Bagaimana hendak bercuti dengan membawa kenderaan sendiri ke pulau Langkawi

Langkawi adalah pulau pelancongan yang sentiasa menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Ia adalah sebuah pulau bebas cukai yang terletak di negeri Kedah. Untuk ke pulau Langkawi, terdapat dua buah jeti yang menyediakan pengangkutan feri iaitu di Kuala Kedah dan juga Kuala Perlis. Pelancong juga boleh menggunakan pengangkutan udara dan menempah tiket kapal terbang kerana terdapat lapangan terbang di Langkawi.

Bercuti di Langkawi memang menyeronokkan. Terdapat berbagai tempat menarik dan aktiviti pelancongan yang boleh dilakukan. Langkawi juga mempunyai jalinan jalanraya yang baik menghubungkan satu tempat ke tempat lain di dalam pulau tersebut. Bagi kemudahan pengunjung untuk bergerak kesana-sini melawat tempat-tempat menarik di Langkawi, terdapat banyak syarikat sewa kereta pandu yang menyediakan perkhidmatan tersebut disana. Namun ramai yang tidak mengetahui bahawa mereka boleh membawa kenderaan sendiri ke pulau ini.

Feri membawa kenderaan ke Langkawi.

Dari Kuala Perlis

Terdapat beberapa syarikat pengangkutan yang menyediakan perkhidmatan membawa kenderaan masuk ke Langkawi menggunakan feri. Di Kuala Perlis ada dua syarikat yang menyediakan perkhidmatan ini iaitu:

  1. Langkawi Auto Express (http://langkawiauto.com)
  2. My RORO (http://www.langkawiroro.com/)

Kaunter tiket feri membawa kenderaan ke pulau Langkawi.

Syarikat ini menyediakan perkhidmatan membawa kenderaan dan pemandu serta penumpang ke pulau langkawi. Tempat duduk yang selesa disediakan dan sangat sesuai untuk pengunjung yang membawa keluarga bercuti di langkawi. Syarikat-syarikat ini beroperasi setiap hari. Jadual dan harga boleh di rujuk di laman web syarikat berkenaan.

Feri membawa kenderaan ke langkawi.

Dari Kuala Kedah

Perkhidmatan khas membawa kenderaan ke Pulau Langkawi dari Kuala Kedah dijalankan oleh tiga syarikat iaitu:

  1. Wantas Shipping (Langkawi) Sdn. Bhd.
    04-762 4130, 762 7188 (Kuala Kedah)
    04-9662233 /55 / 66 / 77(Langkawi)

  2. PERTIWI SHIPPING SDN. BHD
    (60) 4-966 4240 (Tanjung Lembung Langkawi)
    (60) 4-762 2202 (Kuala Kedah)

  3. BERSATU SHIPPING
    (60) 4-966 0060 / 2053 (Tanjung Lembung langkawi)
    (60) 4-762 1141 / 2127 (Kuala Kedah)
Pelabuhan di Langkawi.

Tidak seperti di Kuala Perlis, perkhdimatan secara kargo disediakan disini. Hanya kenderaan sahaja boleh dihantar ke Langkawi, manakala pemandu dan penumpang perlu menaiki feri penumpang untuk ke sana. Kenderaan yang dihantar menggunakan kargo mengambil masa satu hari untuk tiba di Langkawi. Contohnya, jika anda menghantar kenderan pagi ini, keesokkan harinya barulah anda boleh mengambil kenderaan anda. Maklumat lengkap boleh didapati dengan menghubungi syarikat berkenaan melalui nombor telefon yang sediakan.

Tags
Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.