Tempat menarik di Kulim

Dalam sektor pelancongan, tempat menarik di Kulim yang paling popular ialah Tree Top Walk Sungai Sedim yang memperkenalkan laluan kanopi terpanjang di dunia serta aktiviti white water rafting yang sangat menyeronokkan. Jika anda merancang untuk bercuti disini, beberapa destinasi pelancongan lain boleh dikunjungi.

Bandar Kulim ialah bandar terbesar di daerah ini. Agak banyak hotel dan homestay menarik yang boleh dijadikan pilihan tempat penginapan. Untuk memenuhi masa percutian, anda boleh melawat tempat menarik yang disenaraikan dibawah.

Taman Burung Kulim

Taman Burung Kulim terletak di bandar Kulim. Disini terdapat beberapa spesis burung yang jinak dan beberapa jenis haiwan lain seperti itik, arnab, kura-kura dan ikan. Ia adalah destinasi sesuai untuk anda membawa anak-anak melawat. Aktiviti memberi makan dan bermain dengan burung serta haiwan lain yang ada disini dapat memupuk perasaan kasih-sayang dalam diri mereka.

Tempat ini tidaklah besar seperti Taman Burung Pulau Pinang. Burung-burung juga tidak sebanyak itu. Namun ia memadai untuk membawa anak-anak bersiar-siar dan menggembirakan hati mereka. Lagipun harga yang dikenakan adalah murah.

Taman Burung

Alamat:
Taman Burung Kulim
60, Jalan Tunku Bendahara,
09000 Kulim,
Kedah

Hubungi:
Tel : 014-632 9985
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk.
Dewasa : RM5
Kanak-kanak : RM3

Waktu operasi:

Selasa - Ahad : 10.00 am - 6.00 pm
Isnin : Tutup

Merdeka Clock Tower

Merdeka Clock Tower atau Menara Jam Merdeka Kulim adalah mercu tanda menarik yang terletak di pusat bandar Kulim. Menara jam ini dirasmikan pada 15 September 1957 oleh DYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Hamid. Dikawasan menara ini terdapat dataran yang agak luas untuk pengunjung bersiar-siar, bersantai dan untuk kanak-kanak bermain. Anda boleh berkunjung kesini pada bila-bila masa, pagi, petang atau malam.

Jam Besar Kulim

Alamat:
Menara Jam Merdeka
Bandar Kulim,
09000 Kulim,
Kedah

Hubungi:
Tel: -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : Tiada had waktu

Tree Top Walk Sungai Sedim

Tree Top Walk Sungai Sedim ialah tempat menarik di Kulim yang sangat terkenal. Ia adalah destinasi pelancongan alam semulajadi yang cukup mengagumkan. Terdapat laluan kanopi Tree Top Walk sepanjang 925 meter merentasi Hutan Simpan Gunung Inas membolehkan pengunjung melihat pemandangan hutan semulajadi ini dari atas. Walaupun laluan kanopi ini hanya dipinggir hutan, namun berbagai unggas, burung-burung, flora dan fauna dapat dilihat jika anda datang pada awal pagi.

Disini juga terdapat sungai arus deras yang sesuai untuk aktiviti white water rafting, berkayak dan tubing. Pengunjung yang berminat melakukan aktiviti ini perlu membawa pakaian yang sesuai. Selain itu, berbagai aktiviti outdoor lain turut disediakan untuk pengunjung. Chalet, hostel dan tapak perkhemahan disediakan untuk pengunjung yang ingin bermalam disini.

Lihat artikel: Tree top walk Sungai Sedim, Kulim.

Laluan Kanopi Tree Top Walk Sungai Sedim, Kedah.

Alamat:
Tree Top Walk Sungai Sedim
Kampung Sedim,
09700 Karangan,
Kedah

Hubungi:
Tel : 04 4901588
SMS/Whatsapp : 019 4501588
Fax : 04 4919588
Email : hello@treetopwalk.com.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk Tree Top Walk
Dewasa : RM10
Kanak-kanak : RM6

Waktu operasi:

Setiap hari : 8.00 am - 6.00 pm

Air terjun Junjong

Air terjun Junjong atau Lata Junjong ialah tempat perkelahan popular di Kulim. Ia terletak lebih-kurang 16KM dari pusat bandar. Air terjun ini mempunyai kolam mandi yang sesuai untuk kanak-kanak kerana airnya cetek. Anda boleh meneroka lebih atas untuk melihat air terjun semulajadi yang agak cantik.

