Bercuti di Batu Ferringhi, Pulau Pinang

Batu Ferringhi adalah salah satu lokasi percutian popular di Pulau Pinang. Ia adalah kawasan pantai yang cantik dengan kemudahan hotel penginapan serta berbagai aktiviti menarik yang disediakan untuk pelancong. Walaupun lautnya tidak sejernih pulau peranginan di pantai timur, namun pantai ini tetap menjadi tarikan kerana kemudahan pengangkutan dimana pengunjung boleh memandu terus ke sana. Buat anda yang ingin bercuti ke Batu Ferringhi, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang anda perlukan sebagai panduan untuk merancang percutian anda.

Pemandangan matahari terbenam di Batu Ferringhi.

Lokasi dan pengangkutan

Batu Ferringhi terletak dibahagian utara Pulau Pinang, jarak lebih-kurang 15 KM dari Bandaraya Georgetown. Perjalanan dengan kereta dari pusat bandaraya mengambil masa kira-kira 30 minit. JIka menggunakan perkhidmatan awam, anda boleh menaiki:

  1. Bas - Rapid Penang nombor 102 dan Rapid Penang nombor 101. Harga RM2.70.
  2. Teksi - Harga RM35.

Alamat:
Batu Ferringhi
11100 Batu Ferringhi,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 1.00 am

Aktiviti menarik di Batu Ferringhi

Tarikan utama pelancong ke Batu Ferringhi ialah untuk berehat di tepi pantai, berkelah bersama keluarga dan melakukan aktiviti menarik yang disediakan disini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan disini ialah seperti:

Mandi laut di pantai Batu Ferringhi

Pantai Batu Ferringhi ialah pantai yang cantik dan sesuai untuk mandi laut. Ramai pelancong tempatan yang bercuti di Penang akan membawa keluarga mandi di pantai ini pada waktu pagi dan petang.

Pantai Batu Ferringhi

Jet Ski, Parasailing di Batu Ferringhi

Aktiviti jet ski dan parasailing adalah aktiviti yang cukup popular di Batu Ferringhi terutama bagi para pelancong luar. Mungkin harga aktiviti ini agak mahal bagi kebanyakan pengunjung tempatan atau tidak berani mencuba.

Walau bagaimanapun, jika anda berminat untuk mencuba, pastikan anda mengambil pakej dari operator pelancongan yang berlesen dan mempunyai jurulatih professional. Jangan pentingkan harga yang murah kerana aktiviti ini perlukan pengendalian yang betul.

Parasailing Batu Ferringhi

Alamat:
Ferringhi Sea Sports Co.
Jalan Batu Ferringhi,
11100 Penang,
Malaysia

Hubungi:
Tel : 0124995036 Bala
Tel : 0169987519 Leena
Tel : 0164489909 Ruby
Email : ferringhiseasports@gmail.com
Website : Ferringhi Sea Sports

Harga tiket:
Harga tiket adalah bergantung kepada aktiviti.
Dewasa : RM120 (Parasailing)
Dewasa : RM100 (Jet Ski) Dewasa : RM30 (Banana Boat)
Dewasa : RM40 (Big Donut)

Tiket juga dijual mengikut pakej.

Waktu operasi:

Setiap hari : 9.00 am - 7.00 pm

Pasar Malam Batu Ferringhi

Pasar malam Batu Ferringhi dibuka dari 7 petang hingga ke tengah malam. Ia sangat popular dikalangan pelancong. Berbagai barangan dijual seperti pakaian, beg, barangan cenderahati, kasut dan lain-lain. Walau bagaimanapun, harga disini agak mahal. Anda perlu bijak tawar-menawar.

Lorong pasar malam Batu Ferringhi

Ferringhi Sidewalk Bazaar.

Tarikan lain berhampiran Batu Ferringhi

Pengunjung juga boleh melakukan berbagai aktiviti lain yang menarik disekitar kawasan berhampiran Batu Ferringhi seperti di Teluk Bahang.

  1. Memancing dipersisiran pantai.
  2. Berkhemah di Taman Rimba Teluk Bahang.
  3. Jungle trekking di Taman Negara Pulau Pinang.
  4. Entopia Taman Rama-rama di Jalan Teluk Bahang.
  5. Melawat kilang batik di Teluk Bahang.
  6. Rumah Api di Mukah Head.
  7. Toys Museum - Muzium Permainan yang menyimpan berbagai figura dan permainan.
  8. Tropical Spice Garden.
  9. Tropical Fruit Farm.
  10. Penang Botanical Garden.

