RnR Homestay, Langkawi

Mencari homestay yang murah dan bajet di Langkawi untuk keluarga yang besar dan ramai? RnR Homestay sangat sesuai untuk dikediami oleh keluarga yang besar. Rumah yang sangat luas dan cantik dapat memuatkan sehingga 12 orang tetamu pada satu masa. Perabot yang disusun rapi dengan kelengkapan bilik tidur yang selesa menjadikan RnR Homestay sebagai pilihan utama para pengunjung ke Langkawi.

Lokasi berdekatan

Tempat yang strategik menjadi tarikan utama RnR Homestay kerana berdekatan dengan:

  • Jeti Kuah.
  • Pantai Cenang
  • Langkawi International Airport.
  • Cable Car.
  • Makan Mahsuri.

Kemudahan

Pelbagai kemudahan yang disediakan di RnR Homestay ini untuk keselesaan pengunjung ke sana. Antara kemudahan yang disediakan ialah:

  • Penginapan - 2 bilik tidur yang besar dan mempunyai 12 katil dan dilengkapi dengan penghawa dingin untuk setiap bilik.
  • Ruang tamu - Ruang tamu yang selesa turut dilengkapi dengan kelengkapan TV dan astro.
  • Bilik mandi - Terdapat 5 bilik mandi yang disediakan untuk keselesaan para tetamu.
  • Dapur - Kelengkapan dapur yang lengkap turut disediakan untuk kemudahan pengunjung.
  • Kereta dan Van sewa - RnR Homestay menyediakan perkhidmatan kereta dan van untuk disewa bagi memudahkan para pengunjung berjalan di sekitar Pulau Langkawi.
  • Katering - Perkhidmatan katering akan disediakan mengikut permintaan tetamu.

Aktiviti

Untuk tetamu yang berminat dengan aktiviti island hopping, di RnR Homestay menyediakan pakej island hopping. Aktiviti ini akan dilakukan pada 2 sesi. Sesi pagi pada jam 9am-2pm manakala sesi petang jam 2pm-6pm. Pengunjung akan dibawa pusing ke tiga buah pulau selama 4 jam.

Harga homestay

Kadar sewa untuk homestay dan van akan berubah mengikut tarikh percutian anda. Asasnya, harga homestay adalah seperti berikut:

  • Harga Normal (Homestay) – RM180 SATU MALAM.
  • Harga pada cuti sekolah – RM230 SATU MALAM.
  • Van – Harga RM 250 SEHARI.

Alamat Homestay

Lot 2215, Jalan Makam Mahsuri,
Bkt. Telok,
Mk.Ulu Melaka,
07000, Langkawi,
Kedah.

Gambar RnR Homestay Langkawi

Berikut ialah gambar-gambar RnR Homestay Langkawi:

Bilik utama, dilengkapi dengan dua buah katil queen

Bilik Utama dengan dua buah katil queen.

Bilik yang luas dan selesa, dilengkapi dengan katil dua tingkat dan single

Bilik kedua dilengkapi dengan double deck dan single bed.

Van 14 seater

Van 14 seater untuk di sewa.

Ruang tamu yang selesa dan disediakan dengan set sofa serta TV

Ruang tamu yang selesa sesuai untuk keluarga berehat dan disediakan TV dan Astro.

Ruang makan yang luas serta dilengkapi dengan kelengkapan dapur lengkap

Ruang makan yang luas dan disediakan dengan set meja makan.

Pemandangan dari luar homestay RnR Langkawi

Pemandangan dari luar homestay.

Pemandangan dari atas homestay RnR

Melihat pemandangan yang cantik dari atas homestay.

Rumah yang kemas dan dipasang pagar untuk keselamatan tetamu

Rumah yang kemas dan dilengkapi dengan pagar untuk keselamatan tetamu.

Bagi anda yang ingin bercuti ke Langkawi beramai-ramai bersama ahli keluarga, RnR Homestay Langkawi adalah penginapan yang paling sesuai dan menjimatkan. Dengan pakej penginapan, makanan dan kenderaan yang disediakan, anda cuma perlu merancang aktiviti percutian sahaja. Jika anda berminat untuk menyewa RnR Homestay boleh hubungi Nazihah di 019-5680780 (9am - 6pm).

Tags
Lokasi