Kawasan air terjun ini akan dipenuhi pengunjung pada hari cuti umum. Suasana yang nyaman dikawasan hutan semulajadi cukup mendamaikan. Tempat ini dijaga dengan baik dan bersih. Kemudahan gerai makanan, surau dan tandas disediakan.

Air terjun Junjong

Alamat:
Air terjun Junjong
Jalan Ayer Puteh,
09000 Kulim,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma.
Kanak-kanak : Percuma.

Bayaran letak kereta RM2 dikenakan.

Hutan Lipur Ulu Paip

Hutan Lipur Ulu Paip ialah kawasan rekreasi yang boleh dikunjungi jika anda gemarkan suasana alam semulajadi. Terdapat sungai yang mengalir perlahan dan air yang cetek sesuai untuk kanak-kanak mandi. Anda juga akan merasa lebih selamat melepaskan anak-anak mandi. Kawasan ini walau bagaimanapun agak terbiar dan banyak fasiliti yang sudah rosak.

Hutan Lipur Ulu Paip Kulim

Jika hendak dibandingkan, Lata Junjong lebih menarik kerana ada air terjun dan lebih terjaga. Jika sekadar ingin berkelah atau bersantai dikawasan taman rekreasi alam semulajadi bersama keluarga, anda boleh kesini. Namun jika ingin melihat air terjun yang benar-benar cantik, anda perlu ke Lata Bayu di Baling.

Alamat:
Hutan Lipur Ulu Paip
Jalan Kulim-Mahang,
09700 Karangan,
Kedah

Hubungi:
Tel : -
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Taman MBI Desaku

Tempat menarik di Kulim ini sangat sesuai untuk anda membawa anak-anak melawat. Taman MBI Desaku terletak di Taman Desa Aman, Padang Meha. Jaraknya lebih-kurang 20KM dari pusat bandar. Pada waktu siang anda dapat melihat keindahan lanskap taman ini manakala pada waktu malam pula ia dihiasi lampu berwarna-warni yang cukup mempersonakan.

Taman Mbi Desaku Kulim

Jika bercuti di Kulim, anda boleh membawa keluarga kesini sebagai aktiviti menarik diwaktu malam. Jika anda ingin berkunjung pada waktu siang, datang pada awal pagi atau lewat petang kerana cuaca panas.

Taman MBI Desaku mempunyai homestay jika anda ingin meluangkan masa bercuti disini. Jika berminat anda boleh telefon atau emel untuk membuat tempahan. Jangan lupa melihat halaman FB mereka kerana acara menarik kerap dianjurkan disini.

Alamat:
MBI Desaku
No 6, Jalan MBI Desaku 1/1,
Taman MBI Desaku,
09000 Kulim
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 011-5106 1333
Email : rsvn@desakuhomestay.com Homestay MBI Desaku
Facebook : MBI Desaku Homestay

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 7.00 am - 12.00 am

Taman Tasik Putra Kulim

Taman Tasik Putra ialah taman rekreasi yang terletak di bandar Kulim. Disini terdapat tasik yang luas, trek jogging serta pelbagai peralatan sukan 'outdoor gym' dan 'physical fitness'. Kemudahan asas seperti tandas, wakaf untuk berehat dan tempat letak kereta disediakan. Disini juga terdapat medan selera untuk pengunjung menjamu selera atau melepaskan dahaga setelah beriadah.

Mungkin tidak ramai melakukannya tetapi beriadah adalah aktiviti yang menarik dilakukan semasa bercuti. Berjogging santai di taman rekreasi atau taman botani cukup menyeronokkan. Anda tidak akan berasa letih malah akan lebih segar untuk melakukan aktiviti diwaktu malam.

