Kota Bharu

Destinasi pelancongan, aktiviti dan tempat menarik di Kota Bharu termasuk tempat membeli-belah, kebudayaan, sejarah dan warisan, pantai, taman rekreasi serta destinasi popular yang boleh dilawati. Ibu negeri Kelantan ini sering menjadi pilihan pelancong untuk bercuti bersama keluarga, malah turut menjadi destinasi rombongan melancong.

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah

Pasar Siti Khadijah ialah salah satu tarikan pelancongan popular di Kelantan. Ia adalah kompleks perniagaan yang mengumpulkan berbagai barangan tempatan seperti pakaian, kain batik, kain pasang, makanan, barangan dapur, aksesori dan bermacam-macam lagi. Bangunan besar setinggi tiga tingkat ini mempunyai berpuluh buah kedai yang kebanyakannya menjual barangan yang sama.

Nota: Lihat senarai lengkap Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati.

Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Jika anda bercuti di Kota Bharu, jangan lupa untuk ke Wakaf Che Yeh. Ia adalah pasar malam yang besar dan meriah. Dibuka dari jam 8 malam hingga 2 pagi, ia adalah tempat menarik yang mesti dikunjungi di waktu malam. Anda boleh membeli-belah barangan tempatan seperti kain batik dan kain pasang atau berbagai barangan dari Thailand yang dijual dengan harga yang murah.

Tidak seperti kebanyakan pasar malam biasa yang dibuka secara mingguan, Wakaf Che Yeh dibuka setiap hari. Ia menjadi salah satu tarikan pelancongan yang terkenal di negeri Kelantan.

Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan

Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Bandar paling banyak lokasi pelancongan untuk dilawati di Kelantan ialah ibu negerinya iaitu Kota Bharu. Ada tempat-tempat bersejarah, beberapa lokasi membeli-belah yang menarik, kemudahan penginapan dan kedai makan yang banyak menjadikan bandar ini destinasi pilihan setiap kali tiba musim cuti sekolah. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi beberapa tempat menarik di Kota Bharu yang cukup popular dikalangan pelancong sebagai panduan anda.