Penginapan menarik di The Cabin Langkawi

The Cabin Langkawi adalah sebuah resort menarik di pulau peranginan Langkawi, Kedah. Uniknya, bilik penginapan di sini menggunakan kontena yang dihias menarik untuk pengunjung. Lanskapnya ringkas dengan pokok-pokok bunga disepanjang lorong pejalan kaki dan pokok kelapa disekitar laman yang bersih.

Resort bajet The Cabin Langkawi.

Lokasi

The Cabin Langkawi terletak di lokasi popular di Langkawi iaitu Pantai Cenang. Bersebelahan dengan Underwater World Langkawi, ia adalah tempat penginapan strategik bagi keluarga, pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin bercuti di pulau lagenda ini. Untuk pertanyaan, tempahan atau maklumat lanjut, anda boleh menghubungi:

Alamat:

The Cabin Langkawi
Jalan Pantai Chenang,
07000 Langkawi,
Kedah Darul Aman.

Hubungi:

reservation@thecabin.com.my
Tel : +60 12-417 8499

Penginapan

Mula beroperasi pada 2009, resort ini telah menyediakan 10 bilik penginapan pada ketika itu. Berikutan sambutan yang sangat memberangsangkan daripada pelancong terutama ketika pameran LIMA Langkawi, maka pada 2011 sebanyak 10 bilik lagi telah ditambah menjadikan jumlah 20 buah bilik hingga hari ini. Harga bilik bermula dari RM160 untuk satu malam tanpa sarapan. Antara fasiliti yang disediakan dalam setiap bilik penginapan ialah:

  • Katil king atau super single.
  • Bilik berhawa dingin.
  • Bilik mandian air panas.
  • TV dilengkapi Astro.
  • Balkoni.
  • Wifi percuma.
  • Cerek elektrik.
  • Peti air mini.

Bilik penginapan menarik di The Cabin Langkawi.

Bilik penginapan yang disediakan adalah seperti Twin Sharing, Triple Sharing dan Quad Sharing. Harga yang ditawarkan untuk penginapan di The Cabin Langkawi yang dinyatakan diatas belum termasuk cukai. Harga adalah berbeza pada hari minggu, musim cuti persekolahan dan cuti umum. Masa check-in ialah pada pukul 2.00 petang dan check-out pada pukul 12.00 tengahari.

Makanan

The Cabin Langkawi turut menawarkan hidangan makanan kepada pengunjung yang ingin bersarapan. Bagi pengunjung yang ingin menjamu selera diluar, banyak tempat makan yang ada disekitar Pantai Cenang yang boleh dikunjungi.

Laman The Cabin Langkawi resort.

Aktiviti menarik

The Cabin Langkawi turut menyediakan pakej untuk honeymoon, birthday dan lain-lain. Pengunjung yang berminat boleh menghubungi resort dengan alamat yang tertera diatas. Bagi aktiviti menarik lain yang boleh dilakukan, sila lihat maklumat lanjut di Senarai tempat menarik untuk bercuti di Langkawi.

Lokasi