Pahang

Pahang ialah negeri paling besar di semenanjung Malaysia. Ia adalah sebuah negeri yang kaya dengan keindahan alam semulajadi. Disini terletaknya Taman Negara dan destinasi pelancongan tanah tinggi paling popular di Malaysia iaitu Cameron Highlands.

Selain itu banyak destinasi menarik di Pahang yang boleh dilawati.  Tarikan pelancongan seperti ecotourism, agrotourism dan taman tema ialah antara yang popular. Tempat percutian menarik yang ada ialah peranginan tanah tinggi, bandar, pantai dan pulau. Maklumat yang lebih terperinci boleh dilihat dalam senarai dibawah.

Lihat semua tempat menarik mengikut negeri dihalaman Tempat Menarik.

Panduan bercuti di Cameron Highlands

Ladang Teh Cameron Highlands

Tanah Tinggi Cameron adalah sebuah pusat peranginan yang sesuai untuk percutian seisi keluarga. Suasana persekitaran yang sejuk dan dikelilingi kehijauan hutan amat sesuai untuk mereka yang mencari ketenangan dan ingin lari dari bunyi bising di bandar. Tambahan pula pengunjung akan dapat menghirup udara segar dipagi hari. Berjalan kaki sambil melihat keindahan alam semulajadi akan membuatkan pengunjung lupa seketika masalah hidup.

Tempat menarik di Temerloh Pahang

Jika anda sedang mencari lokasi percutian menarik di Pahang, apa kata anda cuba ke Temerloh. Ianya terletak ditengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Kuantan. Banyak tempat-tempat menarik di Temerloh yang boleh dilawati seperti lokasi pelancongan alam semulajadi, makanan tempatan yang sedap dan berbagai tarikan lagi. Bagi membantu anda mengenali lokasi menarik yang ada, Percutian Bajet telah senaraikan destinasi yang boleh anda tuju bersama maklumat dan alamat untuk dihubungi.

Tempat menarik di Kuantan untuk dilawati

Bandar Tasik Kuantan

Kuantan adalah destinasi pelancongan yang semakin popular. Kedudukannya ditepi laut dan adanya beberapa kawasan pantai yang cantik mencadi faktor utama yang menarik pelancong ke mari. Kuantan sesuai untuk dijadikan destinasi percutian bagi keluarga. Terdapat beberapa lokasi yang sangat menarik untuk dikunjungi. Kali ini Percutian Bajet menyediakan senarai tempat menarik di Kuantan untuk anda lawati sempena cuti sekolah yang baru bermula.

Bercuti di Bukit Fraser

Bagi mereka yang inginkan percutian yang santai dan ingin lari dari kesibukan kota, Bukit Fraser adalah pilihan destinasi percutian yang tepat untuk anda. Bagi mereka yang ingin menghirup udara segar, terasa seperti tinggal di Kampung sendiri, boleh datang ke sini dan rasai pengalaman sendiri. Ramai yang kata Bukit Fraser kurang mendapat sambutan kerana tiada aktiviti yang menarik dan suasana yang sunyi membuatkan ramai yang berasa gerun untuk datang kesini.

Percutian menarik di Bukit Tinggi Bentong Pahang

Bukit Tinggi Bentong Pahang ialah tempat peranginan tanah tinggi yang popular di Malaysia. Salah satu tarikan utama tempat ini tentulah suasana sejuk dan udara yang nyaman. Namun ada yang lebih menarik menanti pengunjung di puncak bukit. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tarikan yang ada di Bukit Tinggi yang mana merupakan salah satu destinasi percutian tanah tinggi menarik di Malaysia.

Senarai hotel di Pahang yang mendapat sijil halal

Kebanyakan hotel kini menyediakan pakej sarapan untuk pengunjung. Bagi anda yang ingin menginap di hotel, mungkin merasa ragu-ragu untuk mengambil pakej sarapan, makan tengahari atau makan malam kerana bimbang dengan status makanan yang dihidangkan. Bagi membantu anda memilih hotel apabila bercuti ke Pahang, Percutian Bajet telah mengumpul maklumat hotel yang telah mendapat pengesahan. Berikut ialah senarai hotel di Pahang yang mendapat Sijil Halal JAKIM:

ARENAA BATIK HOTEL SDN BHD
No 2324 - 2326, Jalan Wong Ah Jang
25100, Kuantan
Pahang Darul Makmur

Tags

Bercuti di Pulau Tioman, Pahang

Pulau Tioman adalah destinasi percutian pulau yang telah lama terkenal bukan saja di Malaysia tetapi juga diseluruh dunia. Ia pernah menjadi lokasi filem Hollywood, "South Pacific" sekitar tahun 1959. Pulau Tioman juga pernah dinobatkan sebagai Pulau Tercantik Dunia oleh TIME Magazine sekitar 1970an. Pulau Tioman menjadi tumpuan pelancong dari luar negara terutama dari Eropah. Ini kerana Pulau Tioman terkenal dengan kecantikan semulajadi seperti pantai yang berpasir halus dan bersih, air laut yang jernih dan hutannya yang belum tercemar.

Genting Highland Theme Park

Genting Highland terletak di negeri Pahang, Ia adalah antara destinasi percutian tanah tinggi yang paling popular di Malaysia. Selain dari menikmati keindahan panorama di puncak gunung dalam suhu yang sejuk dan hotel yang menarik, tarikan utama pelancong ke pusat peranginan ini ialah Genting Highland Theme Park. Bagi pelancong yang ingin menikmati keseronokan permainan riang ria taman tema di Genting Highland, kami telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu untuk panduan percutian anda disana.

Senarai tempat menarik di Pahang untuk dilawati

Tempat menarik Pahang

Negeri Pahang Darul Makmur ialah negeri yang kaya dengan tempat menarik untuk dilawati. Pahang mempunyai alam semulajadi yang cantik merangkumi tanah tinggi, hutan lipur, gunung, gua, tasik semulajadi, pantai dan juga pulau. Selain itu, Pahang juga mempunyai tarikan lain seperti kebudayaan dan makanan masyarakat tempatan. Jika anda ingin menghabiskan percutian dengan melancong ke tempat menarik di Pahang, rancanglah dengan teliti. Disini kami senaraikan tempat-tempat menarik yang boleh anda kunjungi dan juga aktiviti pelancongan menarik yang boleh anda lakukan sebagai panduan.