Membeli-belah di Johor Premium Outlets

Johor Premium Outlets atau lebih dikenali sebagai JPO ialah tempat membeli-belah yang mesti dikunjungi jika bercuti ke Johor Bahru. Ia adalah cawangan Premium Outlets yang pertama di Malaysia. Kepada pengunjung yang belum pernah ke sana, Johor Premium Outlets ialah tempat membeli-belah yang menjual berbagai barangan berjenama dari luar negara. Ada juga jenama tempatan yang berkualiti disini tetapi tidak banyak. Susun-atur kedai-kedai di JPO ialah secara deretan dalam bangunan dua tingkat. Berbeza dengan pasaraya dimana semua kedai terletak didalam satu kompleks berhawa dingin. Di JPO, anda akan berjalan dari satu kedai ke kedai lain.

Lihat senarai penuh tempat menarik di Johor Bahru.

Johor Premiun Outlets

Pengenalan Johor Premium Outlets

Dibuka sejak Disember 2011, Johor Premium Outlets sentiasa dikunjungi orang-ramai dari merata-rata termasuk negara jiran, Singapura. Kawasan JPO agak luas. Berjalan dari pintu ke pintu pasti memenatkan. Agak penting bagi anda untuk mengetahui kedudukan kedai berjenama yang ada sebelum ke sana. Sila muat-turun panduan susun-atur kedai yang ada atau brands list disini: JPO Center Map.

Membeli-belah di Johor Premium Outlets

Kenapa anda perlu ke JPO? Ramai yang mengatakan Johor Premium Outlets adalah tempat membeli-belah untuk orang kaya kerana disini hanya terdapat kedai berjenama antarabangsa sahaja. Harga barangan sudah tentu mahal. Memang benar tetapi untungnya sentiasa ada jualan murah di JPO. Potongan harga dari 25% hingga 65% menanti pengunjung. Biasanya barangan yang lama atau off season dijual jauh lebih murah dari tempat lain.

Brands di JPO

Keduanya kerana barangan berkualiti yang dijual disini. Barangan berjenama bukan hanya mahal kerana nama tetapi kualitinya jauh lebih baik. Bak kata peribahasa Kalah membeli, menang memakai. Paling penting sekali, kita tidak tertipu dengan barangan tiruan. Tentu ramai yang pernah membeli barangan berjenama dari pasaraya tetapi kualitinya bagaikan barangan tiruan.

Waktu operasi:
Isnin - Ahad : 10am - 10pm

Lokasi Johor Premium Outlets

Alamat:
Johor Premium Outlets
Jalan Premium Outlets
Indahpura, 81000 Kulai
Johor Darul Takzim

Hubungi:
Tel: +607 661 8888
Fax: +607 661 8810

GPS: 1°36'11"N , 103°37'17"E

Peta Johor Premium Outlets Peta ke Johor Premium Outlets

Kedai berjenama yang ada

Berikut ialah kedai berjenama terkenal yang ada mengikut kategori. Tidak semua jenama disenaraikan. Anda boleh menyemak keseluruhan jenama di JPO Centre Map.

Pakaian sukan

Jika anda ingin membeli pakaian sukan, beberapa kedai pakaian sukan ternama ada di Johor Premium Outlets. Antaranya termasuk:

  • Adidas
  • Nike Factory Store
  • Diadora
  • New Balance Outlet
  • Puma

Deretan kedai di JPO

Fesyen wanita

Banyak kedai berjenama terkenal untuk wanita dari luar negara yang boleh dikunjungi termasuk senarai jenama dibawah:

  • Burberry
  • DKNY
  • Victoria's Secret
  • ELLE
  • Michael Kors

Shopping di JPO

Fesyen lelaki

Jika anda ingin mencari pakaian pejabat atau casual, banyak kedai berjenama popular ada di sini. Antara jenama fesyen untuk lelaki ialah:

  • Armani Exchange
  • Calvin Klein
  • Gucci
  • Guess
  • Guy Laroche

Kedai-kedai di JPO di Johor Bahru

Pakaian kanak-kanak

Johor Premium Outlets tidak melupakan kanak-kanak. Antara kedai barangan kanak-kanak yang ada ialah:

  • Poney Outlet
  • Polo Ralph Lauren Children
  • Cotton On Kids
  • Animation World
  • Anakku

Beg tangan, beg pakaian dan barangan kulit

Antara kedai yang paling banyak di JPO ialah yang menjual barangan kulit seperti beg tangan, wallet dan kasut. Berbagai jenama terkenal ada disini termasuk:

  • Bonia
  • Carlo Rino
  • Samsonite Factory Outlet
  • Sembonia
  • Tocco Toscano

Kedai beg tangan

Kedai kasut

Kedai kasut pelbagai jenama boleh didapati di Johor Premium Outlets. Promosi harga rendah juga sering diadakan. Antara jenama kasut yang ada ialah seperti:

  • Clarks
  • Rockport
  • Vincci
  • Hush Puppies
  • Skechers

Perfumes

Beauty Scents menjual berbagai jenama perfume terkenal seperti Benetton, Nina Ricci, Aigner, Azzaro, Paco Rabanne, Guerlain, Anna Sui, Britney Spears, Burberry, Jennifer Lopez, Davidoff, Lanvin, Carolina Herrera, Boucheron, John Galliano, Paul Smith, Jimmy Choo, Calvin Klein, Madonna, Salvatore Ferragamo dan lain-lain lagi.

Chocolate

Chocolat 5D Studio menjual berbagai jenis chocolate berkualiti dari luar negara. Anda boleh mendapatkan chocolate kegemaran untuk dinikmati sendiri atau hadiah untuk orang tersayang.

Kedai chocolate di JPO

Tips

Sesuatu yang tidak dapat diielakkan apabila membeli-belah di Johor Premium Outlets ialah anda membeli barangan yang tidak sepatutnya. Seringkali terjadi pengunjung membeli barang yang tidak perlu, tetapi kerana harga murah barangan yang berjenama mengakibatkan pengunjung rambang mata. Jadi disini ada beberapa tips membeli-belah yang boleh dijadikan panduan.

  1. Senaraikan apa yang ingin anda beli lebih awal. Apabila tiba di JPO, anda bandingkan harga yang termurah.
  2. Sebaiknya anda tentukan terlebih dahulu apa yang ingin anda beli. Contohnya perfume. Tentukan jenis wangian atau brand yang anda suka. Promosi sehingga separuh harga boleh menyebabkan anda terbeli tetapi kemudian menyesal kerana wangian tersebut tidak sesuai dengan selera anda. Begitu juga dengan beg tangan, kasut, pakaian dan lain-lain
  3. Semak potongan harga di laman web rasmi JPO. Kedai yang membuat promosi akan disenaraikan dibahagian "In-store Promotions" di halaman Sales & Events.

Penduduk Johor sangat bertuah kerana dengan adanya Johor Premium Outlets, mereka dapat membeli-belah barangan berkualiti dan asli. Bagi anda yang lain, jika bercuti ke Johor Bahru, jangan lupa singgah. Mengikut perancangan, Genting Premium Outlet juga akan dibuka pada tahun 2016. Apa pendapat anda? Kongsikan pengalaman membeli-belah di Johor Premium Outlets diruangan komen dibawah.

Lokasi