Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan

Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan ialah antara destinasi percutian ecotourism yang paling menarik di Malaysia. Terkenal dengan Aite terjun Jelawang yang sangat tinggi, Taman Negeri ini sebenarnya mempunyai berbagai tarikan lain. Ia kaya dengan flora dan fauna termasuk bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia. Selain itu beberapa spesis binatang liar juga boleh terdapat dikawasan ini seperti Gajah Asia, seladang, harimau Malaya, kambing gurun, burung enggang, tapir dan pelbagai hidupan liar eksotik lain.

Untuk melihat lokasi menarik lain untuk bercuti, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Kelantan.

Panorama menarik dari puncak Gunung Stong.

Bagi anda yang merancang untuk bercuti di Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan, kali ini Percutian Bajet berkongsi maklumat ringkas mengenai tempat menarik ini sebagai panduan. Semoga maklumat ini dapat membantu anda merancang perjalanan dan aktiviti yang akan dilakukan.

Lokasi

Hutan Lipur Gunung Stong telah diwartakan sebagai Taman Negeri di Kelantan. Ia terletak di daerah Dabong dalam Jajahan Kuala Krai. Taman Negeri ini meliputi pinggir Banjaran Titiwangsa bersebelahan dengan Taman Negeri Royal Belum.

Taman Negeri Gunung Stong Kelantan.

Alamat:
Taman Negeri Gunung Stong
Dabong,
18200 Kuala Krai,
Kelantan

Hubungi:
Pejabat Hutan Jajahan,
Kelantan Barat,
17500 Tanah Merah,
Kelantan

Tel. : 609-9556 055
Faks : 609-9552 842

Tempat menarik

Beberapa tempat menarik di Taman Negeri Gunung Stong yang boleh dilawati selain dari kawasan hutan lipur. Antara yang popular dikalangan pelancong dalam dan luar negara ialah:

  • Air terjun Jelawang yang merupakan salah satu air terjun tertinggi di Asia Tenggara. Ia mempunyai 7 tingkat yang boleh dikunjungi.
  • Air Terjun Kolam Permaisuri.
  • Telaga Tujuh Puteri.
  • Gunung Ayam merupakan puncak tertinggi disini iaitu mencecah 1,504m. Ia adalah lokasi menarik untuk melihat matahari naik dan matahari terbenam.
  • Gunung Stong - Ketinggian Gunung Stong ialah 1420m.
  • Bogo Rock Shelter - Gua Batu Kapur yang berusia lebih 225 juta tahun di Dabong yang menjadi habitat beberapa spesis kelawar dan flora.

Air terjun Gunung Stong.

Aktiviti menarik

Beberapa aktiviti menarik boleh dilakukan di kawasan Hutan Lipur dan Taman Negeri Gunung Stong. Antaranya ialah:

  • Berkelah.
  • Mandi air terjun dan mendaki ke puncak air terjun.
  • Merentas hutan.
  • Mendaki gunung - Beberapa buah gunung yang terdapat di Taman Negeri Gunung Stong sering menjadi pilihan para pendaki. Antara puncak yang popular selain dari Gunung Stong ialah Gunung Ayam, Gunung Tera 1555m, Gunung Saji 1248m, Gunung Kob 1240m, Gunung Baha 1450m, Gunung Beirut 1380m, Gunung Nyelit 1345m dan Gunung Che Tahir 1430m.
  • Meneroka gua - Gua Keris, Gua Gelap, Gua Pagar dan Gua Ikan,
  • Memerhati berbagai spesis binatang seperti monyet, gajah Asia, sapi liar, burung kuau raja, macan Malaysia, kambing hutan dan tapir.
  • Melihat panorama indah dari puncak air terjun.
  • Melihat berbagai spesis serangga.
  • Melihat berbagai jenis halia, buluh dan pokok periuk kera gergasi.

Pemandangan menarik dari Gunung Stong.

Tempat penginapan

Tempat penginapan turut disediakan untuk pelancong yang ingin bercuti di Hutan Lipur Gunung Stong. Gunung Stong State Park Resort mempunyai 12 buah chalet menarik yang diperbuat dari kayu. Juga terdapat bilik penginapan atau dorm yang boleh memuatkan sehingga 160 orang tetamu pada satu masa.

Kemudahan yang disediakan pula ialah dewan seminar, cafe, restoran, tandas awam, surau, jambatan gantung.

Gunung Stong State Park Resort.

Tapak perkhemahan turut disediakan untuk pengunjung. Ia dapat menampung sihingga 20-30 buah khemah. Kawasannya rata dan selamat. Kemudahan tandas juga disediakan disini.

Nota: Lihat senarai lengkap Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati.

Hutan Lipur Gunung Stong Kelantan adalah satu lokasi pelancongan alam semulajadi yang sangat menarik. Berbagai lokasi boleh dilawati. Disini juga terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi mengisi ruang percutian. Apa yang pasti, suasana yang tenang disini pasti membuatkan pengunjung lupa akan masalah kerja atau kesibukan di kota. Keheningan hutan yang menghijau dengan udara yang bersih cukup menyegarkan. Meneroka Taman Negeri Gunung Stong Kelantan akan menjadi satu kenangan terindah dalam hidup anda.

Lokasi