Tempat menarik sekitar Pasar Kemboja Pendang

Diluar kesesakan Pasar Kemboja Pendang terdapat beberapa tempat menarik yang boleh anda kunjungi. Disini kami senaraikan tempat-tempat tersebut berserta gambar-gambar menarik untuk anda. Jangan lupa untuk mengunjungi tempat ini jika anda merancang untuk ke Pasar Kemboja Pendang.

Nota: Untuk melihat tempat-tempat menarik lain di Kedah, sila lawati halaman Senarai tempat menarik untuk percutian di Kedah.

Pekan Nat Pendang

Terletak di perkarangan Stesen Bas Pendang. Ia adalah pasar pagi yang menjual berbagai barangan keperluan, makanan, sayur-sayuran, buah-buahan dan lain-lain.

Buah mempelam yang dijual dalam pasar pekan nat Pendang

Keterangan gambar: Gerai buah yang menjual berbagai jenis mempelam (mangga) di Pekan Nat Pendang.

Suasana dalam Pekan Nat Pendang

Keterangan gambar: Orang-ramai berpusu-pusu membeli-belah didalam Pekan Nat Pendang.

Buah durian yang dijual dalam Pekan Nat Pendang

Keterangan gambar: Apabila tiba musim buah-buahan, durian turut dijual disini.

Gerai buah-buahan tempatan di Pekan Nat Pendang.

Keterangan gambar: Gerai buah-buahan tempatan di Pekan Nat Pendang.

Pelbagai jenis ulam ulaman turut dijual dalam Pekan Nat Pendang

Keterangan gambar: Pelbagai jenis sayur-sayuran dan ulam-ulaman dijual di pekan nat ini.

Sayuran dan ulaman kampung di Pekan Nat Pendang.

Masjid Pendang

Masjid ini terletak berhampiran Pasar Kemboja. Jika anda terlewat tiba ke Pasar Kemboja ataupun membeli-belah hingga tengahari, anda boleh solat Jumaat di masjid ini.

Masjid Pekan Pendang

Keterangan gambar: Masjid Pendang yang terletak diseberang sungai berhampiran Pasar Kemboja Pendang.

Tempat Makan

Terdapat banyak kedai makan seperti gerai dan restoran di pekan Pendang. Ada makanan melayu, nasi berlauk, ikan bakar, bihun sup, laksa, restoran nasi kandar, makanan segera seperti KFC dan lain-lain.

Gerai makanan dan minuman di sekitar Pasar Kemboja Pendang.

Keterangan gambar: Gerai minuman di sekitar Pasar Kemboja Pendang.

Gerai ikan bakar di sekitar Pasar Kemboja Pendang.

Keterangan gambar: Gerai makanan di sekitar pekan Pendang.

Gerai makan dalam Pekan Nat Pendang

Pendang Lake Resort

Terletak dibelakang Pasar Kemboja Pendang. Terdapat banyak chalet yang boleh disewa jika anda datang dari luar Kedah. Terdapat tasik yang luas dan cantik didalam resort Pendang Lake Resort.

Untuk melihat apa yang ada didalam Pasar Kemboja Pendang dan gambar-gambar menarik, sila baca artikel Membeli-belah di Pasar Kemboja Pendang.

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.