Destinasi

Destinasi tempat menarik setiap negeri di Malaysia, ibu negeri dan lokasi percutian popular.

Tempat menarik di Langkawi

Tempat menarik di Langkawi

Langkawi ialah sebuah pulau percutian yang mempunyai segala-galanya. Tempat peranginan, pantai yang cantik, alam semulajadi yang masih terpelihara, hotel serta resort yang banyak menjadikannya sesuai untuk percutian honeymoon atau bercuti bersama keluarga. Terdapat berbagai aktiviti pelancongan disediakan untuk pengunjung seperti island hopping, jungle trekking, watersport dan membeli-belah. Kali ini Percutian Bajet telah menyediakan senarai tempat menarik di Langkawi untuk dilawati mengikut jenis pelancongan sebagai panduan anda yang merancang untuk bercuti ke sana.

Tempat menarik di Johor

Puteri Harbor Johor

Banyak tempat menarik di Johor yang boleh dilawati jika anda bercuti di negeri ini. Antara destinasi yang popular ialah pulau-pulau peranginan yang terletak di perairan Mersing, beberapa kawasan pantai, kawasan pelancongan alam semulajadi seperti di Taman Negara, taman tema dan banyak lagi. Dalam artikel ini, Percutian Bajet akan senaraikan semua lokasi menarik yang ada di Johor dan di susun mengikut daerah. Semoga perkongsian ini membantu anda memilih tempat percutian yang diingini dan merancang tempat-tempat menarik yang ingin dilawati.

Tempat menarik di Perlis

Empangan Timah Tasoh Perlis

Walaupun lebih terkenal dengan Harum Manis, sebenarnya banyak tempat menarik di Perlis boleh dilawati jika anda berkunjung ke negeri ini. Paling ketara ialah keindahan sawah padi yang luas terbentang dan bukit-bukit batu kapur yang unik cukup menarik perhatian. Selain itu, ada tarikan alam semulajadi, taman rekreasi, tempat membeli-belah dan berbagai destinasi pelancongan menanti pengunjung. Kemudahan hotel dan resort menarik serta makanan yang sedap pasti menyeronokkan lagi percutian anda di Indera Kayangan.

Tempat menarik di Kelantan untuk dilawati

Tempat menarik Kelantan

Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi beberapa tempat menarik di Kelantan untuk dilawati. Bagi yang ingin bercuti di negeri bergelar Serambi Mekah ini, diharap senarai ini dapat membantu anda merancang percutian dengan lebih berkesan. Bagi memudahkan lagi, setiap destinasi pelancongan disusun mengikut Jajahan iaitu Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Jadi anda hanya perlu pilih dan tentukan destinasi mana yang ingin dikunjungi.

Tempat menarik di Bandar Melaka

Kota A Famosa Bandar Melaka

Melaka memang banyak pusat pelancongan menarik yang boleh dilawati. Malah jika diikutkan, percutian 3 hari 2 malam belum cukup untuk melawat semua tempat menarik di bandar Melaka sahaja, belum lagi di daerah lain. Dari perbualan dengan pelancong luar yang ditemui, ada yang telah tinggal lebih dari dua minggu bagi mengikuti sepenuhnya tarikan yang ada di sini. Jadi, kali ini saya ingin berkongsi keistimewaan yang ada disekitar bandar Melaka sebagai panduan anda.

Tempat menarik di Kota Bharu Kelantan

Wakaf Che Yeh Kota Bharu

Bandar paling banyak lokasi pelancongan untuk dilawati di Kelantan ialah ibu negerinya iaitu Kota Bharu. Ada tempat-tempat bersejarah, beberapa lokasi membeli-belah yang menarik, kemudahan penginapan dan kedai makan yang banyak menjadikan bandar ini destinasi pilihan setiap kali tiba musim cuti sekolah. Kali ini Percutian Bajet akan berkongsi beberapa tempat menarik di Kota Bharu yang cukup popular dikalangan pelancong sebagai panduan anda.

Tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular

Tempat menarik di Pulau Pinang

Pulau Pinang ialah salah satu destinasi pelancongan popular di Malaysia. Berbagai tarikan ada di negeri ini termasuk kesan peninggalan sejarah, alam semulajadi, pantai dan makanan. Percutian Bajet telah menyusun tempat menarik di Pulau Pinang yang paling popular untuk dilawati mengikut lokasi. Jika anda berkunjung ke kawasan ini, jangan lupa melawat destinasi menarik yang kami cadangkan. Ia pasti menambah pengalaman indah dalam hidup anda.

Anda mungkin berminat dengan tempat makan best di Penang.

Tempat menarik di Seremban untuk dilawati

Taman Rekreasi Jeram Toi Seremban

Seremban bukanlah satu destinasi pelancongan yang popular di Negeri Sembilan. Namun ia juga tidak bermakna tiada langsung tarikan di kawasan ini. Disebabkan Seremban adalah ibu negeri, pembangunan di bandar ini berkembang pesat. Ramai yang sering datang ke sini atas berbagai urusan. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi tempat-tempat menarik di Seremban yang boleh dilawati sekiranya anda berkunjung ke sini.

Tempat menarik di Muar

Muar Johor mempunyai beberapa lokasi pelancongan menarik yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke daerah ini. Terkenal dengan air terjun Gunung Ledang, Muar sebenarnya mempunyai keistimewaan tersendiri. Ia kaya dengan buah-buahan tempatan, makanan yang sedap-sedap, tempat-tempat bersejarah dan macam-macam lagi. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi beberapa tempat menarik di Muar untuk dilawati sebagai panduan pengunjung yang akan bercuti di sini.

Tempat menarik di Miri

Pantai menarik di Miri Sarawak

Miri merupakan salah sebuah lokasi pelancongan popular di Sarawak. Walaupun lebih dikenali dengan telaga minyak, sebenarnya terdapat banyak tempat-tempat menarik di Miri yang boleh dilawati jika anda berkunjung ke sana. Ia mempunyai beberapa buah Taman Negara yang merupakan tarikan utama pelancong alam semulajadi, lokasi sejarah, tempat membeli-belah dan destinasi menarik lain. Buat anda yang ingin bercuti ke Miri, kali ini Percutian Bajet akan berkongsi maklumat mengenai bandaraya ke-10 di Malaysia ini sebagai panduan untuk merancang perjalanan anda.