Johor Bahru

Johor Bahru ialah ibu negeri Johor, Ia terletak di hujung semenanjung menghadap Selat Teberau. Bandaraya ini merupakan salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Banyak tempat menarik di Johor Bahru seperti peninggalan sejarah dan warisan, taman rekreasi serta lokasi pelancongan boleh dilawati. Ia juga terkenal dengan taman tema dan tempat membeli-belah.

Pasar Karat JB

Salah satu tempat menarik di Johor Bahru waktu malam yang mesti dikunjungi ialah Pasar Karat JB. Ia adalah bazar yang menjual pelbagai barangan dan cukup meriah. Kebanyakan gerai yang ada menjual pakaian termasuk t-shirt design sendiri, jersi dan seluar sukan serta koleksi bundle yang menarik. Selain itu terdapat gerai yang menjual kasut dan sandal, wangian dan perfume serta berbagai aksesori telefon. Malah disini juga terdapat persembahan artis jalanan yang cukup berbakat menyanyikan berbagai lagu popular berbagai genre.

Harga tiket dan aktiviti menarik di Legoland Johor

Kaunter tiket Legoland Johor

Legoland Malaysia Resort adalah taman tema antarabangsa yang pertama dibuka di Malaysia. Ia juga adalah satu-satunya taman tema Legoland di Asia. Menyediakan berbagai aktiviti menarik, imaginasi dan pembelajaran, ia adalah lokasi percutian riang-ria yang paling sesuai untuk seisi keluarga. Bagi pengunjung yang ingin membawa keluarga bercuti ke sana, Percutian Bajet telah menyediakan maklumat yang perlu anda tahu mengenai Legoland Malaysia Resort atau lebih dikenali dengan Legoland Johor ini sebagai panduan.