi ke Pulau Pinang. Pastikan juga anda memakai pakaian yang bersesuaian, kasut dan topi. Anda akan memanjat dan menuruni tangga, berjalan dalam kawasan hutan serta ke lokasi untuk melihat pemandangan menarik dari bukit ini.

Artikel berkaitan

Mana nak pergi? Lihat top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Apa nak buat di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.