Lihat artikel Bercuti di Teluk Bahang Penang.

Panorama menarik di Batu Ferringhi.

Penginapan di Batu Ferringhi

Anda tidak perlu risau dengan penginapan jika bercuti di Batu Ferringhi. Terdapat banyak hotel menarik yang bertaraf antarabangsa ada disekitar kawasan tepi pantai. Harganya memang agak mahal. Namun jika anda inginkan penginapan yang lebih murah, ada beberapa pilihan hotel yang terletak agak jauh sedikit dari kawasan pantai. Dibawah ini ialah senarai hotel yang ada di Batu Ferringhi:

Hotel popular di Batu Ferringhi

Batu Ferringhi adalah lokasi sesuai untuk percutian keluarga, berbulan madu, kursus dan lain-lain. Berbagai hotel menarik yang boleh anda pilih. Antara hotel yang popular ialah:

  1. Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa.
  2. Park Royal Resort - Hotel bertaraf 5 bintang.
  3. Golden Sands Resort - Hotel bertaraf 4 bintang.
  4. Lone Pine Hotel - Hotel bertaraf 4 bintang.
  5. Hard Rock Hotel - Hotel bertaraf 4 bintang.
  6. Bayview Beach Resort - Hotel bertaraf 4 bintang.
  7. Holiday Inn Resort - Hotel bertaraf 4 bintang.
  8. Hydro Hotel - Hotel bertaraf 4 bintang.

Hotel bajet di Batu Ferringhi

Jika anda memilih untuk menginap di hotel yang lebih murah, dibawah ini ialah senarai hotel bajet di Batu Ferringhi:

  1. EQ Ferringhi Hotel - Hotel bajet bertaraf 2 bintang.
  2. D'Feringghi Hotel - Hotel bajet bertaraf 2 bintang.
  3. Sri Sayang Resort - Apartment di Batu Ferringhi.
  4. Roomies Boutique Bed & Breakfast.
  5. Shalini's Guest House.
  6. Annies Homestay Batu Ferringhi.
  7. Lazyboys Travelodge.
  8. E.T. Budget Guesthouse.
  9. Ferringhi Heritage Budget Hotel.
  10. Baba Guesthouse Batu Ferringhi.
  11. Ferringhi Inn & Cafe.
  12. Padua Inn Batu Ferringhi.
  13. Rasa Motel Batu Ferringhi.
  14. Green Ocean Inn.

Untuk melihat senarai dan potongan harga hotel di Batu Ferringhi, anda boleh menyemak dan menempah bilik penginapan melalui BOOKING.COM.

Tempat makan di Batu Ferringhi

Tempat makan di Batu Ferringhi boleh ditemui disepanjang jalan. Banyak restoran dan gerai makan yang boleh dikunjungi dan harga makanan adalah murah walaupun ini adalah tempat pelancongan.

Untuk sarapan pagi, jika anda tidak kisah, cuba gerai dihadapan Petronas. Ia terletak berhampiran lampu isyarat trafik. Gerai ini ada nasi lemak dan nasi campur beraneka lauk. Masakannya sedap dan harga pun murah. Gerai ini dibuka sekitar jam 8.00 pagi. Kalau makan, duduk dimeja berbumbung. Jangan sesekali makan dimeja bawah pokok melainkan anda mahu dihujani najis gagak.

Untuk makan malam pula, anda boleh ke restoran tomyam yang banyak di sekitar Batu Ferringhi. Jika masakan ala-Thai bukan selera anda, cuba makan di tempat-tempat berikut:

  • Khaleel Nasi Kandar.
  • Mady Penang Char Koay Teow.
  • Crispy Apam Balik di Pasar Malam Batu Ferringhi.
  • Batu Ferringhi Seafood di Kompleks Bayu Senja.

Kesimpulan

Bercuti di Batu Ferringhi memang menarik. Banyak aktiviti yang boleh dilakukan dan banyak tempat menarik yang boleh dilawati. Bagi anda yang belum pernah ke sini, apa kata cuti nanti bawa keluarga atau rakan-rakan bercuti bersama. Kami yakin anda pasti seronok. Jangan lupa kongsikan apa yang menarik sepanjang percutian anda di Batu Ferringhi diruangan komen.

Artikel berkaitan

Jangan datang ke Penang sebelum baca semua artikel dibawah.

  1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Penang
  2. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Penang
  3. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Penang
  4. Terokai semua: Penang - Tempat menarik, aktiviti dan percutian
Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.