Aktiviti di Penang

Penang terkenal dengan berbagai taman tema yang menyediakan aktiviti dan permainan menarik untuk pelancong. Dua taman tema paling popular iaitu Escape di Teluk Bahang dan The Top di KOMTAR sentiasa menjadi pilihan pengunjung yang bercuti di negeri ini. Walau bagaimanapun, bukan itu sahaja aktiviti yang ada di Penang. Banyak aktiviti menarik lain yang tidak memerlukan kos yang tinggi juga ada.

Berikut ialah aktiviti menarik di Penang untuk dilakukan. Bagi anda yang merancang untuk bercuti ke negeri ini, senarai dibawah boleh membantu anda memilih aktiviti untuk dilakukan bagi memenuhi masa percutian. Berbagai aktiviti menarik seperti mandi air terjun, mandi laut, jungle trekking, parasailing, jet ski, banana boat dan sebagainya pasti memberi pengalaman indah yang tidak dapat dilupakan.

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang

Countryside Stables Penang ialah salah satu tempat menarik yang boleh anda lawati jika berkunjung ke Balik Pulau. Terdapat 35 ekor kuda berbagai jenis termasuk kuda lumba dan kuda padi atau pony.

Tempat ini ialah destinasi pelancongan yang cukup unik. Suasana bagaikan perkampungan di negara barat dimana terdapat kandang kuda berderet dengan bunyi jeritan kuda yang sering didengar apabila menonton filem cowboy.

Penang street mural - street art

Penang Street Mural

Penang street mural dan street art adalah salah satu tarikan pelancongan menarik untuk dilawati. Terdapat beberapa lokasi yang boleh dikunjungi iaitu di George Town, Balik Pulau Dan Butterworth. Banyak hasil seni pelukis luar negara dan pelukis tempatan yang cukup kreatif dihasilkan di dinding-dinding bangunan.

Selain itu, terdapat karikatur yang diperbuat dari besi pada dinding bangunan yang sangat menarik sekitar di George Town. Jika bercuti disini, anda pasti terjumpa beberapa karikutur dengan dialog melucukan. Ia juga menarik untuk dijejaki.

Top 10 aktiviti menarik di Penang

Top 10 aktiviti di Penang

Berikut adalah senarai top 10 aktiviti menarik di Penang yang paling popular dikalangan pelancong. Ada 3 jenis aktiviti semuanya iaitu aktiviti percuma, aktiviti berbayar dan aktiviti banyak kena bayar. Ada aktiviti yang mengambil masa agak lama. Ada juga aktiviti yang memerlukan kekuatan mental dan fizikal. Pandai-pandailah anda atur aktiviti mana yang hendak dilakukan.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.

Trick Art Museum - Muzium 3D di Penang

Trick Art Museum Penang

Jika anda seorang peminat seni lukis, Penang adalah lokasi pelancongan yang harus anda kunjungi. Terdapat beberapa destinasi menarik yang memaparkan hasil seni mengagumkan dan menjadi tarikan pengunjung yang bercuti ke pulau mutiara. Kali ini Percutian Bajet ingin berkongsi satu tempat menarik untuk dilawati iaitu Muzium 3D Penang, Trick Art Museum yang cukup terkenal.

Lihat semua: Tempat menarik di Penang - Panduan 2020.