Puteri Bayu Beach Resort

Puteri Bayu Beach Resort ialah sebuah resort menarik di Pulau Pangkor, Perak. Resort ini menawarkan berbagai jenis penginapan yang selesa untuk pelancong seperti chalet dan bilik hotel. Lokasi strategik ditepi pantai yang cantik menyebabkan Puteri Bayu Beach Resort sentiasa menjadi pilihan pelancong yang berkunjung ke Pulau Pangkor. Bagi pengunjung yang merancang untuk bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang anda perlukan mengenai resort ini.

Kolam renang di Puteri Bayu Beach Resort.

Lokasi

Puteri Bayu Beach Resort terletak di Pantai Pasir Bogak iaitu lokasi pelancongan yang popular di Pulau Pangkor. Untuk sebarang urusan, anda boleh hubungi:

Alamat:

Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pulau Pangkor,
Perak Darul Ridzuan.

Hubungi:

reservation@puteribayu.com
Tel : +605 – 685 1929 / 1035 / 1794
Fax : +605 – 685 1050

Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor.

Penginapan

Puteri Bayu Beach Resort mempunyai 48 unit chalet dan 82 buah bilik penginapan tersedia menanti pelancong yang berkunjung ke sini. Berikut ialah senarai jenis bilik dan juga keterangan:

Family Villa

Family Villa adalah chalet menarik yang sesuai untuk keluarga. Ia boleh memuatkan seramai 5 atau 6 orang tetamu. Chalet terbesar iaitu Puteri Banglo memiliki ruang tamu yang luas serta dua buah bilik tidur yang mempunyai dua 'single bed' dan sebuah katil king. Jumlah chalet hanya 8 unit sahaja. Chalet ini dilengkapi balkoni yang menghadap taman atau pantai sesuai untuk pengunjung berehat sambil membaca buku atau menikmati pemandangan laut. Harga chalet bermula dari RM600.00 hingga RM700.00 untuk satu malam. Family Villa dilengkapi:

  • Dua Bilik mandi berasingan.
  • TV dilengkapi Astro.
  • IDD Telefon.
  • Peti ais mini.
  • Coffee maker.
  • Pengering rambut.

Garden and Bayu Villa

Garden dan Bayu Villa adalah chalet penginapan yang sesuai untuk tiga atau empat orang. Chalet menarik ini juga dilengkapi balkoni untuk pengunjung bersantai menikmati pemandangan indah sambil dibelai bayu laut. Jumlah chalet ialah sebanyak 40 unit. Harga bilik bermula dari RM250.00 hingga RM350.00 untuk satu malam.

  • Bilik berhawa dingin.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Telefon.
  • Peti ais mini.
  • Coffee maker.
  • Pengering rambut.

Bangunan hotel Puteri Bayu Beach Resort.

Standard Room

Standard Room adalah bilik yang serba ringkas tetapi menarik dan mempunyai fasiliti yang diperlukan sesuai untuk percutian bajet. Jumlah chalet ialah sebanyak 62 unit. Harga bermula dari RM140.00 hingga RM190.00 untuk satu malam. Antara fasiliti yang ada ialah:

  • Balkoni.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.

Superior Room

Superior Room pula adalah bilik yang lebih besar dari standard room dan sesuai untuk dua hingga tiga orang. Terdapat 11 unit disediakan untuk pengunjung. Harga bermula dari RM210.00 hingga RM155.00 hingga RM205.00 untuk satu malam. Fasiliti yang disediakan ialah:

  • Balkoni.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • IDD Telefon.
  • Coffee maker.

Deluxe Room

Akhir sekali ialah Deluxe Room, iaitu bilik hotel yang terbesar sesuai untuk keluarga. Cuma ada 9 unit sahaja. Harga bermula dari RM225.00 hingga RM275.00 untuk satu malam. Antara fasiliti yang disediakan ialah:

  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandi, hot shower.
  • TV dilengkapi Astro.
  • IDD Telefon.
  • Coffee maker.

Harga yang ditawarkan untuk penginapan di chalet dan juga hotel Puteri Bayu Beach Resort adalah termasuk cukai dan sarapan. Namun harga bagi musim cuti sekolah dan cuti umum adalah berbeza. Masa check-in ialah 3.00pm dan check-out 12.00pm.

Lobi Puteri Bayu Beach Resort.

Kemudahan

Antara kemudahan yang disediakan di Puteri Bayu Beach Resort adalah:

  • Kolam renang.
  • Cafe.
  • Kemudahan bilik menyuarat.
  • Ruangan membaca.

Coffee House di Puteri Bayu Beach Resort.

Aktiviti

Berbagai aktiviti percutian menarik boleh dilakukan jika menginap di Puteri Bayu Beach Resort. Antaranya ialah:

  1. Mandi laut.
  2. Bola Tampar pantai.
  3. Jogging atau berjalan di pantai.
  4. Berkayak.
  5. Banana boat.
  6. Jetski.
  7. Jungle trekking.
  8. Island hopping.
  9. Snorkeling.
  10. Island tour.
  11. BBQ.
  12. Melihat matahari terbenam.

Puteri Bayu Beach Resort ialah penginapan menarik yang harus ada dalam senarai pilihan anda jika ingin bercuti ke Pangkor. Ia sesuai untuk percutian bajet dengan berbagai pakej yang ditawarkan. Resort ini juga tidak jauh dari pekan. Paling menarik ialah berbagai aktiviti disediakan yang mana pasti memeriahkan lagi percutian anda sekeluarga.

Lokasi