Aquarium Batu Maung

Akuarium Batu Maung atau nama sebenarnya Akuarium Tunku Abdul Rahman ialah sebuah pusat pameran hidupan marin dan air tawar yang sangat menarik untuk dilawati. Ia bagaikan mini Aquaria atau mini Underwater World.

Tempat ini tidaklah besar sangat tetapi susun-aturnya cantik dengan rekaan dalaman yang kemas dan menarik. Ruang pamerannya agak selesa walaupun ada rombongan tadika dan sekolah hadir pada hari saya melawat.

Akuarium Tunku Abdul Rahman

Lokasi Aquarium Batu Maung

Lokasi Aquarium Batu Maung ini tidak jauh dari Jambatan Kedua Puau Pinang. Melalui Tun Dr. Lim Chong Eu Highway, keluar ke Jalan Batu Maung. Akuarium terletak disebelah kanan bertentangan dengan Pejabat Pos Batu Maung.

Alamat:
Aquarium Batu Maung
FRI Batu Maung,
11960 Batu Maung,
Pulau Pinang

Hubungi:
Tel: 04 626 3925 / 04 626 3926
Fax: 04 626 2210
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM2 (6 - 12 tahun)

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 5.00 pm

Tutup : Rabu

Apa yang menarik?

Tarikan di Akuarium Batu Maung ialah pameran hidupan marin dan air tawar yang terdiri daripada 100 spesis ikan marin, 27 tangki spesis ikan air tawar dan 10 spesis tumbuhan akuatik.

Ruang pameran dengan tangki akuarium

Secara terperinci, apa yang menarik di sini ialah:

Berbagai spesis ikan

Seronok melihat berbagai spesis ikan berbagai warna dan saiz. Rekaan dalaman akuarium juga menarik sesuai dengan ikan berkenaan. Jika diteliti, ikan-ikan ini ada perangainya yang tersendiri. Patutlah memerhatikan ikan dianggap satu terapi. Ia memang memberi ketenangan.

Ikan kecil

Ikan kecil

Ikan besar

Ikan besar

Ikan jalur

Ikan jalur

Ikan berwarna

Ikan berwarna

Ikan bersusun

Ikan

Penyu

Saya memang sudah tahu di Akuarium Batu Maung ini ada penyu tetapi tidak menyangka begitu banyak penyu. Underwater World pun kalah. Penyu ini terletak dalam 3 tangki akuarium kalau tak salah. Ada dua ekor penyu yang agak besar dan dalam tangki bulat ada penyu kecil.

Penyu berenang

Penyu besar

Penyu menarik

Penyu kecil

Penyu kecil

Hidupan marin

Sesuatu yang paling menarik bagi saya ialah hidupan marin yang dipamerkan disini. Antara yang terbaik saya rasa ialah kuda laut dan patrick, maksud saya tapak sulaiman. Ianya jarang dapat dilihat.

Kuda laut

Tapak Sulaiman

Tapak Sulaiman

Apakah ini?

Timun laut

Kura-kura

Kura-kura terletak didalam kolamnya sendiri dibahagian Touch Pool bersama kolam ikan patin dan rangka ikan paus. Banyak ekor kura-kura ada disini. Ia adalah peluang ibubapa untuk menunjukkan perbezaan antara penyu dan kura-kura kepada anak-anak. Saya terdengar kanak-kanak tadika bertanya pada cikgunya, apa beza penyu dan kura-kura. Jawab cikgu, cengkerang. Saya hanya tersenyum dalam hati. Kalau anda nak jawab apa?

Kura-kura

Rangka paus

Dibahagian yang sama terdapat rangka spesis paus bryde sepanjang 40 kaki yang mati terdampar di Pulau Sayak, Pantai Merdeka pada 2013. Besar paus ini. Dikatakan pada masa hidupnya, berat paus ini ialah 600KG. Hampir sama berat dengan kancil (kereta bukan sang pelanduk).

Rangka paus

Kemudahan dan fasiliti

Kemudahan asas seperti tandas dan surau disediakan. Tempat letak kereta, bas dan van percuma yang agak luas terletak berhampiran pintu masuk. Parking untuk motorsikal juga disediakan. Siap berbumbung.

Kedai cenderahati

Kedai cenderahati ini terletak dibahagian luar bersama cafeteria. Berbagai barangan dijual tetapi macam biasa, harganya agak mahal berbanding diluar.

Kedai Gambar

Kedai gambar terletak dibahagian Touch Pool. Saya kurang pasti perkhidmatan bagaimana yang ditawarkan. Pengunjung boleh tanya jika berminat.

Kesimpulan

Akuarium Batu Maung adalah tempat menarik di Penang yang berkali ganda hebatnya dari Avatar dan beberapa tempat lagi yang digemburkan blogger. Berbagai ilmu dan pendedahan boleh diperolehi. Bayaran tiketnya juga cukup murah.

Tempat ini sesuai dikunjungi secara solo, bersama keluarga dan juga rombongan. Akhir sekali, Percutian bajet mengesyorkan Akuarium Batu Maung 5 bintang.

Artikel berkaitan

Mana lagi nak pergi? Lihat top 10 tempat menarik di Penang untuk dilawati.

Apa nak buat di Penang? Lihat top 10 aktiviti menarik di Penang.

Cari cenderahati, barang unik, barangan berjenama di Penang? Lihat Top 10 tempat membeli-belah di Penang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.