Bercuti di Teluk Bahang Penang

Teluk Bahang Penang ialah salah satu destinasi pelancongan popular di pulau mutiara ini. Terdapat beberapa tempat menarik selain pantai yang boleh dikunjungi disini. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi maklumat tentang lokasi pelancongan, tempat penginapan dan perkhidmatan pelancongan lain sebagai panduan pada pengunjung yang merancang untuk bercuti ke sana.

Pantai Teluk Bahang yang cantik.

Keterangan gambar : Pantai Teluk Bahang Penang yang cantik.

Lokasi dan pengangkutan

Teluk Bahang terletak dibahagian barat laut Pulau Pinang, jarak lebih-kurang 21 KM dari Bandaraya Georgetown. Perjalanan dengan kereta dari pusat bandaraya ke Teluk Bahang mengambil masa kira-kira 40 minit. JIka menggunakan perkhidmatan awam, anda boleh menaiki:

  1. Bas - Rapid Penang nombor 101 dan 102. Harga RM4.20.
  2. Teksi - Harga RM35.

Tempat menarik di Teluk Bahang

Ada beberapa tempat menarik yang harus dilawati jika bercuti di Teluk Bahang. Kebanyakannya tidak mengenakan tiket (bayaran masuk percuma).

Taman Rimba Teluk Bahang

Taman Rimba ini terletak dalam Hutan Lipur Teluk Bahang iaitu salah satu Hutan Simpan Negeri Pulau Pinang. Ia adalah satu kawasan rekreasi yang cukup popular suatu masa dahulu. Sekarang, walaupun tidak seperti dulu, namun ia masih menjadi lokasi perkelahan penduduk tempatan dan sesak dengan pengunjung di musim cuti sekolah. Ramai yang datang untuk beriadah, bersantai atau sekadar mengimbau kenangan silam di lokasi nostalgia ini.

Kolam mandi Taman Rimba Teluk Bahang

Di Taman Rimba Teluk Bahang ini juga terdapat Muzium Perhutanan yang mempamerkan pelbagai subjek perhutanan seperti sejarah dan profail hutan, peralatan, hasil kayu, fauna dan macam-macam lagi. Dibuka dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali Ahad. Ditutup setiap hari Jumaat. Bayaran masuk sebanyak RM1 dikenakan.

Muzium Perhutanan Pulau Pinang

Kemudahan yang disediakan di Taman Rimba Teluk Bahang ialah tapak perkhemahan, asrama, tandas, kolam mandi, jambatan gantung, taman permainan kanak-kanak dan pondok rehat. Untuk aktiviti perkhemahan, pengunjung mesti berhubung terlebih dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang. Disini juga terdapat trek mendaki Bukit Bendera dan empat trek jungle trekking lain bagi yang berminat dengan aktiviti pendakian.

Taman Rimba Teluk Bahang dibuka dari pukul 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Masuk percuma.

Alamat:
Pejabat Renjer Hutan Barat Daya
Taman Rimba Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Hubungi:
Tel: 604-8852388/604-8851280 - Unit Muzium Perhutanan Pulau Pinang.
Tel: 604-8851280 - Pejabat Renjer Hutan Barat Daya.
Tel: 604-6505 250 - Jabatan Perhutanan Negeri Pulau Pinang.

Harga tiket:
Harga tiket / bayaran masuk.
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Untuk maklumat lanjut, sila lawati halaman Taman Rimba Teluk Bahang.

The Escape Teluk Bahang

The Escape Teluk Bahang ialah sebuah taman tema yang semakin popular di Penang. Ia menyediakan berbagai aktiviti menyeronokkan untuk pengunjung dewasa dan juga kanak-kanak. Pastikan anda membawa pakaian mandi, pakaian sukan dan kasut sukan. Selebihnya... anda hanya bergembira.

The Escape Teluk Bahang.

Keterangan gambar : The Escape Teluk Bahang Theme Park.

Aktiviti dan permainan menarik ada di The Escape Teluk Bahang. Antaranya ialah:

  • Monkey Business - Permainan menarik dimana peserta boleh memanjat, meniti diatas tali dan mengimbangi badan.
  • Gecko Tower - Memanjat menara bagaikan gecko.
  • Tubby Racer - Menaiki tiub menuruni gelongsor yang sangat mengujakan.
  • Jumping Jack - Peserta boleh melompat, berpusing dan berbagai aksi lagi.
  • Jungle swinger - Berayun bagaikan Tarzan.
  • Kite Flyer - Anda berpeluang terbang bagaikan layang-layang. Permainan yang sangat mengujakan.
  • Tarzan's rope - Permainan Tarzan untuk kanak-kanak.
  • Kid's playroom - Tempat permainan kanak-kanak.
  • Zoom Bug - Permainan go kart untuk kanak-kanak.

