Negeri Sembilan

Tempat menarik di Negeri Sembilan seperti taman rekreasi alam semulajadi, tempat bersejarah, warisan budaya dan senibina, taman tema dan lokasi percutian menarik seperti bandar, pantai serta berbagai destinasi pelancongan popular untuk panduan pengunjung.

Senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan

Port Dickson Negeri Sembilan

Kali ini Percutian bajet ingin berkongsi senarai tempat menarik untuk percutian di Negeri Sembilan yang cukup popular untuk anda pilih sebagai lokasi istirehat, berbulan madu, bersuka-ria atau mengadakan hari keluarga. Setiap destinasi pelancongan ada tempat penginapan berserta maklumat dan harga bilik. Diharap artikel ini membantu anda memilih lokasi yang sesuai dengan kehendak dan bajet anda.

Untuk melihat tempat-tempat menarik dan tarikan pelancongan lain, sila lawati halaman Tempat menarik di Negeri Sembilan.

Tempat menarik di Seremban untuk dilawati

Taman Rekreasi Jeram Toi Seremban

Seremban bukanlah satu destinasi pelancongan yang popular di Negeri Sembilan. Namun ia juga tidak bermakna tiada langsung tarikan di kawasan ini. Disebabkan Seremban adalah ibu negeri, pembangunan di bandar ini berkembang pesat. Ramai yang sering datang ke sini atas berbagai urusan. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat-tempat menarik di Seremban yang boleh dilawati sekiranya anda berkunjung ke sini.

Tempat menarik di Nilai Negeri Sembilan

Nilai ialah sebuah bandar baru terancang yang terkenal sebagai lokasi membeli-belah barangan murah. Tidak sah melancong ke Negeri Sembilan jika tidak singgah disini. Keistimewaan membeli-belah di Nilai ialah pengunjung tidak perlu pergi ke merata-rata tempat untuk mencari barangan yang dikehendaki. Semuanya ada di satu lokasi, iaitu kawasan perniagaan yang disediakan. Selain itu di sini juga terdapat beberapa tarikan pelancongan lain seperti pelancongan pendidikan, tarikan alam semulajadi dan tempat-tempat menarik.

Bercuti di Wet World Pedas Hot Springs

Malaysia sangat terkenal dengan tempat pelancongan yang menarik. Antara yang sering menjadi tumpuan pelancong ialah Wet World Pedas Hot Springs, yang terletak di Pedas, Negeri Sembilan. Untuk mereka yang masih lagi mencari destinasi percutian untuk keluarga, tapi dengan bajet yang sederhana boleh memilih taman tema ini sebagai tempat percutian anda bersama keluarga. Bawa anak-anak anda bercuti sekali-sekala pasti meninggalkan memori yang indah dalam hidup. Mari kita lihat apa yang menarik di Wet World Pedas Hot Springs.

Tempat menarik di Port Dickson untuk percutian keluarga

Port Dickson, Negeri Sembilan ialah destinasi pelancongan yang telah lama terkenal di Malaysia. Ia adalah sebuah kawasan pantai yang cantik dan telah dibangunkan dengan berbagai kemudahan pelancongan seperti resort dan aktiviti menarik. Selain pantai, terdapat beberapa tempat pelancongan lain berhampiran kawasan ini yang menarik untuk dilawati. Percutian Bajet telah menyusun semua aktiviti yang ada dan senarai tempat menarik di Port Dickson sebagai panduan pengunjung yang ingin bercuti ke sini.

Senarai hotel di Negeri Sembilan yang mendapat sijil halal

Negeri Sembilan adalah antara destinasi pelancongan yang agak popular. Lokasi yang menjadi tumpuan pelancong ialah Port Dickson dan Seremban. Bagi anda yang ingin bercuti ke Negeri Sembilan dan mencari tempat penginapan, dibawah adalah senarai hotel yang mendapat pengesahan Sijil Halal Jakim:

ADMIRAL MARINA BERHAD (HOTEL)
Batu 5½, Jalan Pantai,
Si Rusa,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

BAYU BEACH RESORT SDN. BHD
4 ½ Miles, Jalan Pantai,
71050 Port Dickson
Negeri Sembilan

Tags

Klana Resort Seremban

Klana Resort Seremban ialah sebuah resort moden yang dihiasi lanskap menarik serta kehijauan pepohonan yang pasti memikat hati sesiapa sahaja. Resort ini menawarkan berbagai jenis bilik penginapan yang selesa untuk pelancong. Terdapat berbagai fasiliti menjadikan resort ini lokasi sesuai bukan saja untuk percutian keluarga malah seminar, mesyuarat dan lain-lain juga boleh diadakan. Sebagai ahli Allson International Hotels and Resorts Group, Klana Resort Seremban ynag bertaraf 3 bintang pasti menjanjikan perkhidmatan dan layanan terbaik untuk pengunjungnya.

Tags

Bayu Beach Resort Port Dickson

Bayu Beach Resort ialah hotel menarik yang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Tarikan utama yang menyebabkan pelancong memilih resort ini ialah keranan kedudukannya yang betul-betul ditepi pantai, dimana pengunjung boleh menikmati panorama laut yang membiru dari balkoni bilik penginapan mereka. Selain itu, Bayu beach Resort juga memiliki kawasan pantai yang cantik dan berpasir bersih. Pengunjung boleh mandi-manda, berjalan-jalan ditepi pantai atau bersantai membaca novel sambil dibelai bayu laut.

Tags

Tempat menarik di Negeri Sembilan

Tempat menarik Negeri Sembilan

Banyak tempat-tempat menarik di Negeri Sembilan boleh dilawati jika anda bercuti ke negeri ini. Ada pantai, agro-tourism, sejarah dan warisan, tempat membeli-belah, alam semulajadi serta bermacam-macam lagi. Destinasi pelancongan yang paling terkenal ialah Port Dickson yang menawarkan pecutian pantai dan berbagai tarikan lain. Jika anda berminat dengan kebudayaan, negeri ini cukup terkenal dengan budaya Minangkabau dan adat Perpatih. Banyak program homestay dimana pelancong boleh merasai pengalaman aktiviti harian, adat-resam dan cara hidup masyarakat tempatan disediakan.