Pasar Karat JB

Salah satu tempat menarik di Johor Bahru waktu malam yang mesti dikunjungi ialah Pasar Karat JB. Ia adalah bazar yang menjual pelbagai barangan dan cukup meriah. Kebanyakan gerai yang ada menjual pakaian termasuk t-shirt design sendiri, jersi dan seluar sukan serta koleksi bundle yang menarik. Selain itu terdapat gerai yang menjual kasut dan sandal, wangian dan perfume serta berbagai aksesori telefon. Malah disini juga terdapat persembahan artis jalanan yang cukup berbakat menyanyikan berbagai lagu popular berbagai genre.

Lihat tempat menarik lain: Tempat menarik di Johor Bahru.

Gerbang Pasar Karat JB

Lokasi Pasar Karat JB

Pasar Karat JB terletak di Jalan Segget di pusat bandar Johor Bahru. Mungkin sebab itu bazar malam ini sering dipanggil Segget sahaja oleh orang tempatan. Gerai-gerai jualan terdapat disepanjang Jalan Segget dan Jalan Dhoby. Anda boleh meletak kenderaan ditepi jalan berhampiran kawasan ini. Lihat lokasi di peta dibawah.

Alamat / Lokasi:
Pasar Karat
26-20, Jalan Segget,
Bandar Johor Bahru,
80000 Johor Bahru,
Johor

Peta Pasar Karat JB

Peta Pasar Karat JB

Waktu operasi Pasar Karat JB

Pasar Karat JB dibuka setiap hari. Jadi anda tidak perlu risau bila merancang percutian ke Johor Bahru. Waktu operasi Pasar Karat JB ialah seperti berikut:

Isnin – Jumaat: 6 petang - 12 malam.
Sabtu – Ahad: 7 petang - 2 pagi.

Pemuzik jalanan

Pemuzik jalanan yang menghiburkan pengunjung Pasar karat JB. Lokasi mereka membuat persembahan ialah di dataran berhampiran CIMB Bank. Jangan lupa untuk ke sini kerana mereka ini cukup berbakat. Anda pasti terhibur.

Pintu masuk ke Pasar Karat.

Suasana berhampiran pintu masuk Pasar Karat.

Pasar Karat Johor Bahru

Kelihatan gerai-gerai disepanjang jalan yang menjual pelbagai barangan.

Suasana dalam Pasar Karat

Suasana dalam Pasar Karat Johor Bahru yang cukup meriah. Orang-ramai datang dari merata-rata tempat termasuk dari negara jiran Singapura.

Baju bundle

Bagi peminat bundle, baju, seluar dan kasut menarik serta "rare" boleh didapati di Bazar Karat Johor Bahru. Harga pun boleh bawa bincang.

Fridge magnet dan keychains

Disini juga terdapat gerai-gerai yang menjual barangan cenderahati untuk kenangan di JB seperti frigde magnet dan keychains. Fridge magnet seperti dalam gambar berharga RM5 satu.

Pasar Karat di Jalan Dhoby

Ini ialah gerai-gerai di Jalan Dhoby. Walaupun agak jauh berjalan hingga ke hujung dan berpatah balik, namun hampir tidak terasa kerana asyik melihat bermacam barangan yang dijual di kiri dan kanan jalan.

Pasar Karat JB atau turut dikenali sebagai Bazar Karat Johor Bahru ini cukup menarik untuk dikunjungi. Barangan yang dijual disini bukanlah semuanya murah, tetapi anda masih boleh tawar-menawar jika ada yang berkenan dihati. Jika tidak ingin membeli-belah sekalipun, anda masih boleh datang menjamu mata melihat bermacam-macam barangan di gerai-gerai sepanjang jalan. Kemeriahan bazar malam yang popular ini pasti menghiburkan dan menceriakan percutian anda..

Lokasi

Add new comment

Restricted HTML

  • Allowed HTML tags: <a href hreflang> <em> <strong> <cite> <blockquote cite> <code> <ul type> <ol start type> <li> <dl> <dt> <dd> <h2 id> <h3 id> <h4 id> <h5 id> <h6 id>
  • Lines and paragraphs break automatically.
  • Web page addresses and email addresses turn into links automatically.
CAPTCHA
This question is for testing whether or not you are a human visitor and to prevent automated spam submissions.