Terbaru, Escape Penang mempunyai gelongsor air terpanjang di Malaysia. Jangan ketinggalan untuk mencuba aktiviti ini.

Gelongsor air Escape Penang

Alamat:
The Escape Teluk Bahang
828 Jalan Teluk Bahang,
11050 Teluk Bahang,
Pulau Pinang.

Hubungi:
Email: info@escape.my
Tel : +60 4 8811 106
Fax : +60 4 8813 106

Harga:
Dewasa : RM133+ (Tiket untuk sehari)
Kanak-kanak (4-12 tahun) : RM88+ (Tiket untuk sehari)
Warga emas (61-100+) : RM88+ (Tiket untuk sehari)

Taman Negara Teluk Bahang

Taman Negara Teluk Bahang ialah tempat tarikan pelancongan alam semulajadi yang sangat popular di Penang. Ia merupakan kawasan hutan asli yang masih kekal terpelihara di kawasan Barat Daya Pulau Pinang. Tiada kemudahan penginapan disediakan. Pengunjung hanya boleh melawat secara harian sahaja. Aktiviti perkhemahan juga tidak dibenarkan melainkan untuk program pendidikan konservasi yang dijalankan oleh Taman Negara untuk sekolah-sekolah, kolej dan pusat pengajian tinggi tempatan.

Taman Negara Pulau Pinang

Tarikan alam semulajadi di Taman Negara ini ialah hutan pamah dan bukit, hutan paya bakau dan lain-lain yang direkodkan melebihi 1,000 spesis termasuk Dipterocarpaceae, Leguminoceae, Apocynaceae, Anacardiaceae, Euphorbiaceae dan Moraceae. Selain tumbuh-tumbuhan, pengunjung juga boleh melihat beberapa spesis binatang dan burung. Kemudahan rekreasi untuk pelawat disediakan di Pantai Kerachut, Teluk Tukun, Pasir Pandak, Teluk Aling, Teluk Duyung dan Rumah Api Mukah Head.

Aktiviti di Taman Negara Teluk Bahang:

  1. Perkhemahan.
  2. Pemerhatian hidupan liar.
  3. Merentasi titian kanopi.
  4. Merentas hutan.
  5. Berkayak menyusuri hutan paya bakau.
  6. Mendaki bukit.

Masuk percuma. Aktiviti merentasi titian kanopi dikenakan tiket sebanyak RM5.00 bagi dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak.

Alamat:
Taman Negara Pulau Pinang
Jalan Hassan Abbas
11050 Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Hubungi:
tnpp@wildlife.gov.my
Tel : +604-881 3530 / 04-881 3500
Fax : +604-881 2016

Harga tiket:
Harga tiket / bayaran masuk.
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Taman Negara Teluk Bahang.

Keterangan gambar : Pemandangan pantai yang cantik di Taman Negara Teluk Bahang.

Entopia by Penang Butterfly Farm

Melawat Taman Rama-rama, Entopia di Teluk Bahang. Anda akan melalui tempat ini jika ke Taman Rimba. Ia adalah taman yang cantik dimana berbagai spesis rama-rama bebas berterbangan.

Entopia by Penang Butterfly Farm

Bayaran tiketnya agak mahal namun ramai pelancong asing sangat suka dengan apa yang ada di Entopia. Jika anda rasa berbaloi, bolehlah melawat dan jangan lupa kongsikan dengan kami apa yang menarik.

Alamat:
Entopia by Penang Butterfly Farm
830 Jalan Teluk Bahang,
11050 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-8888-111
Email : info@entopia.com
Website : Entopia by Penang Butterfly Farm

Harga tiket:
Harga tiket untuk pemegang MyKad.
Dewasa : RM49
Kanak-kanak : RM29

Semak laman web rasmi Entopia untuk maklumat lengkap.

