Perlis

Tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati dan destinasi percutian menarik untuk panduan pengunjung. Walaupun hanya sebuah negeri yang kecil, berbagai tarikan pelancongan disediakan. Dapatkan maklumat destinasi pilihan anda dan rancang percutian menarik bersama keluarga.

Tempat menarik mengikut negeri, lihat Tempat Menarik.

Tempat menarik di Perlis

Empangan Timah Tasoh Perlis

Walaupun lebih terkenal dengan Harum Manis, sebenarnya banyak tempat menarik di Perlis boleh dilawati jika anda berkunjung ke negeri ini. Paling ketara ialah keindahan sawah padi yang luas terbentang dan bukit-bukit batu kapur yang unik cukup menarik perhatian. Selain itu, ada tarikan alam semulajadi, taman rekreasi, tempat membeli-belah dan berbagai destinasi pelancongan menanti pengunjung. Kemudahan hotel dan resort menarik serta makanan yang sedap pasti menyeronokkan lagi percutian anda di Indera Kayangan.

T Hotel Kuala Perlis

Anda ingin bercuti ke Perlis dan mencari hotel bajet yang selesa untuk bermalam dan mempunyai kawalan keselamatan yang rapi? T Hotel Kuala Perlis adalah sebuah hotel yang semakin meningkat naik, menawarkan harga yang murah, bilik yang selesa dan cantik, selain mendapat sijil halal daripada JAKIM serta di awasi 24 jam dengan kawalan keselamatan.

T Hotel Kuala Perlis.

Kemudahan

Antara kemudahan yang disediakan di T Hotel Kuala Perlis ialah:

Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis

Anda bercadang ingin bercuti ke Perlis dan masih mencari hotel yang selesa dan halal? Hotel Seri Malaysia adalah antara hotel yang mendapat pengiktirafan sijil halal dari JAKIM. Selain itu, suasana hotel yang mendamaikan dan pekerja yang mesra pelanggan membuatkan anda akan datang kali kedua ke sana.

Hotel Seri Malaysia Kangar, Perlis.

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan di Hotel Seri Malaysia Kangar ialah:

Senarai hotel di Perlis yang mendapat sijil halal

Sebagai panduan pengunjung muslim yang ingin bercuti dan menginap di hotel di Perlis, berikut ialah senarai hotel yang mendapat sijil halal JAKIM:

Hotel Brasmana
Jalan Kampung Perak
02000 Kuala Perlis
Perlis

Tandop Hotel
45 Persiaran Putra Timur 1
02000 Kuala Perlis
Perlis

Tasoh Lake Resort and Retreat
Lot 3082 Jalan Kaki Bukit
Kampung Bukit Manik
02200, Perlis

Hotel Seri Malaysia Kangar
Lot 8101, mukim Utan Aji,
Persiaran Wawasan,
01000 Kangar,
Perlis

Tags

Putra Brasmana Hotel, Kuala Perlis

Putra Brasmana Hotel ialah hotel bertaraf 3 bintang yang terletak di Kuala Perlis, Perlis. Ia adalah pilihan yang baik untuk dijadikan penginapan sepanjang percutian di Perlis. Lokasinya yang berhampiran dengan laut amat sesuai bagi mereka yang sukakan pemandangan indah dari bilik hotel. Terdapat berbagai kemudahan yang disediakan didalam bilik cukup untuk memberi keselesaan sepanjang penginapan anda disana.

Timah Tasoh Lakeview Resort

Pemandangan dari Timah Tasoh Lakeview Resort

Timah Tasoh adalah sebuah tempat peranginan di negeri Perlis Indera kayangan. Ianya adalah sebuah destinasi pelancongan baru di Perlis yang semakin popular kerana keindahan Empangan Timah Tasoh yang terbentang luas memberi ketenangan pada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sini. Terdapat dua resort menarik yang sesuai dijadikan tempat bercuti iaitu Terinai Lake View Resort yang terletak di puncak bukit dan Tasoh Lake Resort & Retreat yang terletak di pinggir tasik.

Membeli-belah di Padang Besar, Perlis

Padang Besar Perlis

Padang Besar ialah sebuah pekan di negeri Perlis Indera Kayangan. Ia terkenal sebagai tempat membeli-belah berbagai jenis barangan dengan harga murah. Lokasinya ialah di utara negeri Perlis dan bersempadan dengan negara Thailand. Padang Besar juga adalah pintu masuk utama ke negara tersebut. Terdapat Pejabat Imigresen di pekan Padang Besar yang memantau urusan keluar masuk pelancong. Waktu operasi perniagaan di Padang Besar, Perlis adalah sekitar pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. Ada juga kedai yang ditutup agak lewat sekitar pukul 7 petang namun tidak banyak.

Perlis Gerbang ke Pulau Bebas Cukai dan Negara Jiran

Seperti umum sedia maklum negeri Perlis merupakan negeri yang terletak paling utara di tanah air kita. Apa yang menariknya selain daripada pelbagai tempat menarik atau aktiviti yang boleh dilakukan di negeri Perlis, negeri ini juga merupakan LALUAN MASUK UTAMA bagi pulau yang tersohor seluruh dunia iaitu PULAU LANGKAWI dan negara jiran yang terkenal dengan industrI pelancongannya iaitu negara THAILAND.

Pulau bebas cukai Langkawi, Kedah.

Tempat pelancongan menarik di Perlis

Negeri Perlis atau nama penuhnya Perlis Indera Kayangan terletak paling utara di semenanjung Malaysia. Walaupun kecil, nama Perlis cukup terkenal dengan produk pelancongannya iaitu buah mangga (mempelam) Harum Manis dan laksa Kuala Perlis. Selain itu, Perlis juga terkenal dengan pelancongan membeli-belah iaitu di Wang Kelian dan Padang Besar, pekan yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand. Artikel kali ini memaparkan senarai tempat menarik di Perlis yang boleh dilawati sebagai panduan pengunjung yang ingin berkunjung ke sana.