Di Taman Tasik Putra Kulim juga terdapat beberapa aktiviti yang boleh dilakukan seperti memancing dan berkayak.

Taman Tasik Putra, Kulim.

Alamat:
Taman Tasik Putra
Bandar Kulim,
09000 Kulim,
Kedah

Hubungi:
Tel : 04-4325 225 MPKK
Fax: 04-4325 229 MPKK
Email : info@mpkk.gov.my

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Kulim Central

Salah satu perkara yang sering terjadi semasa bercuti ialah anda tidak tahu hendak kemana. Pilihan terakhir ialah ke kompleks membeli-belah kerana beberapa tarikan seperti bowling, cinema dan restoran. Jika di Kulim, tempat membeli-belah terbesar ialah Kulim Central.

Disini ada dua pasaraya iaitu Giant dan The Store. Untuk bergembira, terdapat bowling dan cinema. Restoran Hussain Nasi Kandar, Domino's, Pizza Hut, Ayam Penyet dan lain-lain boleh dijadikan tempat makan malam.

Kulim Central

Alamat:
Kulim Central
1, Jalan Klc 1,
Kulim Landmark Central,
09000 Kulim,
Kedah

Hubungi:
Tel Pejabat : 04-281 7484
Email : -

Harga tiket:
Harga tiket / Bayaran masuk
Dewasa : Percuma / Tidak perlu tiket
Kanak-kanak : Percuma / Tidak perlu tiket

Waktu operasi:

Setiap hari : 10.00 am - 10.00 pm

Gunung Bongsu

Gunung Bongsu yang berketinggian 658 meter ini merupakan salah satu tarikan pelancongan yang ada di daerah Kulim. Trek pendakian yang agak mencabar dan pemandangan menarik yang dapat disaksikan dari puncak sangat mengagumkan. Disini juga terdapat kesan sejarah peninggalan komunis yang menghuni gunung ini pada masa dahulu. Selain itu, terdapat sungai yang berliku dan berjeram yang sangat menarik boleh dilihat semasa mendaki.

Gunung Bintang

Puncak gunung setinggi 1,862 meter ini menjadi sempadan 4 daerah iaitu daerah Kulim dan daerah Baling serta daerah Ulu Perak dan daerah Selama, Perak. Laluan pendakiannya sangat mencabar dan pasti memberi kepuasan kepada para peminatnya. Tempat pelancongan alam semulajadi ini cukup kaya dengan flora dan fauna. Terdapat jeram, air terjun dan gua yang boleh dijelajahi pengunjung semasa mendaki Gunung Bintang.

Pemandangan dari puncak Gunung Bintang, Kulim.

Kesimpulan

Kulim adalah antara bandar yang pesat membangun di Kedah. Segala kemudahan pelancongan terdapat disini. Untuk penginapan, ada banyak hotel, homestay dan rumah rehat. Bagi pengangkutan pula, ada bas, teksi dan Grab yang boleh membawa anda ke mana-mana destinasi menarik.

Tempat-tempat menarik di Kulim ini adalah antara destinasi yang sering menjadi tumpuan orang-ramai pada hujung minggu dan cuti umum. Jadi anda perlu bersedia dengan masalah kesesakan, tempat letak kereta dan sebagainya jika berkunjung pada waktu ini.

Jika anda suka merasai kelazatan makanan tempatan, Kulim mempunyai banyak restoran yang terkenal seperti Nasi Ayam Periuk Besar, Nasi Kandar Yasmeen, Angah Nasi Ayam Hainan dan lain-lain.

Lihat semua Tempat menarik di Kedah mengikut daerah

Tarikan pelancongan lain

Jangan datang ke Kedah sebelum baca semua artikel dibawah.

  1. Tempat menarik: Top 10 tempat menarik di Kedah
  2. Tempat membeli-belah: Top 10 tempat membeli-belah di Kedah
  3. Aktiviti menarik: Top 10 aktiviti menarik di Kedah
  4. Terokai semua: Kedah - Tempat menarik, aktiviti dan percutian
Lokasi