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 6.00 pm

Kilang Batik Teluk Bahang

Jika anda bercuti di Teluk Bahang, jangan lupa melawat kilang batik disini. Anda berpeluang melihat bagaimana batik dibuat. Ada yang menggunakan cop dan ada yang lukis tangan. Seronok melihat kemahiran pekerja-pekerja disini yang cekap dan cukup berpengetahuan. Anda juga berpeluang melukis batik sendiri jika tidak ramai pengunjung.

Kilang Batik Teluk Bahang

Dibahagian showroom, berbagai jenis kain dan pakaian batik dipamerkan untuk jualan. Namun harganya agak mahal berbanding butik dan pasaraya. Apapun anda masih boleh menjamu mata dengan kecantikan batik yang ada disini. Masuk percuma.

Aktiviti menarik di Teluk Bahang

Selain tempat menarik yang dinyatakan diatas, terdapat beberapa aktiviti lain yang boleh dilakukan disini seperti:

  1. Mandi laut - Percuma. Anda cuma bawa pakaian mandi. Aktiviti wajib jika anda bawa anak-anak bercuti.
  2. Island cruises - Menyewa bot untuk meneroka kawasan teluk dan melihat tempat menarik disekitar Pulau Pinang. Kaunter operator ada di hadapan pejabat Taman Negara berhampiran pintu masuk ke LKIM.

Tarikan lain berhampiran Teluk Bahang

Pengunjung juga boleh melakukan berbagai aktiviti lain yang menarik disekitar kawasan berhampiran Teluk Bahang seperti:

  1. Memancing dipersisiran pantai.
  2. Jet ski di Batu Ferringhi.
  3. Parasailing di Batu Ferringhi.
  4. Ferringhi Sidewalk Bazaar - Pasar Malam sepanjang jalan di Batu Ferringhi. Ia cukup meriah dengan gerai yang menjual berbagai barangan.
  5. Toys Museum - Muzium Permainan yang menyimpan berbagai figura dan permainan.
  6. Tropical Spice Garden.
  7. Tropical Fruit Farm.
  8. Penang Botanical Garden.
Kampung Nelayan Teluk Bahang.

Keterangan gambar : Bot di tepi pantai kampung nelayan Teluk Bahang.

Penginapan di Teluk Bahang

Penginapan di Teluk Bahang jauh lebih murah berbanding di Batu Ferringhi yang hanya terletak disebelahnya. Pengunjung boleh memilih penginapan mengikut kesesuaian peserta percutian. Dibawah ini ialah senarai tempat penginapan yang boleh anda pilih.

Hotel di Teluk Bahang

Bagi pengunjung yang ingin bermalam di Teluk Bahang, ada beberapa hotel menarik di Teluk Bahang yang boleh anda pilih. Berikut ialah senarai hotel yang ada disekitar kawasan ini:

  • Bungalow Inn.
  • Sea Princess Hotel.
  • Residence Teluk Bahang.

Chalet di Teluk Bahang

Jika anda memilih untuk menginap di chalet, dibawah ini ialah senarai chalet yang ada di Teluk Bahang:

  • Hotel dan Chalet Persatuan Nelayan.
  • Seri Nelayan Chalet dan Restoran.
  • Atan Watersport and Chalet.

Homestay Teluk Bahang

Menginap di homestay adalah sesuai jika anda bercuti bersama keluarga yang besar. Berikut adalah antara homestay di Teluk Bahang yang boleh anda pilih:

  • Kesian Homestay di Kampung Nelayan - 013-442 5685.
  • Hubungi kami jika ada homestay murah, unik atau mempunyai tarikan tersendiri.

Tempat makan di Teluk Bahang

JIka anda mencari tempat makan yang sedap di Teluk Bahang, dibawah adalah antara restoran dan gerai yang boleh anda tuju:

  • Restoran Ikan Bakar Seri Nelayan.
  • Restoran Becha Lama - Makanan tempatan dan barat.
  • Awang Burger Western Food.
  • Kedai Kak Ina.

Kesimpulan

Bercuti di Teluk Bahang Penang memang sangat menyeronokkan. Berbagai aktiviti boleh dilakukan dan banyak tempat menarik yang boleh dilawati untuk memenuhi masa terluang. Pastikan anda membuat perancangan percutian yang teliti dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan barangan. Jangan lupa kongsikan apa yang menarik sepanjang percutian anda di Teluk Bahang dengan kami. Selamat bercuti!

Artikel berkaitan

Cari tempat untuk bersiar-siar? Lihat top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Apa nak buat di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama di Penang? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.