Pahang

Tempat menarik di Pahang untuk dilawati seperti ecotourism, agrotourism, taman tema dan destinasi percutian menarik termasuk peranginan tanah tinggi, bandar, pantai, pulau serta berbagai lokasi pelancongan popular untuk panduan pengunjung.

Percutian menarik ke Cherating Pahang

Cherating ialah salah satu lokasi pelancongan menarik di Pahang. Ia merupakan tempat peranginan yang sangat popular kerana mempunyai pantai yang cantik dan kemudahan penginapan menarik yang disediakan. Disini juga terdapat sebuah resort antarabangsa terkenal iaitu Club Med, yang merupakan cawangan pertama di Asia. Bagi pengunjung yang mencari lokasi menarik di tepi pantai, Percutian Bajet ingin berkongsi maklumat mengenai percutian menarik ke Cherating Pahang.

Senarai hotel di Pahang yang mendapat sijil halal

Kebanyakan hotel kini menyediakan pakej sarapan untuk pengunjung. Bagi anda yang ingin menginap di hotel, mungkin merasa ragu-ragu untuk mengambil pakej sarapan, makan tengahari atau makan malam kerana bimbang dengan status makanan yang dihidangkan. Bagi membantu anda memilih hotel apabila bercuti ke Pahang, Percutian Bajet telah mengumpul maklumat hotel yang telah mendapat pengesahan. Berikut ialah senarai hotel di Pahang yang mendapat Sijil Halal JAKIM:

ARENAA BATIK HOTEL SDN BHD
No 2324 - 2326, Jalan Wong Ah Jang
25100, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tags

Pakej percutian bajet di Cameron Highland 3H2M (RM95 SEORANG)

Masih tercari-cari pakej bajet untuk bawa keluarga anda bercuti???
Kami ada pakej terlajak MURAH untuk anda, hanya RM95 SEORANG. Pakej sangat terhad kerana terlalu banyak tempahan. Sapa cepat akan dapat.

Pakej ke Cameron Highland maximum 8 orang. Hanya RM95.00 SAHAJA SEORANG.

PAKEJ TERMASUK

Bercuti di Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga diseluruh dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, "South Pacific" sekitar tahun 1959. Pulau Tioman juga pernah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an. Pulau Tioman menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.

Genting Highland Theme Park

Genting Highland terletak di negeri Pahang, Ia adalah antara destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Selain dari menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik, tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park. Bagi pelancong yang ingin menikmati keseronokan permainan riang ria taman tema di Genting Highland, kami telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu untuk panduan percutian anda disana.

Tempat menarik di Cameron Highland mesti dilawati

Pasar Kea Farm Cameron Highland

Kami ingin berkongsi senarai tempat menarik di Cameron Highland yang mesti dilawati semasa bercuti disana. Tempat-tempat ini dipilih berdasarkan keunikan, keindahan dan beberapa faktor lain termasuk harga tiket bayaran masuk yang dikenakan. Kebanyakan destinasi pelancongan ini adalah percuma melainkan beberapa tempat yang berbayar. Namun kami merasakan ianya berbaloi dan tidak membebankan, jadi kami syorkan kepada anda.

Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati

Tempat menarik Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang kaya dengan tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, hutan lipur, gunung, gua, tasik semulajadi, pantai dan juga pulau. Selain itu, Pahang juga mempunyai tarikan lain seperti kebudayaan dan makanan masyarakat tempatan. Jika anda ingin menghabiskan percutian dengan melancong ke tempat menarik di Pahang, rancanglah dengan teliti. Disini kami senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan juga aktiviti pelancongan menarik yang boleh anda lakukan sebagai panduan.