Perlis Gerbang ke Pulau Bebas Cukai dan Negara Jiran

Seperti umum sedia maklum negeri Perlis merupakan negeri yang terletak paling utara di tanah air kita. Apa yang menariknya selain daripada pelbagai tempat menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan di negeri Perlis, negeri ini juga merupakan LALUAN MASUK UTAMA bagi pulau yang tersohor seluruh dunia iaitu PULAU LANGKAWI dan negara jiran yang terkenal dengan industrI pelancongannya iaitu negara THAILAND.

Pulau bebas cukai Langkawi, Kedah.

Pulau Langkawi yang sangat terkenal dengan kehebatan alam semulajadinya serta pulau bebas cukai boleh di lawati melalui negeri Perlis. Bagi para pelancong ingin memasuki Pulau Langkawi, anda perlulah pergi ke Jeti Kuala Perlis terlebih dahulu. Melalui Jeti Kuala Perlis anda boleh mendapatkan tiket feri dan boleh menaiki feri untuk ke Pulau Mahsuri ini.

Jeti Kuala Perlis terminal feri ke Langkawi.

Negara jiran Thailand juga sangat popular dengan aktiviti pelancongannya. Tetapi para pelancong wajib melalui negeri Perlis untuk ke sana. Terdapat dua kawasan utama di Perlis yang boleh di lalui melalui laluan darat iaitu PADANG BESAR dan WANG KELIAN. Bagi para pelancong yang ingin berkunjung ke sana dua kawasan utama ini juga merupakan kawasan tarikan pelancong yang terdapat di negeri Perlis.

Padang Besar adalah pintu masuk ke Thailand.

Kedua-dua pintu masuk ke Thailand ini sering menjadi tarikan pelancong, sama ada terus ke negara jiran atau sekadar membeli-belah di kawasan bebas cukai.

Perlis pintu masuk ke Thailand.

Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil tetapi mengagumkan kerana terdapat dua laluan utama ini. Ia menjadikan Perlis satu destinasi wajib untuk dilalui bagi anda yang ingin ke Pulau Langkawi atau negara jiran. Melalui dua laluan utama ini juga Perlis dapat meningkatkan imej serta pelbagai aktiviti pelancongan seperti pengangkutan dan membeli-belah.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.