Kuala Lumpur

Tempat menarik di Kuala Lumpur yang boleh dilawati untuk panduan pengunjung. Banyak lokasi yang memerlukan pengunjung membayar harga tiket namun tidak kurang juga yang percuma. Sebagai destinasi pelancongan bandar, berbagai tarikan ada disini sesuai untuk pelbagai lapisan umur.

Tempat menarik mengikut negeri, lihat Tempat Menarik.

Percutian keluarga di Desa Water Park

Desa Water Park ialah taman tema air popular yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur. Ia dibina dikawasan seluas 12.6 ekar dan dikelilingi oleh tasik seluas 50 ekar. Berbagai aktiviti menarik terdapat disini seperti gelongsor air yang mengujakan, gelongsor tiub dan berbagai permainan menarik lain. Bagi anda yang belum pernah mengunjungi Desa Water Park, Percutian Bajet ingin berkongsi apa yang menarik menanti anda disana.